Bab 19

13 2 0
                                    

Aariz melangkah masuk ke dalam wad dengan berhati-hati supaya tidak mengganggu persekitaran.

Dia mendekati katil yang menempatkan Iman di situ. Lama dia merenung wajah yang dipenuhi dengan kesan lebam yang sudah mula berkurangan.

Dia mengambil tempat di tepi katil. " I miss you so much.." Aariz kekal untuh dengan kedudukan nya sehingga dia terlelap di situ.

Tidak sedar berapa lama dia ketiduran, dia terjaga dari lena yang terganggu itu.

"Hey.. awak dah sedar? Awak nak apa-apa ke?" Aariz bangkit dari kedudukannya bergerak mendekati katil pesakit.

Iman hanya menggelengkan kepala sahaja. Dia memandang Aariz disebelahnya.

"Saya bersyukur awak selamat. Saya hampir gila sebab awak. I can't lose you, dear. Cukup lah ayah sahaja yang pergi tinggalkan saya dan bukan awak sekali." Aariz memandamg wajah Iman yang sedang tersenyum lemah.

"Riz.. saya.." Iman memandang lesu wajah Aariz disisi nya. Dia tidak mampu untuk berkata-kata. Hatinya keliru dengan apa sahaja yang baru berlaku.

"Saya janji dengan awak Iman, saya tak akan pernah sia-sia kan awak. Sa..saya sayang awak. Saya nak jaga awak sampai akhir hayat saya. Beri saya peluang untuk bahagiakan awak. Please.." Aariz lancar menuturkan setiap patah yang keluar dari mulutnya.

 Dia tidak betah menunggu lagi. Semakin hari, semakin bertambah rasa untuk memiliki Iman Humaira sebagai Suri Hatinya.

Iman kaku. Dia tidak berani untuk membuka mulut dikala ini. Terkejut dengan pengakuan berani daripada Aariz. Apakah dia juga mempunyai rasa yang sama dengan lelaki di hadapannya. Mampu kah dia untuk menyayangi lelaki itu seperti yang dilakukan oleh lelaki itu?

Kepalanya terasa berdenyut. Makin lama dia berfikir, dalam masa yang sama kepalanya semakin hebat berdenyut.

"Aariz.. can you give me time to think about this. Saya tak rasa sekarang adalah masa yang terbaik untuk bincang tentang perasaan." Iman memandang wajah sedih Aariz yang penuh dengan pengharapan.

Ya Allah, bantu lah hamba mu ini. Aku perlukan kekuatan daripada mu. Bantulah aku membuat keputusan yang tepat. Engkau lah yang Maha Berkuasa. Engkau lah yang menjaga hati ini. Berikan lah petunjuk kepada ku Ya Allah.

"Saya akan bagi awak seberapa lama masa tapi awak jangan bimbang. Hati saya tak akan pernah beralih kepada sesiapa kecuali Allah yang menjentik hati saya untuk menyukai hambanya yang lain. Fii hifzillah." Aariz melangkah keluar daripada wad sambil melangkah lesu ke luar Hospital.

Dia mendongak ke langit malam yang gelap itu dengan sedikit pantulan cahaya daripada sang bulan.

"Aku cintakan dia, Ya Allah. Temukan jalan kami ke syurga Ya Allah. Pegangkan hati ini hanya untuk dia Ya Allah. " Dia tersenyum sumbing sambil memerhatikan sang bulan yang bercahaya. Malam ini bulan penuh. Setiap pergerakannya seperti ditemani oleh sang bulan hingga sampai ke rumah.







Naira melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Iman dan ditemani oleh Dhia. Mereka melangkah masuk dengan sebelah tangan menolak pintu bilik.

Matanya terpaku pada susuk tubuh kurus Iman yang sedang merenung keluar tingkap.

"Berangan apa tu Cik adik manis?" Naira mengambil tempat disisi Iman.

Iman tersedar daripada lamunan yang panjang. Dia mengalihkan pandangan kepada Naira dan Dhia yang sedang menyusun makanan dan buah yang dibawa.

"Masak apa tu? Macam sedap jer!" 

Naira tersengih sambil meletakkan pinggan yang berisi nasi putih di hadapan Iman. Kemudian, dia mengambil lauk untuk dihidangkan.

"Hari ini, Dhia yang masak! Kau kena cuba tau ni. Sedap!" Suara ceria Naira membangkitkan suasana di dalam bilik. Dia tidak mahu menunjukkan riak sedih. Dia perlu kuat di hadapan semua orang.

"Iya? Wah, satu perkembangan yang menarik!" Laju sahaja dia menarik meja makanan ke hadapan nya. Tak sabar betul nampaknya!

Dia menikmati setiap kunyahan di dalam mulut sambil terpejam mata. Nikmat katakan. "Mmm... Sedap! Tapi tawar sikit." Iman tersengih seperti kerang busuk memandang wajah temannya di hadapan itu.

"Kau tu baru jer nak sihat Iman, kena lah jaga makan. Sebab itulah aku kurang kan garam sikit." Dhia mengambil tempat di sofa yang terletak di penjuru bilik itu.

Iman mencebik. Dia bukan nya sakit kronik pun. Cuma nya cedera di kepala sahaja. "Aku bukan sakit jantung pun sampai kau beria nak kurangkan bahan dalam masakkan ni." 

Dhia menjeling tajam wajah cemberut Iman.

"Cik adik sayang, Kau tu kena pulihkan luka kau yang dekat kepala tu dulu. Kalau tak baik macam mana? Kau nak duduk sini sampai berbulan ke apa?" Dhia geram dengan perangai yang seorang ini. Boleh terbalik huru-hara dunia kalau mereka ni berperang mulut.

"Ehh kau orang ni kalau tak bergaduh tak sahkan?! Ingat, kita ni dekat mana sikit. Bukan dekat rumah." Naira merenung Iman dan Dhia silih berganti.

  Stress betul kalau mereka ni dah mula berperang. Nanti dia juga yang kena settle kan budak dua orang ni.

Dhia mahupun Iman terus menjeling sesama sendiri sebelum masing-masing mendiamkan diri. Tunjuk protes lah tu!

Naira mengeluh perlahan. Susah kalau ada yang tak sebulu ni. Ada saja nak jadi bahan pergaduhan. Iman pun satu, dah tahu diri tu tak berapa sihat..saja mempersoalkan. Dhia pula, Pantang ditegur. Penat dia hari-hari macam ini.

"Dah, tak payah nak merajuk bagai. Aku tak ada masa nak pujuk korang. Iman, lepas asar nanti kau dah boleh discharge. Doktor pun dah bagi kau cuti, jadi berehat lah ya."

 Iman tersenyum lebar apabila mendengar bait patah yang keluar dari mulut Doktor Naira. Iya, Doktor.

"Yeay!! boleh balik rumah." Dia menjerit kecil sebelum wajahnya kembali muram.

Naira yang perasan akan perubahan Iman, pantas sahaja tangannya menyentuh bahu Iman yang menunduk. "Kenapa ni?"

 Iman mengangkat wajah memandang kerutan di wajah temannya.

Dia teringat akan perbualan dia dan Aariz semalam. Entah kenapa hatinya berasa tidak enak. Seperti ada akan berlaku kepada nya. Tapi cepat sahaja dia menolak semua andaian yang bermain di kepala.

"Tak ada apalah. Cuma bosan sikit sebab cuti lama sangat. Korang pun kerja. Aku seorang jelah kat rumah. Terperuk tak buat apa." Iman mengeluh kecil sebelum terus menghabiskan sisa makanannya yang tinggal. Tak baik membazir.

"Haih.. Kau kena lah rehat. Mana boleh buat kerja berat lagi. Kau sedar kan kau tu 'pesakit'?" Dhia menggulingkan biji matanya.

"Ishh yelah.." Penat dah bertekak dengan temannya yang semua seperti doktor sudah.

Akhirnya, dapat juga dia keluar dari Hospital setelah lima hari betapa di hospital ini dengan ditemani temannya yang berulang-alik dari rumah ke hospital.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now