Bab 23

12 2 0
                                    

Aariz melangkah laju ke dalam pejabatnya yang terletak di tingkat tiga puluh. jemarinya ralit membelek ipad di tangan sambil menekan skrin ipad itu.

Anak mata hitam nya terus meneliti setiap perkataan yang terpampang di skrin ipad nya. Kepala nya menjadi tegang. Stres!

Setiap hari ada saja report daripada orang bawahan, memaklumkan projek pembangunannya di Pahang sedang mengalami krisis. Itu yang semua benda jadi tak kena.. sampai kan Farhan terpalit sama dalam hal ini.

Mana tak nya, dia dan Farhan adalah rakan kongsi untuk tender projek ni, Jadi apa sahaja masalah yang berlaku, perlulah dimaklumkan kepada mereka.

Selesai saja membalas mesej dengan pembantunnya, terus dia mengangkat punggung keluar dari pejabat menuju ke tempat parkir kereta.

Sebelum itu, sempat dia, menitipkan mesej kepada Farhan untuk berjumpa dan memaklumkan kepada pembantu mereka supaya kosongkan jadual meeting kerana mereka terpaksa turun padang untuk berjumpa dengan pengurus projek di Pahang nanti.





Aariz melangkah masuk ke dalam Mall dan terus menuju ke kedai kegemarannya iaitu llaollao.

Dia memandang sekeliling sebelum mata menangkap sekujur tubuh yang sedang ralit bermain dengan telefon bimbit. Laju sahaja kaki panjangnya melangkah ke tempat duduk seseorang itu.

"Hai Iman!, lama dah awak sampai? Sorry..tadi saya ada hal kena settle kan." Aariz mengambil tempat dihadapan Iman yang sedang memandang wajahnya. Tak berkelip pula tu! Ehhh ghisau aku! Handsome sangat gamaknya.

"Hai, tak adalah. Saya pun baru saja sampai. Jom lah order dulu!" Iman melangkah ke kaunter untuk membuat pesanan nya sebelum memalingkan wajah ke pada Aariz yang sedang merenung wajahnya lama.

Haih, apesal hari ni semua pakat tenung-tenung orang. Tahu lah rindu, tapi tolong ya jangan pandang macam tu. Sesak nafas nanti.

"Riz, awak nak makan apa? Biar saya order kan sekali."

 Aariz memandang menu sekilas sebelum kembali memandang wajah comel Iman.

"Macam biasa."

 Iman menjongketkan kening sebelum menjawab.

"Biasa maksudnya? Ok, saya tahu! Awak nak small tub with toppings crunch ball and sauce lotus biscoff cookie?" Iman mengangkat sebelah kening sambil jari berpusing di hadapan wajah Aariz.

"Yesssa! That's my girl. Please remember everything about me even it's small things because sooner or later you will be mine. Only mine. No one else. Remember that my dear." Aariz mengeyitkan mata sambil tersenyum macho.

Iman menahan diri daripada tersenyum lebar. Aihh, jangan cair sekarang. Kang ada yang jadi aiskrim cair kat sini! Tenang wahai cik jantung.

Dia melengkapkan pesanannya dengan memesan satu medium tub dengan toppings buah strawberi dan buah naga serta sos ovamaltine.

Setelah siap membayar pesanan, dia melangkah ke meja mereka tadi dengan membawa pesanan mereka. Opppss, silap! Bukan dia yang bawa tapi Aariz sebab dia sendiri yang menawarkan diri sekali dengan membayar pesanan mereka tadi. Katanya tak macho kalau perempuan yang bayarkan. Entah, ini semua perspektif manusia yang sering mengatakan kalau keluar makan haruslah lelaki yang bayarkan.

Dia? Ikutkan saja. Malas nak membangkang. Dah lah orang tengah ramai. Kang ada yang dimaki sebab melambat-lambatkan pesanan.

"Ok, ada apa awak nak jumpa saya ni Riz?" Dia menanti patah bicara yang akan keluar dari bibir jejaka dihadapanya yang sedang ralit menikmati makanan kegemarannya.

"Esok saya dan Farhan akan pergi ke Pahang untuk melawat kawasan projek baru kami. Ada masalah sikit. Terpaksa lah saya turun padang." Iman mengangguk faham. Oh, nak bagitahu pasal itu. Ingatkan apa lah tadi.

"Ok, saya harap urusan awak dipermudahkan segalanya." Dia memanggu sendiri. Tidak tahu untuk memesan apa lagi. Takkan dia nak cakap jangan rindu saya dekat sana nanti. NO! Buat malu je wey!

"Itu aje? Tak nak pesan yang lebih ramah ke? Macam..awak nanti jaga diri baik-baik ya dekat sana. Awak jangan pula cari orang lain pula kalau pergi sana..." Iman menggigit bawah bibir. Rasa dah merah muka ni.

"Riz! Awak ni, malu saya tahu! Takkan saya nak cakap macam itu. Kita kan bukan ada apa-apa..." Belum sempat dia nak habiskan ayatnya terus saja dicantas oleh Aariz.

"Siapa kata kita tak ada apa-apa? Kita cuma belum dengar keputusan dari pihak awak saja. Pihak saya semua dah setuju. Kalau awak dah setuju, esok juga saya suruh umi pergi pinang awak dan bulan depan terus kahwin." Aariz hanya tenang selepas berkata. Dia memang dah lama ready. Tunggu masa untuk disahkan saja.

Iman sudah lama menundukkan pandangan. Tak tahu nak cakap apa sekarang. Clueless!

"Jujur saya cakap Riz, saya memang ada perasaan dengan awak tapi... saya masih belum bersedia. Tipu lah kalau saya cakap yang saya tak gembira dengan bila tahu yang ada orang benar-benar sayangkan saya. Saya cuma harap, kalau awak jumpa orang lain yang lebih sesuai. Saya dengan rela hati lepaskan awak pada dia." Dia memang keliru tapi dia juga tidak dapat menafikan persaannya pada Aariz sejak dulu lagi.

"Iman, macam yang saya pernah cakap dulu... Saya tak akan tinggalkan awak. You're my strength, my soul. Awak cinta pertama saya, Iman Humaira. I'll love you till my last breath. No one can separate us except death. Awak bagilah seribu tahun sekalipun, saya akan tetap tunggu awak. Ya, sampai bila-bila." Aariz merenung lama wajah yang dicintai.

Tubir mata sudah bertakung. Kalau sekali kelipan sahaja, pasti akan berjurai. Ya, dia juga sayangkan lelaki di hadapannya sekarang. Lelaki ini saja yang mampu menggetarkan hatinya. Dia juga tidak mampu kehilangan lelaki ini, tetapi dia tidak layak untuk berdamping bersama dengan lelaki sebaik Aariz Faiq.

"Riz, saya nak awak janji dengan saya boleh? Kalau betul awak sanggup, saya akan setuju kahwin dengan awak." Dia merenung anak mata hitam milik Aariz. Mata yang selalu dia puji dalam dia. Mata hitam keperangan itu sungguh menggetarkan jiwanya dan selalu buat dia nyaman.

"Always dear, apa itu?" Aariz tidak jemu menatap wajah lembut yang selalu membuat dia angau sepanjang hari.

"Janji dengan saya yang awak akan cari pengganti saya kalau saya dah tak ada dekat dunia ni lagi. Please.. pegang janji saya Riz." Laju sahaja air matanya mengalir. Sungguh, dia tidak akan benarkan lelaki ini keseorangan sepanjang hidup. Dia perlu seseorang yang layak untuk menyayangi lelaki ini sama macam dia.

"No! Saya tak akan dua kan awak! Never! Please dear, jangan buat saya macam ni. Awak tahu kan saya tak akan dua kan awak. You're the only one I loved untill jannah, sayang. Please don't you ever try to go away from me. My thoughts of you never end. You always in my heart. No one can be like you. No one can understand me like you. So, Please stay with me." Aariz sudah tidak betah bertahan. Dia sendiri sakit mendengar permintaan Iman. Dia tidak mampu untuk berjanji takut memakan dirinya.

"I always be by your side, Riz. I hope you will keep my last promise as a love. Kalau awak betul sayang saya, pegang janji saya ya?" Dia memandang wajah muram Aariz.

Dia tahu sukar untuk mereka tapi ini adalah yang terbaik. Dia juga sudah berjanji dengan dirinya.

"I promised."

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now