Bab 43

475 33 0
                                    

DALAM keadaan tergesa-gesa, Julia masuk ke dalam pejabat Anggun. Anggun pula terkejut melihat pembantu peribadinya kelihatan begitu. Seperti ada perkara yang serius sedang berlaku.

"Puan Sri, have you watched the news this morning?" tanya Julia serius.

Anggun menggelengkan kepala. "No, I'm not. Why?" soalnya kembali.

"CEO Perkasa Holdings, Encik Emir Hadi kena tangkap polis atas tuduhan merogol. Habis kecoh semua orang dengan berita ni!"

Anggun terdiam.

"Apa yang kita nak buat sekarang ni, Puan Sri? Projek Global Sphere dan Perkasa Holdings tu macam mana?"

"Tan Sri dah tahu pasal ni?" tanya Anggun.

"Dah, Maria dah beritahu Tan Sri."

"Ok, tak apa. Saya nak pergi ofis Tan Sri sekarang. Pasal kes ni nanti saya akan bincang dengan Tan Sri juga."

Anggun membawa telefonnya dan naik ke tingkat atas di mana letaknya pejabat Raid. Sampai saja di sana, Anggun membuka pintu dan terus bertanyakan kepadanya mengenai hal Emir ini.

"You yang buat semua tu ke?"

"Itulah balasan yang sesuai untuk dia. Siapa suruh dia cabar kuasa I dan ganggu isteri I? Serve him right!"

"Tapi tuduhan merogol? D, berat sangat tuduhan tu. You bagi apa sebagai bukti sampai dia boleh kena tuduhan tu?"

"I bagi gambar yang you ambil masa dia pengsan dekat rumah lama tu. Lepas tu I suruh orang upahan I untuk edit sikit supaya kaburkan muka you. I pun suruh edit semua WhatsApp yang dia hantar pada you."

"Sekarang ni, bukti itu rekaan tapi bukan palsu."

"Habis tu nanti kalau dia cakap perempuan dalam gambar tu I macam mana? I tak nak terlibat dengan polis macam ni," kata Anggun.

"Tak mungkin polis akan percaya. Sebab you adalah isteri I dan semua orang tahu you memang tak kenal siapa dia melainkan sebagai client. Kalau dia sebut nama you pun... tak ada orang akan percaya."

Anggun mengeluh.

"D, I didn't expect you will do that."

"Dear, you sendiri cakap you nak balas dendam kan? Sekarang I dah tolong balas dendam dengan cara I sendiri. Oklah tu, at least dia masih boleh pertahankan diri dia walaupun makan masa. Lagipun perempuan dalam gambar tu kan tak pernah 'wujud'."

Melihat isterinya mengeluh membuatkan Raid terus bangun dari duduknya lantas mendapatkan Anggun. Dia menarik Anggun duduk berdekatan dengannya.

"Kenapa macam sedih aje? You tak suka I buat macam ni untuk you?"

"I bukan sedih tapi I risau. Tuduhan merogol bukannya perkara yang main-main, d. Walaupun semua bukti yang ada tu edited, tetap juga boleh ada flaws. I tak nak kita berdua terlibat dalam hal polis macam ni."

Raid terus menyusap pipi Anggun.

"Tujuan kita untuk buat hidup Emir hancur dan hidup Yusra huru-hara. Sekarang ni bila Emir kena tangkap... Yusra yang kena tanggung semua risiko syarikat diorang. Polis takkan libatkan kita sebab kita tak pernah ada dalam hal ni sejak dari mula. Emir yang ada banyak skandal, Emir yang gila perempuan. Semua tuduhan tu memang akan kekal untuk dia saja."

Anggun memandang wajah Raid.

"You buat semua ni semata-mata untuk I?"

"Of course, dear. I akan buat apa saja untuk you."

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now