Bab 34

336 27 1
                                    

TATKALA hari mula menjengah malam, Emir terjaga dari lena dan lantas meraba-raba di sebelahnya untuk mendapatkan Anggun namun tiada. Emir pun terus membuka mata dan mencari keberadaan Anggun namun yang dia lihat hanyalah pesanan yang ditulis di cermin hadapan katilnya.

Hai, abang. I have to go home first because Raid is coming home tonight. Thank you last night too.

Love, Anggun.

Emir membaca pesanan itu dan dia tersenyum sendiri. Jubah satin yang dipakai oleh Anggun itu diambil dan dipeluk cium olehnya.

Dia sudah mati-mati percaya bahawa mereka sudah tidur bersama siang tadi.

~~~

TERKEJUT Anggun dibuatnya apabila melihat Darina berada di rumah saat dia pulang bersama Darin. Wajah Darina yang serius dan kelihatan amat marah membuatkan Anggun tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan anak perempuannya itu.

"Eh, Dar? Bila balik? Siapa yang hantar Dar balik?" soal Anggun.

"Itu semua tak penting. Dar nak mommy jujur dengan Dar pasal hubungan mommy dengan lelaki ni," kata Darina sambil menunjukkan pada Anggun sebuah gambar kiriman WhatsApp yang menunjukkan diri Anggun bermesra bersama Emir.

Anggun terkejut. Darina masih serius.

"Darin... masuk bilik dulu. Mommy ada benda nak cakap dengan kakak kejap," katanya pada Darin dan Darin terus naik ke bilik tidurnya.

Anggun memandang wajah Darina.

"Ok, Dar dah salah faham ni. Mommy dengan Emir tak ada apa-apa hubungan pun."

"Oh, nama dia Emir? Kalau tak ada apa-apa hubungan, kenapa mommy dengan dia nampak sangat mesra dalam gambar ni? Pegang tangan, berpeluk sakan!"

"Mommy ada sebab mommy sendiri, Dar. Belum sampai masa untuk Dar tahu."

Darina tersenyum sinis kemudian menggeleng.

"Ada sebab tersendiri pulak! Mommy, mommy ingat Dar ni bodoh ke? Rupanya ini kerja mommy belakang daddy setiap kali daddy pergi outstation ya? Keluar dengan lelaki lain, mesra macam pasangan kekasih. Mommy tak malu ke? Mommy dah lupa yang mommy tu isteri daddy?"

"Janganlah tuduh mommy macam ni, Dar. Dengar dulu apa yang mommy nak cakap."

Anggun mengeluh dan Darina berkeras tidak mahu mendengar apa-apa jawapan.

"Dengar apa lagi? Mommy, dah ramai kawan-kawan sekolah Dar beritahu yang diorang nampak mommy keluar dengan lelaki ni dekat mall, dekat hotel. Apa ni mommy? Sejak bila mommy pandai menjalang ni?"

"Darina Athalia! How dare you say that to me? I am your mother!" tegur Anggun.

"No, you're not! Mommy hanyalah perempuan yang daddy kutip dan dijadikan isteri sebab kesian. You are not my mother! Kalau bukan sebab daddy, hidup mommy takkan mewah macam ni... takkan ada pangkat hebat macam apa yang mommy ada sekarang ni! Without my father, you are nothing!"

Terguris hati Anggun saat Darina berkata begitu.

"Darina!" pekik Raid dari pintu masuk.

Anggun dan Darina memandang Raid.

"Daddy..." ujar Darina.

Anggun terdiam di situ.

"Kenapa biadab sangat dengan mommy? Siapa ajar you untuk jadi kurang ajar macam ni?" tanya Raid.

"Daddy, Darina takkan kurang ajar kalau mommy tak tipu kita semua hidup-hidup! Daddy tengok ni... gambar ni kawan sekolah Darina yang hantar lepas diorang nampak mommy dengan lelaki ni dekat mall dan dekat hotel masa outing. Mommy dah curang dengan daddy!"

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now