Bab 60

26 2 0
                                    

Pandangan di halakan ke luar tingkap. Sejuk saja mata menangkap pemandangan indah dengan panorama hijau di sekeliling kawasan.

"Isteri abang ni termenung panjang jer. Fikir apa sayang hmm?" Aariz memeluk pinggang ramping isterinya sebelum dia menjatuhkan kepala mencium umbun-umbun isterinya.

Naira tersenyum manis. Dia mahu berpusing menghadap suaminya tetap terhalang dek pautan suaminya kejap. Akhirnya, dia terpaksa mendongak memandang wajah Aariz.

"Tak ada apa. Cuma teringat masa mula-mula Nur dapat tahu yang Nur mengandung dulu. Abang tahu tak apa first impression Nur masa tu?"

"Nur..terkejut? Of course terkejut. Menangis? Happy? Ah semua lah kan?" Aariz merenung dalam anak mata Naira. Dia pun nak tahu juga apa reaction isterinya masa dapat tahu dia mengandung. Ya lah, dia tak ada dengan isterinya masa tu. Ada sedikit rasa kecewa di situ.

Naira menggeleng perlahan.

"Takut. Nur takut abang tak boleh terima anak ni. Nur tahu.."

"Why? Kenapa nak takut pula? Nur tahu tak, abang lah orang paling gembira masa tu! Abang rasa nak peluk, cium jer Nur tapi keadaan tak mengizinkan. Nasib Farhan bagitahu abang. Tapi..Allah lebih sayangkan anak kita, sayang. Abang,"

Aariz memalingkan wajah ke tempat lain. Dia tidak mahu isterinya melihat dia menangis.

"Nur yang sepatutnya beritahu abang dari awal lagi. Tapi, Nur nak bagi abang kejutan. Nur tak sangka pula sekejap itu Allah nak tarik nikmat itu. Nur minta maaf ya? Lepas ni Nur janji, bila dapat tahu Nur mengandung jer..terus bagitahu abang." Naira menekup wajah suaminya. Berkali-kali dia mencium dagu suaminya. Takat itu jer dia sampai. Suaminya itu tinggi sangat.

"Tak apa. Kita pun muda lagi, sayang. Bila-bila pun boleh jer nak ada anak. Cuma abang tak mahu sayang stres fasal hal ni. Kalau ada rezeki, ada lah." Aariz senyum manis. Dia hanya fikirkan keadaan isterinya sahaja. Biar lah, kalau kena tunggu lima tahun baru ada anak. Dia tak kesah. Yang penting, isterinya gembira.

"Nasib abang cakap kita muda lagi."

Aariz mengerut dahi. Walaupun perlahan, dia tetap dapat menangkap butir bicara Naira.

"Kenapa?"

"Huh?" Naira blur. Kenapa apa?

"Kenapa cakap macam itu? Memang kita muda lagi pun. Abang baru masuk tiga puluh tahun ni. Naira pun masih hujung dua puluh. Ada orang cakap kita dah tua ke?" Aariz merenung tajam anak mata isterinya.

"Tak, tak ada lah. Cuma orang kan selalu cakap, elok ada anak waktu usia muda. Nanti anak dah besar, kita pun masih kuat. Boleh buat kawan dengan anak. Orang kata lah." Naira mengusap perlahan bahu suaminya.

"Ok. Jadi, Nur nak anak berapa ramai? Senang abang nak bajet sampai umur berapa." Aariz merenung tepat wajah Naira. Dia serius ni.

Darah terus menyerbu ke wajah. Naira menelan air liur kesat. Malu! Suaminya memang cakap lepas.

"Apa abang ni!" bahananya, pukulan terlepas ke dada bidang Aariz.

"Apa pula sayang? Abang serius ni. Sayang nak berapa orang anak. Abang tak nak beban kan sayang. Jadi, kita kena rancang awal-awal. Kalau tanya abang, abang ok jer. Sayang tu yang mengandung sembilan bulan. Yang melahirkan. Sakit semua sayang rasa. Sebab tu abang tak nak sayang rasa terbeban. Sayang isteri abang. Sayang sakit, abang pun rasa sakit tu." Aariz mencium kedua-dua belah pipi isterinya.

"Nur tak pernah rasa beban pun semua itu. Nur lagi gembira sebab dapat lahirkan anak-anak abang. Sebab Nur tahu, abang akan jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kita. Jadi, abang jangan pernah rasa Nur akan terbeban dengan semua ni. Nur ok je." Naira memeluk tubuh tegap suaminya. Dia suka dengan bau badan suaminya. Addicted.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now