Bab 44

482 38 3
                                    

PERTEMUAN empat mata yang sungguh tegang. Anggun bersetuju untuk melepaskan Emir dari segala tuduhan selepas dia meminta Raid untuk menguruskan segalanya. Emir pula meminta untuk bertemu dengan Anggun. Katanya mahu mengetahui apa sebab Anggun bertindak begini.

"Kita dah ada perjanjian. Bila aku lepaskan kau daripada polis, Yusra dan kau akan buat apa saja yang aku nak," ujar Anggun pada Emir.

"Kenapa Suri buat abang macam ni?" soal Emir.

Anggun diam sedetik.

"Sebab kau memang layak kena macam ni," jawabnya.

"Kenapa tak beritahu dari dulu yang Suri masih hidup? Kenapa sampai perlu mainkan abang macam ni? Buat abang separuh gila macam ni!?"

"Hei, Emir Hadi! Kau yang dah buang aku dan ceraikan aku macam sampah tau! Lagi nak tanya kenapa aku buat macam ni pada kau. Eh, sedar sikit apa dosa kau pada aku!"

"Ok, abang tahu abang salah! Abang tak patut ceraikan Suri, tinggalkan Suri. Abang patut percayakan Suri sebagai isteri abang tapi abang terlalu cemburu buta."

Anggun tersenyum sinis.

"Aku tak nak dengar kata maaf kau. Aku tak nak kau minta maaf pun. Aku dah muak... aku dah bosan dengan pujuk rayu kau dari dulu sampai sekarang."

"Tapi kalau Suri cari abang, beritahu abang yang Suri kemalangan dan ada di hospital... abang akan datang untuk Suri! Tak ada apa yang lebih penting untuk abang melainkan keselamatan Suri."

"Keselamatan? Kau cakap kau pentingkan keselamatan aku? Eh, lawak bodoh apa kau buat ni, Emir? Kau ni memang betul-betul dah lupa ke apa yang kau buat pada aku sebelum aku kemalangan dulu? Kau sendiri yang tak nak tengok muka aku... kau haramkan aku jumpa dengan Tiara, nafikan hak aku sebagai mak kandung dia lepas tu sekarang kau cakap macam ni pulak! Pentingkan keselamatan apa kalau semuanya kau nafikan? Kau ni hilang ingatan ke apa?"

Anggun hambur kemarahannya pada Emir.

"Kau buat aku hidup dalam trauma selama empat tahun ni, Emir. Tak pernah sekalipun aku tak teringat masa kau ceraikan aku dalam hujan dan kau haramkan aku jumpa dengan Tiara. Benda tu buatkan aku trauma, aku ada panic attack. Tergamak... lelaki yang aku cinta, lelaki yang aku jadikan suami buat aku macam tu!"

"Aku merayu dengan kau untuk percayakan aku sebagai isteri kau tapi apa kau buat? Tak, kau tak percayakan aku pun sebaliknya kau lebih percayakan sepupu kau yang celaka tu daripada isteri kau sendiri! Eh, hanya suami yang dayus aje percayakan orang luar berbanding isteri sendiri tau dan ya, kau memang suami dayus pun."

"Abang baru tahu Yusra tipu abang selepas abang pergi tempat kursus yang Suri pergi dengan Zayn tu dan pegawai kursus tu sendiri yang tunjukkan abang attendance list... CCTV. Masa tu barulah abang sedar yang Yusra dah tipu abang!" jelas Emir.

"Ok, lepas tu? What should I do? Or what should I feel after hearing that from you? Kau dah tahu kebenarannya yang perempuan celaka tu punca sebenar tapi apa yang patut aku buat? Aku kena maafkan kaulah? Macam tu ke?"

Emir mengeluh.

"Habis tu tak cukup lagi ke apa yang Suri dah buat pada abang selama ni? Sudahlah... abang sendiri dah tak sanggup nak tanggung semua ni."

Anggun terus ketawa. Dia ketawa dengan nada mengejek Emir.

"Eh, baru kena macam ni dah tak sanggup? Emir... Emir, apalah sangat semua balasan yang kau tanggung selama ni kalau nak dibandingkan dengan kesengsaraan aku selama jadi isteri kau. Hmm... bila difikirkan balik, bodoh juga ya aku dulu bila jadi isteri kau. Melayan semua kerenah kau... melayan perasaan cemburu buta kau... terima kau yang menganggur tapi semuanya sia-sia sebab kau tetap ceraikan aku. Bodoh betul Suri Hawani kan?"

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now