Bab 22

406 32 3
                                    

"KENAPA beria sangat nak tahu tentang Puan Sri Anggun Alessa ni? Eh, kau jangan lupa yang kau dah ada Yusra. Kalau Yusra tahu kau sibuk dengan perempuan lain, mengamuk sakan dia nanti," ujar Munsyi, rakan baik dan pekerja Emir.

"Aku dengan Yusra bukannya ada apa-apa dan tak pernah ada apa-apa. Kenapa dia nak mengamuk? Aku cuma suruh kau beritahu aku info pasal Puan Sri Anggun Alessa tu aje. Tak susah pun kan?" tanya Emir.

"Info apa? Muka aku ni ada macam spy ke? Tak ada kan?"

"Tapi kau dah selalu keluar masuk Global Sphere. Mesti kau selalu jumpa Puan Sri dan berurusan dengan dia."

"Dah kalau aku selalu keluar masuk Sphere Global pun apa masalahnya? Itu semua atas urusan projek yang kau sendiri tak ambil kisah."

"Projek mana?"

"Projek kerjasama antara Perkasa Holdings dan Global Sphere selama setahun. Projek yang kau kata tak guna sebab Global Sphere takkan nak kerjasama dengan kita tu. Tapi sekarang tengoklah... kertas kerja penjanjian dah nak siap. Tinggal nak tandatangan saja."

"Untuk projek tu last time kau jumpa dengan siapa?"

"Of course, Puan Sri Anggun Alessa. Dia yang mengetuai projek ni wakil dari Global Sphere dan aku wakil dari syarikat kita."

"Ok, tukar dengan aku. Biar aku aje yang wakilkan syarikat," kata Emir bersungguh-sungguh.

"For what?"

"It is because I am the CEO of Perkasa Holdings!"

"Oh, macam tu pulak! Kalau kau CEO, kenapa kau jarang masuk ofis? Kenapa kau serahkan semuanya pada aku sedangkan aku hanya Head of Manager syarikat ni? Kau jangan ingat aku tak tahu apa niat kau nak sangat masuk dalam Global Sphere. Puan Sri Anggun Alessa tu bukan senang-senang boleh diganggu. She belongs to Tan Sri Iskandar Raid."

"Tak kisahlah kau nak cakap apa, Munsyi. Yang penting aku nak kenal dengan dia. Nak sangat kenal dengan dia," kata Emir.

"Sebab?" tanya Munsyi.

"Sebab diri dia buatkan aku teringat pada seseorang yang pernah aku sayang dalam hidup aku dulu."

Munsyi menggeleng.

"Macam-macamlah kau ni, Emir. Ok, nanti akan ada meeting dengan Global Sphere... kau pergilah. Segala urusan kertas kerja dan fail aku akan kasi pada kau kejap lagi. Study semuanya pasal projek ni supaya kau tak buat silap."

Emir tersenyum mengangguk.

"Thanks, Munsyi."

Kemudian dia melihat jam tangannya.

"Oh, aku kena gerak untuk ambil Tiara balik dari kelas berenang. Anything just text."

~~~

"AYAH, best ke ada ibu?" tanya Tiara semasa Emir mengambilnya pulang dari sekolah.

"Mestilah best. Kenapa tanya macam tu?"

"Kalau best, kenapa Tiara tak ada ibu? Kawan-kawan lain semuanya ada ibu."

"Tiara ada ibu. Mama Yusra tu kan ibu Tiara. Tiara dapat kasih sayang daripada dia kan?"

"Mama Yusra tu ibu angkat aje. Tak samalah dengan ibu kandung. Tiara rindu mommy dan ayah tak pernah bawa Tiara pergi kubur mommy."

"Tiara nak pergi kubur mommy?"

Tiara mengangguk.

"Ok, jom ayah bawa Tiara pergi kubur mommy."

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now