Bab 44

16 2 0
                                    

Aariz bersandar pada bahu Puan Fariha seraya mata menatap tv di hadapan. Wajah tidak lekang dari senyuman. Entah apa lah yang difikirkan sejak dari tadi. Hanyut dengan dunia sendiri.

Puan Fariha yang sedar akan hal itu, lantas menoleh memandang tenang wajah si anak. Kepala di gelengkan. Sejak dari kepulangan si anak ke rumah besar ini, terubat rasa rindu di hati sejak tiga bulan lepas. Dia tidak jemu berdoa supaya anaknya dilembutkan hati untuk pulang semula ke pangkuannya.

"Hai anak umi yang seorang ni kenapa? Dari tadi asyik senyum sorang-sorang? Tak nak share dengan umi dah ke..." Sampuk Puan Fariha disebelah.

"Mana ada lah. Angah ni tengah senyum bahagia sebab.."Aariz berjeda sendiri. Sengaja dia hendak menggantung ayat di situ. Ingin melihat reaksi Puan Fariha.

"Sebab apa? Ke sebab dah jumpa pengganti ni hah? Kalau dah ada Allhamdulillah, syukur lah." Kata Puan Fariha barusan mahu menduga si anak. Bukan dia tak tahu anaknya itu sememangnya spesis hati batu. Keras semacam aje.

"Ehh tak mana ada! Iman tetap di hati Angah. No no no. Angah senyum sebab angah rasa beban tanggung rindu pada umi dah lepas. Rindu sangat dengan umi. Rasa tak puas nak berkepit." Sengihnya lagi. Tak habis-habis dengan mood mengada.

"Eleh, Angah tu memang macam tu! Menggedik jer." Sampuk satu suara dari arah belakang.

Pantas Aariz mengalihkan pandangan sesaat sebelum menjeling tajam. Suka betul nak cari masalah budak ni!

"Diam lah kau! Menyibuk jer kerjanya. Pergi belajar sana. Kau tak dapat dekan sem ni, siap kau! Aku cut elaun kau setahun." Dia merenung tajam pada Afifah yang sedang menayang wajah jengkel di hadapannya.

Afifah mendengus geram. Tak habis-habis nak ugut orang. Sikit-sikit potong elaun. Jual kat Siam sana baru tahu!

"Umi! Tengok angah ni. Tsk. Benci lah macam ni!" Afifah berjalan melepasi Aariz sambil menghentak kaki. Mulutnya sibuk membebel itu ini. Tak jelas apa yang dikatakan. Tapi yang pasti, dia sedang melepaskan amarah kepada abangnya. 'Tunggu kau, aku jedag jedug kan gambar buruk muka kau. Lepastu kita kasi viral sikit. At least seratus viewer tengok. Muahahah'. Sempat dia merangka idea untuk mengenakan Aariz.

"Hah, hentak kaki tu! Kang ghoboh ghumah ni! Aku hambat kau nanti." Laung Aariz dari tingkat bawah.

BAM! Bunyi dentuman yang di lepas dari bilik Afifah. Mogok lah tu. Lagi banyak abangnya membebel, lagi naik tanduk dia buat perangai. Sengaja nak bagitahu yang dia tengah marah. Action lebih!

"Aku dah cakap kan..jangan di hempas pintu tu! Kang ada yang-" Tak habis Aariz nak marah, Puan Fariha menegahnya daripada terus memarahi adiknya itu.

"Dah lah tu. Adik kamu tu nak dipujuk tu. Kamu dah lama sangat tak balik jumpa dia.. dia rindu kat Angah lah tu. Pergi lah pujuk dia. Kesian kan dia. Adik kamu tu nak bermanja tapi tak mahu menunjuk sangat. Orang perempuan ni, ada yang jenis memendam saja. Jadi, kamu yang lelaki kena lah faham sendiri. Dah dah..pergi sana pujuk. Umi nak masak makanan kegemaran kamu." Puan Fariha menepuk bahu anaknya sebelum berjalan ke dapur. Faham benar dengan perangai anak-anaknya.

Aariz mengurut pelepisnya. Keluhan dilepaskan. 'Nak kena pujuk lah ni?'. Kaki dibawa ke anak tangga. Sempat dia melirik pada Puan Fariha yang ralit menyediakan bahan-bahan untuk memasak makanan kegemarannya. Terbit senyuman kecil di wajah. Walaupun tak ramai ahli keluarganya, tetapi mereka bahagia dengan cara sendiri.

Sampai sahaja di hadapan bilik Afifah, tangan bermain di atas permukaan pintu. Pintu diketuk sekali dua menghantar isyarat yang dia ada di situ. Tapi tiada sahutan.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now