Bab 1

91 5 0
                                    

Suasana di sekitar yang gelap menambahkan kegusaran di hati Nur Naira. Dia beristigfar sepanjang perjalanan pulang ke rumah kerana kebiasaanya dia akan pulang bersama teman serumah merangkap kawan baiknya tetapi hari ini dia terpaksa pulang lewat disebabkan dia perlu menghabiskan kerja yang tertangguh.

"Apesal meremang je bulu roma aku ni.'' Dia menggosok lengan tangan kanan sambil memandu pulang ke rumah.

''Biasanya kalau aku balik waktu macam ni ada je orang di sekitar sini tapi kenapa hari ni sunyi sangat.''

Dia mengeluh perlahan. ketika dia memutarkan stering keretanya, tiba-tiba ada sebuah kereta pacuan empat roda menentang arus melalui laluan nya.

Dia membuat brek mengejut lalu dia terhumban ke hadapan tetapi nasibnya selamat kerana tali pinggang yang ketat membantu badannya kekal pada kerusi kereta. Inersia badan nya pun tidak besar.

''Astagfiruallahhalazim...'' dia mengurut dadanya perlahan. Sedikit lagi dia nak sakit jantung package kejung dekat stering kereta ni.

Pantas dia menoleh ke arah cermin belakang kereta untuk melihat kereta tadi. ''Tak guna punya manusia! Kalau aku mati kat sini tak ada siapa pun tahu.''

Kereta bergerak mengundur ke belakang dan dia menyambung semula perjalanan pulang ke rumah.



Tepat sahaja pukul dua pagi dia sudah terpacak di hadapan pagar rumahnya. Dia membuka pintu kereta perlahan-lahan kerana tangannya terseliuh akibat kejadian tadi.

Dia masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati supaya penghuni di dalam rumah ini tidak tersedar.

Baru sahaja dia ingin memanjat anak tangga, ada suara halus menegurnya dari belakang. ''Lambat kau balik hari ni?''

Terus terbantut segala pergerakannya. Perlahan-lahan dia memusingkan badan menghadap ke belakang. ''Aa..aku hampir accident tadi.'' jawab dia perlahan takut dimarahi oleh temannya.

''APA KAU CAKAP NAIRA!!! ACCIDENT!'' pantas sahaja kawannya berlari ke arahnya mendapatkan dia tercegat di anak tangga. ''Luka teruk tak? ke kau nak aku bawak kau pergi hospital.''

Ini lah dia malas nak cakap kat kawan dia. Dia punya kecoh tu boleh satu taman perumahan ni dengar.

''Aku ok lah. Kau tak payah lah nak jerit-jerit bagai. Nanti jiran marah tahu tak.'' Naira sudah bergerak naik ke biliknya untuk membersihkan diri.

''Naira, aku tengah risau pasal kau... kau boleh buat dek je dengan keprihatinan aku ni. Tak appreacite langsung!'' Mula lah Dhia Sofea dengan perangai Mak nenek membebel sampai subuh esok tak habis dia mengungkit segalanya. Mak-mak sangat!








"Morning sahabat sayang saya!!!'' Naira berlari anak mendapatkan Dhia yang sedang ralit menyiapkan sarapan di dapur. Tetapi pekikkan dia tidak disambut mesra oleh kawannya. Mungkin masih marahkan dia lagi tentang hal pagi tadi. Haih ni yang dia malas nak pujuk mak singa seorang ni.

''Kau marahkan aku lagi ke Dhia?'' Itulah Naira. Kura-kura dalam perahu, sudah tahu tapi buat-buat tak tahu.

'' Kamu nanyak? eh kau ni kan Naira..kalau aku hempuk kau dengan senduk ni baru kau nak sedarkan! '' OK. Ini bukan mood yang baik untuk main-main dengan Dhia Sofea.

''Alaa...Dhia kau tengok aku ok je kan. Kenapa nak marah-marah ni. Kau patutnya bersyukur sebab kawan baik kau ni masih selamat.'' Naira membuat muka comel dengan membulatkan mata ala-ala kucing minta simpati kepada seseorang yang ada royal canin.

 '' Ke kau memang nak tengok aku mati. Takpelah kalau yang itu kau nak.. aku pergi da..'' belum sempat drama pukul sepuluh pagi Naira bermula sudah ditamatkan oleh Dhia.

''Kau tak payah nak mula eh. Aku bukan apa Naira, kau tu kawan baik aku, sahabat syurga aku, keluarga aku merangkap kakak aku beza lima bulan sebelas hari aku dan kau tu adalah tanggungjawab aku yang telah dipertanggungjawabkan oleh parents kau kepada aku. Aku sayang kau tahu! Aku tak nak apa-apa jadi pada kau. Selagi aku hidup dekat dunia yang fana ni, aku kena jaga kau macam nyawa aku sendiri.''

Naira memeluk tubuh Dhia dengan rapat. Dia pun sangat sayangkan Dhia sama seperti nyawanya juga. Dia pun tidak mahu kehilangan sahabat, keluarga dan teman baiknya. Mereka telah berkawan sejak kecil lagi. Manakan dia mahu teman sebaik Dhia Sofea pergi dari hidupnya.

''Eh dah lah!! Apa sedih-sedih ni. Aku lapar nak makan. Jom lah!'' Pantas sahaja tangan Naira mengaut bihun goreng di hadapannya.

Laju tanganya menyuap bihun goreng ke dalam mulut. Dia menggoyangkan kepala sambil menikmati makanan. Itu adalah salah satu tabiat Naira apabila dia teruja ketika makan makanan sedap. Macam budak-budak.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now