PULANG saja dari sekolah Darin dan tanpa bicara langsung, Anggun terus masuk ke dalam bilik tidur meninggalkan Raid di ruang tamu. Darin memandang hairan dengan keadaan mommynya.
"Daddy, mommy kenapa?" tanya Darin dengan polos.
"Mommy penat, sayang. Tak apa, Darin pergi masuk bilik dan mandi. Malam nanti kita keluar dinner."
Raid pergi melihat Anggun di dalam bilik tidur mereka setelah Darin berada di bilik tidurnya. Di sana, Raid lihat Anggun sedang menangis dan Raid tahu apa puncanya.
"Dear, you nak menangis sebab Tiara lagi kenapa? Come on, dia bukannya anak yatim piatu pun!"
"You tahu dia bukan anak yatim piatu tapi kenapa you tetap nak halang I dekat dengan dia?"
Raid hamun. Dia mengeluh kasar.
"For god sake, she have her father! Kenapa you nak marah bila I halang you? Selama ni dia hidup tanpa you... dia ok aje! So, apa bezanya kali ni? Ada you ke tak ada you ke... hidup dia tetap sama!"
Kerana terlalu marah dan geram, Anggun bertindak memukul badan Raid.
"Kenapa you jadi macam ni hah? Kenapa you kejam sangat!? I cuma nak Tiara sebab Tiara tu anak I! Apa yang susah sangat you nak faham? Kenapa you sanggup buat I macam ni!?"
"Anggun, stop it," arah Raid yang masih bersabar.
Namun pukulan Anggun itu makin kuat hingga Raid menolak badan Anggun jatuh di atas katil lalu menindih dirinya supaya dia tidak dapat bergerak.
"I buat you macam ni sebab you hak I! I tak pedulilah you kata I kejam! Apa yang I tahu you adalah hak I sampai bila-bila. I tak nak you jumpa dengan jantan bodoh tu atau jumpa anak dia lagi!" jerit Raid pada Anggun.
Dia juga menekan pergelangan tangan Anggun supaya Anggun berhenti memukulnya.
Lalu, Anggun pun menangis di saat itu.
Melihat air mata isterinya jatuh terus membuatkan Raid menghembuskan keluhan. Dia melepasakan pegangan pada Anggun dan mula menjauhkan diri dari Anggun yang masih lagi baring di atas katil.
"Dear, tolonglah... tolonglah jangan buat perangai macam ni lagi. Semua ni dah bukan sebab dendam tapi sebab you sendiri yang dah hanyut dengan hati perasaan you. You janji dengan I... dendam ni akan terbalas tanpa melibatkan hati perasaan tapi kenapa makin lama I tengok you makin berubah?"
"I tak berubah. Betul!" balas Anggun.
"You berubah, dear. You berubah tanpa you sedar. Sejak you tekad nak pura-pura bercinta dengan Emir ni, you perasan tak apa yang jadi pada rumah tangga kita? You dah tak pedulikan I... you tak pedulikan anak-anak. You langsung tak jaga maruah I sebagai suami, you tahu tak!?"
"Tapi I tetap sayang you, daddy! Tak pernah berubah langsung kasih sayang I ni untuk you. Tolonglah percaya..."
Raid memandang wajah Anggun.
"I percaya tapi setakat cakap di mulut saja, tak guna. Perasaan kasih sayang you tu takkan kekal kalau setakat cakap aje. I need you to show your love to me just what I did for you! Dalam perkahwinan kita ni hanya I saja yang dari awal beria-ia tunjukkan kasih sayang cinta I pada you sedangkan you? Fikir sendirilah, Anggun."
"Habis tu you nak I buat apa lagi? I dah kasi semuanya pada you! You nak I kahwin dengan you, I buat. You nak I dengar semua cakap... semua arahan you, I buat. You nak I jalankan tanggungjawab I sebagai isteri sepenuhnya pun, I buat! Apa lagi yang tak cukup? Apa lagi yang buatkan you rasa I tak sayang you?!"
"You tak nak buang hidup lama you! Itu yang buatkan I rasa you tak cukup sayang I, Anggun Alessa! Apa yang susah sangat? Apa yang susah sangat untuk you teruskan hidup sebagai Anggun Alessa ni? I dah bagi you semuanya! Cinta, harta, perhatian, kasih sayang... semuanya! Tapi you masih tak boleh lupakan hidup lama you tu."
Raid menggeleng.
"Jangan cakap you ingat hidup lama you tu sebab dendam. Ini bukan sebab dendam tapi sebab you tak rasa puas hidup sebagai Suri Hawani dan isteri Emir. Itu sebabnya!"
"Tak!" nafi Anggun.
"Apa yang tak? You nak nafikan lagi? Eh, kalau semuanya hanya sebab dendam... kenapa I tengok tak ada pun kemusnahan hidup Emir dan Yusra? Berbulan-bulan dah you mulakan balasan dendam ni tapi apa hasilnya? Tak ada!"
Anggun terus diam.
"Kenapa diam? Cakaplah. Bukan ke you sentiasa ada jawapan? Cakap!" desak Raid.
"I'm sorry, d. I'm really sorry," ucap Anggun.
"I don't want to hear your apologize, Anggun. I'm tired already with all your games."
Raid menghampiri Anggun lantas memegang dagunya agar mata mereka bertentangan.
"I think it's time for us to stay away from each other. I dah tak boleh nak buat apa-apa lagi dah dengan you. Bila I buat keputusan sendiri, you cakap I kejam. Bila I sekat kebebasan you yang melampau, you cakap I tak faham you. Tak apalah, sekarang ni ikut suka hati youlah nak buat apa."
"What do you mean? You nak tinggalkan I ke?"
Raid hanya diam.
Anggun mula bertanya sekali lagi. Dia memegang tangan Raid.
"I tanya you ni... you nak tinggalkan I ke? Jawablah, Iskandar Raid!"
"Tak tahu. You should ask yourself," jawab Raid.
Raid mahu beredar pergi namun Anggun menghalang.
"No... no... no! You tak boleh tinggalkan I! D, you dah janji... you dah janji nak ada dengan I sampai bila-bila. You tak boleh buat I macam ni, d. Tak boleh!" kata Anggun.
"Janji tu dah tak guna. Kalau I saja yang bersungguh-sungguh nak ada dengan you sampai bila-bila tapi you tak hargai pun, apa gunanya? You tetap dengan keras kepala you kan?"
"Ok, I akan berubah. I akan dengar semua cakap you tanpa bantah apa-apa pun. I tak nak you tinggalkan I, d! I love you so much!"
Anggun memeluk erat tubuh badan Raid.
"Jangan tinggalkan I, please? You tak boleh tinggalkan I."
Akhirnya Raid membalas pelukan itu. Dia juga mencium ubun-ubun kepala Anggun. Kemudian Anggun memandang wajah suaminya dengan air mata yang bersisa.
"I minta maaf. I tak nak buat you marah I lagi. I tak nak hilang you dan anak-anak. Oklah, pasal dendam tu semua I serahkan pada you. I ikut saja apa keputusan you."
Raid tersenyum.
"I love you, dear."
"I love you too, d."
Kemudian mereka kembali berpelukan berdua. Raid terus tersenyum lebar.
Senang rupanya untuk bermain emosi dan mengikat diri Anggun Alessa untuk terus kekal bersamanya. Kini, dia boleh melakukan apa saja demi memastikan Anggun kekal berada di dalam hidupnya.
Huh... ingat Raid mahu lepaskan Anggun? Mati hidup semula pun dia tak akan pernah lepaskan Anggun!
Anggun adalah haknya.
Anggun adalah miliknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/365529730-288-k149217.jpg)
YOU ARE READING
The Revival of Love (Completed)
RomanceSuri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba dilakukan agar Suri terbuang di dalam hidup Emir. Perbalahan demi perbalahan sehingga akhirnya Emir me...