Bab 28

390 31 2
                                    

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to Anggun Alessa...
Happy birthday to you!

NYANYIAN lagu selamat hari lahir daripada Tan Sri Iskandar Raid khas buat Puan Sri Anggun Alessa berkumandang di seluruh pelusuk rumah agam mereka. Jika kebiasaannya, mereka sekeluarga akan menyambut hari lahir Anggun di rumah tapi kali ini sedikit berbeza kerana Raid meminta Marlia membawa anak-anaknya luangkan masa di rumah Marlia agar Raid dapat menikmati sambutan hari lahir ini khas berdua saja dengan Anggun.

Mujurlah adiknya bersetuju dan anak-anaknya memahami.

Ah, kasilah can pada mommy dengan daddy pulak!

"Thank you for the song and cake. I am really appreciate it. Tapi kalau ada anak-anak kan lagi seronok? Kenapa you suruh Mar bawa balik diorang ke rumah?" soal Anggun.

"Sebab I nak spend time dengan isteri kesayangan I. Dear, asyik anak-anak aje yang dapat bermanja dengan you. Tak acilah macam tu. I pun nak juga..."

Anggun senyum.

"Ok, kiranya salah I sebab lebihkan anak-anak kita daripada you, daddy diorang? I thought you ok nak berkongsi kasih. Obviously the kids love me more than you."

"Berkongsi you dengan anak-anak kita, ok yes... I'm totally fine with it. Tapi berkongsi you dengan lelaki lain, jangan harap! I perasan semenjak dua ni you kerap sangat jadi attention semua lelaki tak kira dalam ofis ke luar ofis. Lepas tu dengan Emir pulak yang angau tak ada ubat dengan you. Alaa... penatnya nak bersaing dengan lelaki miang tak sedar diri demi you."

"You tengah bersaing ke sekarang ni? I ingatkan you menang tanpa bertanding. Yalah... perempuan yang semua lelaki tengah rebutkan sekarang ni adalah isteri you sendiri. So, obviously only you who can be with me."

Raid tersenyum sinis.

"Betul juga kan? Hmm... I tak patut rasa tercabar atau insecure dengan lelaki-lelaki tu semua sebab you're mine."

"Tahu pun. Ok... mana hadiah I?" pinta Anggun sambil menadah tangan. 

"Ini... hadiah youlah ni. Birthday cake and song from me," jawab Raid.

Anggun mengeluh.

"Takkan ni aje? Takkanlah Tan Sri Iskandar Raid bagi hadiah yang macam ni aje pada Puan Sri Anggun Alessa? Come on, selama ni boleh aje you kasi hadiah yang mahal-mahal pada I macam Birkins, Patek Phillippe, Hermes, Prada tu semua. Tapi tahun ni hadiah nyanyian dan kek saja? Hmm... nampaknya nak kena goda lelaki lain pulaklah lepas ni."

Bulat biji mata Raid apabila Anggun Aleesa berkata begitu.

"Berani? Kalau rasa berani sangat... cubalah buat macam tu, cuba. Nanti you dengan jantan tu I campak dalam gaung... tapi sebelum tu biar I potong telur dia dulu supaya tak ada siapa yang boleh memiliki diri you melainkan I. Kalau siapa cuba-cuba untuk rampas you daripada I... I boleh musnahkan hidup dia sekelip mata saja tau."

Anggun ketawa kecil. Dia memegang lengan Raid.

"Tak adalah, I takkan buat macam tu pada you. You tahu kan I bukan perempuan yang mata duitan. I tak pernah berniat nak kikis duit dan harta you. I kahwin dengan you... I jadi isteri you sebab I ikhlas dan sebab I tahu you boleh jaga I."

"Haa... nasib baik you pandai ambil hati I. Kalau tak... I nak merajuk bawa diri terus tak balik-balik."

Raid memandang Anggun.

"Sebenarnya I memang dah beli hadiah khas untuk you. Hadiah yang you memang nak sangat-sangat dari dulu."

"Ya ke? You belikan I kereta sendiri ke? I memang dah lama teringin nak ada kereta yang I boleh drive sendiri."

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now