Bab 39

498 32 3
                                    

SELESAI membersihkan isterinya di dalam bilik air, Raid menyuruh Anggun duduk di atas katil bersama jubah mandi di badan yang dipakai sendiri oleh Raid. Anggun menurut tanpa kata akan tetapi dia masih menangis. Badannya pula ada sedikit merah dan bengkak akibat perbuatan Raid.

Raid mengambil baju tidur lantas memakainya pada Anggun. Dia memakaikan semuanya sendiri pada tubuh badan Anggun hinggakan Anggun bertindak seperti anak kecil. Tiada kata yang dikeluarkan terhadap suaminya.

Raid memandang wajah Anggun. Usai siap memakai baju tidur, dia mengesat air mata Anggun dan memastikan pandangan mata Anggun tertumpu ke arahnya.

"I buat semua ni pada you sebab I sayangkan you. I tak boleh dan I tak rela tengok lelaki lain sentuh setiap inci tubuh badan you. You adalah isteri I dan itu bermakna hanya I satu-satunya lelaki yang ada hak ke atas setiap inci tubuh badan you ni."

"Mulai sekarang, you tak boleh keluar rumah tanpa I. Nak pergi ofis, pergi makan, pergi meeting atau pun pergi ke mana-mana, mesti kena pergi dengan I."

"D..." keluh Anggun.

"Diam! I tak habis cakap lagi," katanya.

"No more driving. Ke mana saja you nak pergi, driver akan bawa you. I akan ambil tahu semua jadual you daripada Julia. So, you akan hidup macam ni sampailah I puas hati dengan you dan masa tu you akan dapat kebebasan you semula."

"Oh, pasal Emir dan Tiara atau pun Yusra... biar I yang uruskan. I tak izinkan you berhubung dengan Emir mahupun Tiara lagi."

Anggun membantah.

"No, you can't do that! I masih ada dendam dengan Emir dan I masih nak jumpa Tiara. Please, daddy? Ok, I tahu you cemburu... you marah. Ya, I mengaku salah I sebab terlalu ikutkan perasaan tapi tolonglah percaya yang I tak sayang jauh sekali cintakan Emir. I tak ada dah semua perasaan you pada dia. I cuma sayang dan cintakan you aje."

Raid mengangguk.

"I percaya. I percaya you tak cintakan dia... you tak sayangkan dia. I percaya you dengan dia tak ada apa-apa hubungan tapi I tak percaya jantan bodoh tu. Sorry, I tak pernah percayakan dia sebab I tahu setiap kali dia dekat dengan you, pasti dia akan buat something pada you seolah-olah you adalah hak dia. I will not let that happen again."

"Habis tu Tiara? I tetap ibu kandung Tiara!" tegas Anggun.

Ketegasan kata-kata Anggun itu akhirnya mencabar diri Raid.

"Ok... then,"

"Now you choose, sama ada you nak pergi pada anak kandung you atau you nak pergi pada anak susuan you. They're both your legal children but you can only choose one."

Anggun tergamam dengan pilihan itu. Raid masih dengan kata-katanya.

"D, you are... you are not do this to me. You tak boleh buat I macam ni!"

"Yes, I am. I memang buat you macam ni! Kalau you pilih Darin, you harus tinggalkan Tiara. Jangan ada apa-apa lagi hubungan dengan dia... jangan jumpa dia... jangan sebut nama dia! Tapi kalau you pilih Tiara, you boleh dipersilakan keluar dari rumah ni dan segalanya yang you ada selama ni I akan tarik balik tapi I takkan ceraikan you. You pergilah hidup dengan jantan bodoh tu tapi jangan harap you boleh kahwin dengan dia!"

"D..." Anggun menangis apabila Raid berkata begitu.

"Jangan diam! I tak nak you nangis... I nak you buat pilihan sekarang."

Anggun menangis lagi.

"Choose now, Puan Sri Anggun Alessa!" paksa Raid.

"Ok, fine! I choose Darin! I choose Darin over Tiara. I akan ikut semua arahan you... cakap you! I akan kekal ada dalam rumah ni sebagai isteri you dan sebagai mommy kepada Darina dan Darin."

Raid tersenyum lantas mengangguk.

"Good choice," jawabnya.

Dia menggosok ubun-ubun kepala Anggun lalu menciumnya. Anggun menangis di situ.

"I'm sorry kalau you rasa I kejam. Tapi kalau I tak buat semua ni, you akan makin jauh berubah. Apa-apa pun dendam you masih akan terbalas tapi kali ni ianya akan terbalas dengan cara I sendiri."

Raid menyeka air mata Anggun. Anggun memandang wajah suaminya.

"You nak buat apa?" soalnya.

Raid tersenyum sinis.

"Apa yang selalu Tan Sri Iskandar Raid buat bila ada orang yang ganggu hak dia."

~~~

HIDUP Anggun kini memang diawasi dan dijaga oleh Raid. Raid mengubah hidupnya kembali menjadi Puan Sri Anggun Alessa yang sentiasa ada bersamanya setiap masa sepertimana mereka di awal perkahwinan dahulu. Anggun masih bebas menggunakan telefonnya namun Raid dapat mengawasi semuanya yang ada di dalam telefon itu.

Setiap kali Anggun terima mesej daripada Emir, dia tidak diizinkan untuk membalas. Hanya boleh membaca saja selebihnya Raid akan awasi. Anggun tidak berdaya melainkan hanya menurut saja.

"Dear, pagi ni sekolah Darin ada buat hari sukan. You tahu kan?" tanya Raid.

Anggun mengangguk.

"Tahu, cikgu sekolah dia ada beritahu. Lepas meeting ni, kita pergi ya?"

"Ok boleh, dear. I masuk ofis dulu. You nak apa-apa tak? Tadi dekat rumah you tak breakfast pun."

"Hmm... hot chocolate? Dah lama tak rasa hot chocolate you buat." 

Raid senyum. Dia pergi ke arah pantri dan membuat air coklat panas untuk Anggun.

Anggun pula masih sedih dengan apa yang berlaku. Apa yang Raid buat ini kejam namun dia tidak boleh menyalahkan Raid kerana ini semua berpunca daripada dirinya juga. Dia yang terlalu ikutkan hati dan perasaan dalam membalas dendam pada Emir sehinggakan perbuatannya selama ini tidak ubah seperti perempuan murah.

Anggun tak sepatutnya membenarkan dirinya sejauh ini dalam membalas dendam terhadap Emir. Benarlah, permainan ini juga telah menjerat dirinya. Kini, dia telah kehilangan ruang untuk berjumpa dengan Tiara lagi.

"Kalau memang ditakdirkan... aku tak boleh jadi mommy kepada Tiara lagi dan Tiara takkan kenal aku sebagai mak kandung dia, aku terpaksa reda."

Anggun menggeleng sendiri.

"Aku tak boleh lawan kuasa yang Raid ada. Selama ni dia yang dah banyak tolong aku dengan hidup baru aku."

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now