Bab 13

390 24 2
                                    

MARLIA mengetuk pintu bilik tidur Raid berulang kali dengan ketukan yang cemas. Raid yang terganggu dengan ketukan itu mengeluh kemudian turun dari katilnya untuk membuka pintu. Dia sempat juga menjengah pandang ke arah jam dinding yang menunjukkan jam 3.00 pagi.

"Apa dia, Mar? It's 3 in the morning!" keluh Raid.

"Hospital baru call Mar. Katanya Suri meracau-racau cari anak dia sampai kurung diri dalam wad dia sendiri dan selagi dia tak jumpa dengan anak dia selagi tulah dia takkan keluar."

"Dah kalau macam tu, suruh ajelah security team pecah masuk wad tu. Apa susah?"

"Masalahnya Suri ugut nak bunuh diri selagi dia tak jumpa anak dia. Pintu masuk wad pun dia hadang dengan almari besi. You tell me, how they want to get her? Mar beritahu abang supaya abang ikut Mar jumpa Suri. You said you willing to help her, and it's time to help her!"

Raid mengeluh dalam diam. Dia mengambil telefon, kunci kereta, dompet dan memakai jam tangan sebelum keluar dari bilik dan mengikuti Marlia.

"Bik... tengokkan anak-anak saya," arah Raid pada pembantu rumahnya.

"Baik, Tan Sri."

Sampai saja di hospital, Marlia dan abangnya berlari menuju ke wad Suri Hawani. Di sana ada ramai jururawat, pengawai keselamatan dan doktor mencuba untuk masuk ke dalam wadnya tapi gagal kerana Suri semakin agresif mahu mencederakan diri.

Raid memandang Suri di balik tingkap wad. Saat mata mereka tertumpu satu sama lain, Raid tergamam.

Inikah Suri Hawani yang Marlia sayangkan sangat?

Marlia mengetuk tingkap kaca itu untuk mendapatkan perhatian Suri. Suri memandang Marlia dengan reaksi wajah yang marah.

"Suri, jangan macam ni. Buka pintu, kita bincang. Ok?"

Dia cuba memujuknya.

"Aku nak anak aku! Aku nak anak aku! Kalau kau orang tak bawa anak aku, aku akan bunuh diri! Aku akan bunuh diri!" ugut Suri.

"Ok... ok, saya akan bawa awak jumpa dengan anak awak. Saya janji! Tapi awak jangan apa-apakan diri awak! Awak jangan bunuh diri!"

"Tipu! Kau tipu! Semua orang tipu! Anak aku dah tinggalkan aku sebab Emir yang pisahkan aku dengan dia! Emir jahat! Dia jahat dan kau orang semua tipu aku!"

"Tak! Tak ada siapa yang tipu awak, Suri. Tak ada siapa akan tipu awak!"

Kemudian Marlia mengeluh memandang Raid.

"Abang, do something please!"

Raid mengetuk tingkap itu agar pandangan Suri berubah ke arahnya.

"Suri, I akan bawa datang anak you ke sini. I janji... I akan bawa dia datang sini jumpa you tapi you kena bertenang dulu. Jangan marah-marah... relaks, buang pisau tu jauh-jauh. Kalau you tak relaks, you marah-marah nanti anak you akan takut dengan you. You tak nak kan anak you takut dengan mommy dia?"

Suri pantas menggeleng.

"Tak nak! Aku tak nak Tiara takut dengan aku... tak nak!"

"Ok, kalau tak nak, you kena relaks. Bagi semua orang yang ada dekat sini bantu you. Diorang bukan orang jahat. Diorang cuma nak bantu you aje. Ok, Suri?"

Suri diam.

Dia mencampakkan pisau itu jauh darinya. Raid terus menelefon bibik di rumahnya.

"Bik, siapkan anak-anak saya sekarang. Kejap lagi driver akan ambil diorang dan bawa ke hospital."

Kemudian dia menelefon pemandu peribadinya untuk mengarahnya mengambil Darin dan Darina.

"Pergi ambil Darin dan Darina lepas tu bawa datang sini."

Selepas itu, Raid berdiri di hadapan pintu wad tatkala dia mendengar almari besi itu sudah dialihkan oleh Suri. Dengan pantas, dia menendang pintu wad itu dengan sekuat hati hingga tombol pintu wad itu tercabut.

Marlia, para jururawat dan juga doktor terus masuk ke dalam wad Suri itu. Marlia terus memeluk erat tubuh badan Suri yang jatuh rebah dan longlai ke lantai.

"Saya cuma nak anak saya aje! Mana anak saya? Saya nak anak saya," kata Suri yang mengalirkan air mata. 

"Jangan buat apa-apa pada dia dulu, doktor!" Raid menghalang.

"Tapi Tan Sri..."

"Biarkan dia dengan adik saya macam tu dulu. Adik saya akan tenangkan dia. Jangan buat apa-apa dulu. Trust me," katanya lagi.

Marlia memandang Raid sambil masih lagi memeluk Suri.

"Kejap lagi Darin dan Darina akan datang sini. Abang tahu apa yang abang buat," maklum Raid.

Marlia hanya mengangguk.

15 minit kemudian... Raid mendukung Darin dan memimpin tangan Darina.

"Daddy, kita nak pergi jumpa siapa ni? Kenapa kita pergi hospital ni?" tanya Darina polos.

"Kita nak pergi jumpa kawan daddy kejap. Dia sakit," jawab Raid.

Mereka berjalan kembali ke wad Suri. Raid dan anak-anaknya berdiri di hadapan Suri.

"Tiara! Tiara!" Suri terus bangun dan ingin mengambil Darin dari pangkuan Raid namun Raid menghalang.

"Tunggu dulu," katanya dan langkah Suri pun terhenti.

"I boleh bagi you dukung anak ni tapi you kena janji dengan I yang you takkan buat hal macam ni dah lepas ni. You kena janji yang you akan relaks, tenang dan akan dengar cakap doktor dekat sini. No more shouting, no more crying and no more harming yourself! Janji?"

"Janji... janji!" kata Suri.

Marlia sudah bersedia di belakang Suri manakala Raid memberikan Darin kepada Suri untuk ditimang.

Suri tersenyum suka saat dia mendukung Darin yang disangkakan Tiara. Raid memberi Suri peluang untuk mendukung dan mendodoi anaknya sehingga 10 minit. Darin pula jadi semakin lena di dalam dakapan Suri.

Raid memandang Marlia dan meminta Marlia untuk memujuk Suri.

"Suri... tengok tu baby dah tidur dengan lena kan? Suri pun kena tidur juga. Kalau tak, nanti Suri penat nak jaga baby. Suri bagi baby ni pada Marlia dulu... lepas tu Suri tidur ya? Esok Marlia akan bawa baby ni jumpa Suri lagi," pujuknya perlahan-lahan.

Namun Suri menggeleng. 

"Tak nak! Nanti semua orang akan bawa lari anak Suri lagi. Tak nak!"

"Tak, Marlia takkan bawa lari anak Suri. Suri kenal Marlia kan? Suri tahu Marlia takkan buat macam tu pada Suri. Suri percaya Marlia kan?"

Suri memandang Marlia.

"Betul... takkan bawa lari anak Suri? Betul?"

Marlia mengangguk.

"Betul, Marlia takkan bawa lari anak Suri. Marlia janji... esok Marlia akan bawa anak Suri datang sini jumpa dengan Suri lagi."

Suri memandang Darin kemudian dia mencium dahi dan pipi anak itu.

"Oklah, Cik Marlia dah janji nak bawa Tiara jumpa dengan mommy esok. Kita jumpa esok ya, sayang? Mommy tunggu Tiara datang sini jumpa mommy esok," katanya dengan senyuman.

Darin dikembalikan pada Marlia dan dengan pantas jururawat membawa Suri kembali ke katil. Dalam masa yang sama, mereka terus menyuntik ubat penenang tanpa dia sedari. Beberapa minit kemudian, Suri tidur di atas katilnya.

Marlia memandang wajah abangnya.

"Thank you, abang."

Raid diam namun matanya tetap tertumpu pada Suri yang sudah lena.

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now