Bab 4

19 2 0
                                    

Telefon nya berdering nyaring membantut kerjanya. "Haih siapa pula call time aku tengah sibuk ni?" Laju sahaja jari halus menyentuh skrin telefonnya. Naira mendengar dengan teliti setiap patah yang diucapkan oleh mamanya.

"Ya ma, nanti hujung minggu ni adik balik lah. Ma jangan risau ok. Insya-Allah nanti sebelum balik adik bagitahu ma dulu. Ok bye! Assalamualaikum."

Dhia menoleh ke arah Iman yang terkedek-kedek membawa beg besar nya. Iman duduk untuk menghilangkan rasa lelah. Penat gila angkut beg dari tingkat 13 sampai ke bawah. Lif pula boleh rosak! Nak tak nak kena guna tangga.

"Semua dah siap kan? Boleh lah gerak. Lagipun mama aku suruh aku balik lah hujung minggu ni. Korang tak nak balik sekali ke?" Kebetulan sangat Dhia ni satu jalan dengan dia kalau balik ke sana. Mereka pun duduk di kawasan perumahan sama. Kawan pun dari kecil sampai lah besar ni.

"Emm boleh juga tu. Aku nak balik lah jumpa ibu aku. Kang dia bising pula anak kesayangan dia ni dah tak reti balik rumah besar tu." Naira dan Iman ketawa melihat Dhia mengajuk percakapan macam mak-mak.

Hari ini, mereka membantu Iman untuk mengangkut segala barang untuk berpindah ke dalam rumah sewa mereka sejak Iman mendapat tawaran untuk bekerja berdekatan dengan rumah sewa mereka. Sebelum ini, Iman terpaksa berulang-alik dari rumahnya ke tempat kerja. Perjalanan mengambil masa satu jam lebih untuk sampai. Itu kalau tidak tersekat dengan jem, kalau tidak mahu makan masa sampai ke dua atau tiga jam. Haru wey!






"Hello ma! Mama sihat?" Naira ketawa kerana di tegur oleh mamanya. Tak menyempat nak beri salam. Haih budak zaman sekarang ni.

"Waalaikumsalam ma.. ma hari ni adik balik rumah tau! Nanti dah nak sampai adik call mama balik. Kirim salam adik kat ayah sekali." Mamanya sibuk menasihati Naira yang perangainya kadang-kadang tak boleh di baca. Ada saja hal nya.

"Mama.. abang ada kat rumah ke?" Naira mengangguk kepala. 

Mendengar Mamanya memberitahu yang abangnya sudah gerak ke Johor semalam. Ada hal kata nya. Elok sangat lah tu, kalau tidak dia balik mesti dia kena buli dengan abangnya. Sempat Naira mengutuk Khairul di dalam hati. Tulah suka sangat kena kan orang kan!

 "Ok lah ma. Nanti dah sampai adik call. Bye!" Naira mematikan talian lalu bergerak membuka pintu pagar rumahnya.

"Kau dah call mama kau belum?" Dhia mendongak memandang Naira yang sedang memasukkan beg mereka ke dalam bonet kereta.

"Dah. Abang aku pun tak ada kat rumah. Best gila! Tak sabar rasa nya nak balik. Jom lah gerak!" Kereta Naira bergerak memasuki lebuh raya.

Mereka rancak berbual tentang topik hangat yang sedang tular di media sosial sekarang. Banyak sangat berita yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Maklum lah masalah remaja dan sosial tak dapat dipisahkan.







"Mama!" Naira lantas memeluk tubuh Puan Haiza. Rindu nya pada mama nya tuhan jer yang tahu.

"Mana Dhia? Tak singgah sekali ke." Puan Haiza mengangkat wajah menjenguk ke luar pagar rumahnya. Naira melepaskan pelukan mereka. Dia memandang wajah mamanya lama.

"Dia tak sempat singgah lah ma. Maybe next time kot. Lagipun ibu dia dah tak sabar sangat nak jumpa dia." Puan Haiza mengangguk lalu menggamit Naira masuk ke dalam rumah.

"Mama masak apa hari ni? Mesti special kan! Rindu masakan mama. Kat sana tak boleh dapat masakan mama. Hanya di rumah ni je yang ada." Naira melentokkan kepala nya di bahu mama nya. Nak bermanja pula.

"Alah nak bodek mama ke apa ni? Lain macam je." Puan Haiza mengangkat kening sebelah. Naira mengangkat wajah memandang mama nya. Berkerut muka nya. Nasib kening dia tak bersambung.

"Ishh mama ni! Tak sweet lah. Orang nak bermanja sikit pun tak boleh. Mana ada kita bodek dia. Betul lah adik cakap, masakan mama memang 'terboek' lahh!" Puan Haiza menggeleng kan kepala melihat gelagat anak bongsu nya. Perangai macam-macam.

"Ma.. Mana ayah?" Mama nya meletakkan pinggan berisi lauk di hadapan anaknya. Dia mengambil tempat di sebelah Naira.

"Macam biasalah.. ke mana lagi ayah kamu nak pergi. Dia ke kebun dari pagi tadi. Kejap lagi balik lah tuh." Naira mengangguk sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

Dia memejamkan mata cuba untuk merasai nikmat masakan ibunda nya. Fuhh memang tak ada siapa boleh tanding air tangan mamanya. Sedap gila!!

"Bila sampai adik?" Tersedak Naira dibuatnya. Dia terbatuk kecil. Puan Haiza menghulurkan segelas air kepadanya. Boleh sakit jantung tegur macam tu. Haih nasib aku tak tercekik tulang ayam tadi. Tak pasal-pasal malam ni dia tidur kat katil hospital..

"Ayah ni pun. Budak tu tengah sedap makan jangan lah tegur macam tu. Kang tak pasal-pasal mati tercekik je." Puan Haiza turut mengurut dada. Lemah jantung nya di sapa dari belakang.

"Lahh ayah terkejut kan kamu ke?" Encik Rizal tergelak lalu mengambil tempat disebelah Puan Haiza. Naira mengangguk kecil sebelum meneruskan suapan yang kedua. Dia nak makan banyak sedikit alang-alang dah balik sini. Nanti dah balik rumah sewa tak dapat rasa dah. Nikmat betul lah makan!




Naira duduk di birai katil sambil jari sibuk menekan skrin telefon nya. Dia melekapkan telefon di telingan sementara menunggu panggilan bersambung.

"Helo Dhia,..Hmm apa kata kan petang ni kita pergi tempat yang selalu kita lepak dulu?" Naira mengangguk sambil membayangkan kisah lalu ketika mereka masih sekolah menengah. Perangai tak boleh bawa bincang dulu. Ada saja kerenah nya. Itu dulu lah.. sekarang ni dah ayu sikit.

Kemudian menghubungi Iman pula untuk bertanya khabar kerana Iman tidak ikut sama pulang. Ada hal kata nya. Haishh kalau tak mesti lagi best!!

"Kau apa khabar Iman? Sihat kat sana. Rindu kita orang tak." Naira ketawa geli hati dengan usikan daripada teman nya.

"Alah kau mengaku jelah kau rindu kat aku kan? Eleh malu pula! Melebih jelah kau ni. Tak kuasa aku layan drama kau." Mereka berbual diselangi ketawa masing-masing. Kuat sakat si Iman. Ni yang buat mereka tak kering gusi.

"Dah lah kau.. suka sangat buat aku kalah! Cuba lah kasi aku menang kali ni." Iman mendengus geram di hujung talian. Naira menggeleng kan kepala. Kalau Iman ada dihadapan nya dah lama si Iman ni mendapat 'sepit ketam masak lemak cili api' dia.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now