BINGIT telinga Emir tatkala Yusra tidak henti-henti memarahinya mengenai apa yang Yusra lihat di pejabat antara dirinya bersama Anggun. Yusra mengatakan rasa tidak puas hati dan cemburunya pada Emir namun Emir langsung tidak kisah mengenainya.
"Abang dah gila ke apa? Abang ada hubungan cinta dengan isteri orang... dan it's Puan Sri Anggun Alessa. Abang, abang sedar tak abang dah angau dengan isteri Tan Sri Iskandar Raid?"
"Diamlah, Yusra. Diam," kata Emir.
"Tak, Yusra takkan diam. Abang, apa yang abang nampak sangat pada Anggun tu sampai abang tak kisah yang dia tu isteri orang? Apa yang abang gilakan sangat sampai abang tak nampak Yusra yang dah beria selama ni cintakan abang... tunggu abang? Cakaplah, abang."
Emir diam. Dia diam sehingga Yusra mendesak dirinya dan menolak badannya dengan kasar.
"Cakap, Emir Hadi! Cakap!" desak Yusra.
"Diam!" jerkah Emir.
Pang!
Emir menampar pipi Yusra sehingga wanita itu jatuh ke lantai.
"Aku dah suruh kau diam! Kau tak faham bahasa kan?" soalnya.
"Ya, memang aku dah gila dengan Anggun! Aku tahu dia isteri orang tapi peduli apa aku? Aku sayang dia... aku cinta dia dan aku nak dia dalam hidup aku sama macam aku pernah ada Suri Hawani dalam hidup aku dulu!"
"Suri? Oh, kiranya Anggun tu sama macam Suri... sebab tu abang cintakan dia? Huh... jangan jadi bodohlah abang. Anggun bukan Suri dan dia takkan jadi macam Suri sebab Suri dah mati! Anggun pun hanya peralatkan abang saja. Abang ingat dia akan tinggalkan Tan Sri Iskandar Raid yang kaya raya tu untuk hidup dengan abang? Tak akan! Dia berpura-pura cintakan abang sebab dia bosan aje."
Emir berang. Dia tidak suka apabila Yusra kata begitu.
"Tak, Anggun cintakan aku sebab aku aje lelaki yang boleh bahagiakan dia. Bukan Iskandar Raid ataupun mana-mana lelaki dalam dunia ni. Aku tahu yang Anggun tu jujur cintakan aku. Dia cintakan aku dan dia dah janji dengan aku untuk tinggalkan orang tua tu bila dah sampai masanya nanti!"
"Hah, bila masanya? Bila? Abang percaya yang dia akan tinggalkan suami dia demi abang? Hei... cermin sikit diri abang tu boleh tak? Dia tu perempuan yang pentingkan harta dan status. Sebab tu dia kahwin dengan lelaki macam Tan Sri Raid. Abang tahu kan apa background hidup dia? Dia tak pernah hidup susah dan takkan nak hidup susah senang dengan lelaki yang macam abang ni. Bisnes abang kecil ajelah berbanding dengan bisnes Tan Sri Raid tu!"
"Diam!" jerit Emir.
"Kenapa? Sakit hati sebab apa yang Yusra cakap ni betul kan? Abang, Yusra dah buat semuanya demi abang dan juga Tiara. Apa yang susah sangat abang nak cakap usaha Yusra selama ni? Yusra sayang abang!"
"Tapi kau juga yang bunuh cinta aku pada Suri! Sumpah... sumpah aku menyesal sebab termakan dengan kata-kata kau dulu sampai aku tergamak ceraikan perempuan yang sayang aku separuh nyawa dia, Yusra. Patutnya aku percaya cakap dia sebagai isteri aku... aku menyesal sebab dah halau dia, dah pisahkan dia dengan Tiara sampai dia mati accident! Semuanya berpunca daripada kau!"
"Empat tahun aku hilang kasih sayang, perhatian dan cinta daripada seorang isteri. Tapi sekarang bila aku dah jumpa Anggun Alessa, aku dapat balik semua rasa tu. Anggun sama macam Suri. Dia tahu macam mana nak pujuk aku bila aku marah, dia tahu macam mana nak kasi perhatian pada aku. Semua yang dia tunjuk pada aku tu sama macam apa yang pernah Suri buat dulu. So, kau cakap dengan aku... macam mana aku tak sayang dia?"
"Tapi Anggun tetap hak milik orang lain, abang! Abang cintakan dia separuh nyawa sekalipun, belum tentu dia akan jadi milik abang. Lagipun abang ingat Tan Sri Raid tu senang-senang aje boleh lepaskan isteri dia pada abang? Tan Sri tu orang berpengaruh abang... dia boleh musnahkan hidup abang dengan sekelip mata saja kalau dia terus kacau isteri dia."
YOU ARE READING
The Revival of Love (Completed)
Любовные романыSuri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba dilakukan agar Suri terbuang di dalam hidup Emir. Perbalahan demi perbalahan sehingga akhirnya Emir me...