Bab 12

13 2 0
                                    

Iman membelek fail kerja sebelum menghantar ke bilik fail di bangunan sebelah.

Telefon bimbit nya bernyanyi di dalam tas tangannya. Dia berdecit sebelum menyeluk mencapai telefon tersebut.

Laju sahaja jarinya meleret pada butang 'answer'. Mata membulat. Dia menjarakkan telefon yang melekap di telinganya. 'Kenapa aku boleh tak perasan dia yang call.'

Iman menepuk dahinya. Dia kembali merapatkan telefon ke telinganya. Dia membuat muka.

"Sorry awak, saya tak perasan awak yang call. Saya ingat kan Naira tadi." Iman menongkat dagu. Habis lah aku kalau Naira tahu aku main petik je nama dia nih! Bila masa pula Naira call. Hmm..

Talian disebelah sudah ketawa enak. Lawak sangat lah tu! Huh!

"It's okay Iman. Emm.. saya nak ajak awak lunch boleh?"

 Iman hanya mendiamkan diri. 

"Iman..awak tak marahkan saya ajak awak keluar nih?" Aariz menggaru dagu nya memikir apa yang baru sahaja dikatakan. 'Apa aku nih.. kalau dia dah ada pakwe buat apa aku duk kejar nya.. ehh aku sanggup ke kehilangan dia?'.

"Hmm.. tak. Ok, tengah hari nanti kita jumpa." Iman turut bersetuju untuk makan bersama. Tak apa angin baik nya nak makan tengah hari dengan Aariz Faiq.

Aariz kelu. Betul ke apa aku dengar. Dia nak keluar makan dengan aku! Wahhhh petanda yang baik lah.






Dhia mengemas meja untuk keluar makan tengah hari. Tangannya pantas mendail nombor telefon Iman Humaira.

Panggilan bersambung. Terdengar suara comel Iman di talian sana.

"Ya Dhia. Ada apa call aku ni?" 

Dhia menyangkut tas tangan di bahunya. Dia melangkah ke arah lif bangunan pejabat nya.

"Aku nak ajak kau makan lah babe.. jom lah!" Dhia menekan butang lif di sebelah kanan. Dia masih menunggu jawapan dari temannya. 

"Eh Iman, kau dengar tak apa aku cakap nih! Aku nak ajak kau lunch hari nih!" Dia menekan sedikit suara nya.

"Ya.. ya aku dengar lah. Aku tak boleh teman kau lah Dhia. Aariz ajak aku lunch dengan dia pula." 

Dhia menegak kan badan apabila dia mendengar nama Aariz di sebut tadi.

"Jap..jap. kau sebut nama siapa tadi? Aariz kan? Eh kau biar betul Iman! Aariz ajak kau lunch dengan dia. Serius lah!" 

Iman menghamburkan ketawa nya. Dia sudah melangkah ke lobi.

"Yelah. Buat apa aku main-main. Dia call aku tadi. Ni pun aku dah kat lobi. Sorry Dhia."

 Dhia membuat muka sedih. Hmm makan sorang-sorang lah macam nih! Kalau si Farhan tu ada ok juga. Time nilah dia nak pergi outstation lah..

"Hmm ok lah.. tapi kau janji Eh malam nanti cerita dengan aku macam mana si Aariz boleh ajak kau lunch. Ni mesti ada apa-apa kan?"

 Iman menggeleng kan kepala. Dhia memang suka menyibuk hal orang lain!

"Lah kau ni biasa lah tu kan kawan ajak makan sama-sama. Kau dengan Farhan pun sama kan!" Iman ketawa geli hati. Tadi sibuk nak mengenakan aku kan. Haa ambil ni. Dhia mencebik geram. Aku nak kena kan dia, dia kena kan aku balik! Ciss.

"Tak kau lain lah Iman. Aku dengan Farhan kan dah nak bertunang. Kau tu, bila masa pula Aariz jadi kawan kau. Ni mesti ada apa-apa lah tuh!"

 Iman membuka pintu kereta nya.

"Malas lah aku nak layan kau! Dah aku nak gerak ni. Bye!" Cepat sahaja dia matikan perbualan mereka.

Dhia mengeluh lemah. Dia menapak juga ke parkir kereta. Nak ajak Naira, dia sibuk dengan patient. Dah lah tempat kerja nya jauh! Haih.. cepat lah awak balik Farhan.. saya ni macam orang gila tunggu awak!







"Sorry, saya terlambat!" Iman mengambil tempat dihadapan Aariz yang sedang memandang nya.

"Eh tak apa. Saya pun baru jer sampai." Aariz mengangkat tangan membuat pesanan makanan untuk mereka.

Mereka berbual panjang. Bertukar pendapat kadang kala. Iman tertarik dengan sikap peramah Aariz Faiq. Adakah dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu.

Selesai mengisi perut masing-masing. Mereka bangun dari tempat duduk untuk beredar dari situ.

"Emm.. thank you Aariz sebab berlanja saya makan. Saya segan sebenarnya." Aariz mengangguk.

"Sokay, nanti awak pula berlanja saya!"

 Iman mengangguk sambil ketawa kecil. Iya, nanti aku pula berlanja dia.

Mereka berpapasan. Iman mengatur langkah ke parkir kereta yang terletak di hadapan kedai serbeneka.

Dia menekan butang remote kereta nya. Belum sempat dia masuk ke dalam perut kereta, lengan tangan nya ditarik oleh seseorang.

Dia tergamam melihat wajah bengis lelaki dihadapan nya.

"Apa kau buat kat sini hah!"

 Lelaki dihadapan nya ketawa lepas. Lelaki itu menggenggam erat lengan Iman di hadapan nya.

"Aku nak duit lah! Mana duit aku! Sebelum aku menjerit kat sini baik kau kasi duit kau!"

 Iman mencerunkan pandangan kepada lelaki itu. Meluat dia melihat lelaki yang telah menghancurkan hidup nya.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now