"KENAPA diam aje dari tadi? Marah sebab I halang you jumpa dengan Tiara?" tanya Raid pada Anggun apabila dia melihat Anggun hanya diam sebaik saja tiba di sekolah Darin untuk hari sukan sekolahnya.
"Bukan ke semalam you cakap you tak nak dengar nama dia lagi? Tapi hari ni you sendiri yang sebut nama dia," ujar Anggun.
Raid mengangguk.
"Ya, memang I cakap macam tu tapi betullah kan? You memang tengah marah I sebab I halang you jumpa dengan Tiara."
"Don't start, d. I tak nak gaduh dengan you," ujar Anggun.
"I pun tak nak gaduh dengan you, dear. I cuma nak ingatkan you yang you dah buat pilihan. You pilih Darin tau."
"Tapi you boleh bayangkan tak perasaan I sebagai seorang ibu bila anak I ada depan mata tapi I tak boleh nak dakap dia? You buat I macam ni... kejam."
"I kejam ada sebabnya. Alaa... Tiara tu bukannya kenal siapa you sebenarnya pun. Dia cuma tahu you ni girlfriend tak jadi ayah dia aje. Kalau dia hilang you dalam hidup dia pun, dia takkan rasa apa-apa."
Anggun memandang wajah Raid.
"You paksa I ikut cara you... you pisahkan I dengan anak kandung I. Eh, Tiara tu anak kandung I tau... sampai mati pun dia tetap anak kandung I!"
"Ok, habis tu you nak I buat apa? Ini juga jalan yang you terima dulu kan? Dari dulu lagi I dah cakap yang I tak nak you ingat hidup you yang lama... I tak nak you ingat Emir... ingat Tiara kalau you nak hidup yang baru daripada I. It's me who gives you the new life of Anggun Alessa. Don't ever forget that!"
"I tak lupa dan I tak pernah lupa tapi I terkilan sebab you putuskan hubungan I dengan Tiara. She's my daughter. I yang mengandungkan dia! I yang tanggung sakit lahirkan dia!"
"Pada dia, mommy dia adalah Suri Hawani dan mommy dia dah mati! You ingat kalau you beritahu dia you adalah mommy kandung dia, dia akan percaya? Hei... muka you dan identiti you dah lain sekarang. Mana ada orang mati boleh hidup semula!"
"You kejam, d. You kejam!" kata Anggun yang marah.
"Oh, sekarang I kejam? Habis tu you apa pulak? Selama ni you biarkan I... you buat I jadi suami dayus tak apa? Eh, ini pun dah cukup baik I tak pecahkan muka jantan bodoh tu tau! Suka hati aje nak pegang-pegang you! Dia ingat you tu isteri dia lagi ke?"
"Kalau betul marah sangat dengan dia, tak payahlah jadikan Tiara mangsa. Dah banyak kali I cakap dengan you... I cuma nak Tiara bukan Emir!"
"Tak payah ada Tiara dalam hidup you tak boleh ke? Selama ni pun dia membesar tak ada you, elok aje kan? Sihat aje kan? Lagipun kan ada Yusra yang jaga dia dari kecil. Tak ada you pun dia masih boleh hiduplah."
Anggun diam. Memang susah kalau bercakap dengan manusia keras hati seperti Raid. Sudahlah Raid seorang yang egoistik. Dia memang tidak akan benarkan Anggun untuk berhubungan dengan Tiara lagi.
"D, please? Izinkanlah I untuk rapat dengan Tiara. I cuma nak Tiara... I rindu Tiara."
Raid memandang wajah Anggun dengan serius. Pandangan mata yang Anggun tahu apakah maknanya.
"No means no, Puan Sri Anggun Alessa!"
Walaupun nada suaranya tidak kuat namun cukup membuatkan Anggun tersentak diam.
Beberapa minit kemudian, mereka mula didatangi oleh dua orang guru pengiring yang bakal membawa mereka duduk di tempat khas di dalam stadium sekolah itu.
"Tan Sri Raid... Puan Sri Anggun, acara hari sukan akan dimulakan sekarang. Jom, kami bawa Tan Sri dan Puan Sri ke tempat duduk di stadium."
Raid dan Anggun terus tersenyum mengangguk. Raid bangun dan menghulurkan tangan kepada Anggun supaya dipegang.
![](https://img.wattpad.com/cover/365529730-288-k149217.jpg)
YOU ARE READING
The Revival of Love (Completed)
RomanceSuri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba dilakukan agar Suri terbuang di dalam hidup Emir. Perbalahan demi perbalahan sehingga akhirnya Emir me...