Bab 42

586 35 2
                                    

LANGKAH kaki berjalan laju menuju ke arah Tan Sri Iskandar Raid yang sedang menikmati minum petang bersama kawan-kawannya di kafe hotel. Tanpa adab, Emir yang marah terus mengetuk meja dan mengamuk dengan sang suami Puan Sri Anggun Alessa itu.

"Mana Anggun? Apa yang kau dah buat pada dia!?" soal Emir yang kelihatan terlalu marah.

Raid tersenyum sinis.

"Apa benda kau ni? Datang sini tak ada salam lepas tu nak mengamuk tanya isteri orang. Bodoh ke?" tanyanya kembali.

"Jangan main-main dengan aku. Anggun mana? Apa yang kau dah buat dengan dia sampai dia dah langsung tak contact aku!?"

"Memang sah kau ni bodoh. Eh, Emir Hadi! Perempuan yang kau gilakan tu isteri aku tau. Puan Sri Anggun Alessa tu isteri aku! Suka hati akulah nak buat apa pun pada dia. Yang kau nak sibuk tahu dia dekat mana... buat apa tu dah kenapa? Dah meroyan ke?"

"Eh, Anggun tu tak sayang kau tau! Dia sayang aku dan aku tahu kau dah kurung dia sebab kau tak nak dia jumpa aku! Kau ni memang celaka!" bentak Emir sambil menarik kolar Raid.

Raid menggeleng kemudian dia menyuruh pengawal keselamatan hotel untuk membawa Emir ke tingkat paling atas bangunan itu iaitu di laman. Sampai saja di sana, dia menyuruh pengawal keselamatan itu pergi meninggalkan mereka berdua saja di situ.

Apabila mereka berdua saja, Raid terus manghadiahkan satu penumbuk di bibir Emir.

"Kau memang dah lebih! Kau ingat kau siapa boleh malukan depan semua kawan-kawan aku dekat bawah tu hah? Kau sebut nama Anggun... kau cakap dia sayang kau, kau ingat aku ni apa? Tunggul kayu!?"

Raid menumbuk Emir lagi.

Namun Emir melawan. Dia mengelak dan memberikan Raid pula satu tumbukan.

"Aku nak kau ceraikan Anggun, dia aku yang punya!"

"Kau siapa nak arahkan aku? Hei, bodoh! Anggun Alessa tu isteri akulah! Kau tak ada hak pun atas diri dia!"

Emir tersenyum sinis.

"Tak ada hak? Ya, memang aku tak ada hak tapi dia sendiri dah bagi hak kau pada aku tau. Kitaorang dah pernah tidur together."

Raid terus ketawa.

"Tinggi berangan kau kan? Eh, tak malu ke cakap macam ni? Lagipun kau percaya yang Anggun tu nak tidur dengan kau? Hahaha... sedihlah jadi kau ni!"

Emir diam kerana bingung.

Kenapa Raid tidak marah apabila mengetahui Anggun telah tidur bersamanya dahulu?

"Hei, Emir... kau ingat aku ni suami yang tak guna macam kau ke? Yang tak percaya pada isteri sendiri sampai tergamak ceraikan dia dalam hujan. Aku bukan macam tu sebab aku pandai hargai isteri aku sendiri. Aku pandai hargai Anggun Alessa dalam hidup aku!"

"Macam... macam mana kau tahu pasal tu?" soal Emir.

Raid tersenyum sumbing kemudian mengeluh perlahan.

"Aku sebenarnya kan... tahu semua benda pasal kau. Terutama sekali pasal kau dengan Suri Hawani, isteri yang kau ceraikan dalam hujan tu. Hmm... tapi aku nak tanya kaulah, apa perasaan kau bila kena game dengan bekas isteri sendiri ya?"

Melihat Emir Hadi yang terus bingung membuatkan Iskandar Raid terasa mahu ketawa sepuas-puasnya.

"Kenapa? Tak faham ke maksud aku?" soalnya.

Akhirnya Raid berterus terang mengenai siapa Anggun Alessa pada Emir.

"Anggun Alessa tu adalah Suri Hawani. Empat tahun dulu lepas kau buang dia macam anjing kurap dalam hidup kau, dia kemalangan. Muka dia cedera teruk... dia duduk dalam hospital tu dengan emosi yang menggila. Hari-hari nangis fikir pasal kau dan Tiara sampai hampir-hampir nak meroyan."

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now