Tubuh badannya ditolak kasar hingga jatuh ke dalam hujan di luar pagar rumah bersama bagasi pakaian yang telah dilempar kepadanya. Suri menangis teresak-esak saat diperlakukan sedemikian rupa oleh Emir.
"Kau dah tak tahan sangat kan jadi isteri aku? Kau dah kemaruk sangat dengan jantan dekat ofis kau tu kan? Ok..."
Emir memandang wajah Suri dengan penuh rasa benci dan amarah yang membuak-buak.
"Suri Hawani binti Abdul Majid, aku ceraikan kau dengan talak satu!" Lafaz talak itu diucapkan dengan sekali saja dan terus membuatkan Suri tergamam tidak menyangka.
"Pergi! Berambus dari sini! Jangan tunjuk muka sial kau depan aku lagi!" pekik Emir yang menghalau Suri.
Suri pula memegang kaki Emir dan merayu-rayu minta untuk didengari penjelasan daripada dirinya.
"Abang, sumpah! Suri tak pernah ada hubungan dengan lelaki lain. Hidup mati Suri hanya untuk abang! Tolonglah jangan buang Suri, abang!"
Emir terus menarik rambut Suri dengan sekuat hati lantas menampar wajahnya.
"Kau ingat aku nak percaya cakap perempuan macam kau ni? Hei... aku takkan kutip balik perempuan murah yang jalang macam kau dalam hidup akulah! Aku dah ceraikan kau dan aku takkan terhegeh-hegeh dengan kau balik!"
Suri masih lagi kian menangis.
MELIHAT keadaan wanita itu yang meracau-racau dalam mimpi, Raid terus mengejutkan dirinya sehingga dia tersedar nyata.
"Anggun... Anggun, wake up!" kata Raid.
Seraya itu, tiba-tiba sahaja Anggun tersedar dari mimpi lalu bangun dari tidur dengan mengejut. Nafasnya pula tercungap-cungap.
"Anggun, are you ok? You mimpi perkara tu lagi ke?" soal Raid yang risau.
Anggun memandang wajah Raid. Dia mengeluh kecil sambil memegang kepalanya untuk menghilangkan rasa tidak selesa.
"Dah pukul berapa ni?" soal Anggun.
Raid melihat jam dinding, "3.00 pagi."
"It's already late. Why are you still in my house? I told you to go home before midnight, Raid."
"I risaukan you, Anggun. Lagipun apa salahnya kalau I ada dekat sini? Ini pun rumah I juga. You nak halau I dari rumah I sendiri?"
"Don't start, Raid. I'm not in the mood to argue with you."
Raid duduk di hadapan Anggun. Dia amat prihatin terhadap Anggun namun Anggun sentiasa bersikap dingin dengannya.
"I betul-betul risaukan you, Anggun. Dalam bulan ni saja dah banyak kali you mimpi perkara yang sama. It's time to let go. I tak nak you terus macam ni lagi."
"I'm ok. Biasalah I banyak sangat fikir sampai terbawa-bawa dalam tidur padahal tak ada apa-apa pun."
Raid mahu mengusap pipi Anggun namun Anggun menjarakkan dirinya.
"Raid, don't..."
"Kenapa? You're my wife but I can't even touch my wife?"
"Pergi balik, please. Esok you nak masuk ofis you kan?"
Raid tersenyum menggeleng. Kadang-kadang dia nampak Anggun sangat mencuba untuk menjauhkan dirinya.
"Ofis kita. Kalau I tidur sini pun, I tetap boleh pergi ofis kita dengan you."
Anggun menggeleng. Malas dia hendak berbalah dengan lelaki yang bernama Tan Sri Iskandar Raid ini. Bukannya senang untuk mendengar kata orang.
"Apa-apa ajelah, Tan Sri," kata penghabisan oleh Anggun.
![](https://img.wattpad.com/cover/365529730-288-k149217.jpg)
YOU ARE READING
The Revival of Love (Completed)
RomanceSuri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba dilakukan agar Suri terbuang di dalam hidup Emir. Perbalahan demi perbalahan sehingga akhirnya Emir me...