Bab 14

10 2 0
                                    

Naira termenung lama. Di dalam fikirannya penuh dengan pelbagai soalan.

"Siapa lelaki tu? Aku kenal dia ke?" Muka nya berkerut-kerut memikir tentang mimpi yang baru sahaja dia alami.

Penat berfikir. Dia bangun daripada duduk lalu dia menapak menuju ke bilik pesakitnya untuk melihat keadaan mereka di sana.

Dia masuk ke dalam bilik yang menempatkan pesakit yang bernama Insyirah. Dia memerhatikan keadaan Insyirah yang sedang terbaring lemah. Insyirah baru sahaja di tidurkan selepas dia meracau dan diberikan ubat pelali. Sayu hatinya melihat keadaan Insyirah seperti mayat hidup tetapi masih bernyawa dengan fikiran yang bercelaru.

"Insyirah.. apa sebenarnya jadi dengan awak.." Bisik nya yang sudah mengambil tempat di sebelah katil Insyirah. Lama dia merenung wajah pucat Insyirah yang penuh dengan lebam di bahagian dagu, pipi dan dahi.

Lamunan nya terhenti apabila deringan telefon dari dalam kocek baju nya bergetar. Cepat-cepat dia meninggalkan ruang bilik tersebut.



Dia melangkah ke arah taman permainan yang berada di sebelah bilik rawatan di bahagian belakang hospital.

"Ya, mama. Nanti adik balik ok. Buat masa sekarang adik memang tak dapat nak balik sana. Kerja pun bertimbun lagi.'" Dia menjawab panggilan daripada mama kesayangannya.

Rindu dia kepada orang tua tidak terkata. Sudah lah jarang balik ke sana sejak di pindahkan ke Hospital ini.


"Waalaikumsalam." Selepas menamatkan perbualan tersebut dia berlari anak mendapat pesakit nya yang sudah terpekik- terlolong di tingkat dua.



Selesai membuat pemeriksaan, dia menapak menuju ke bilik rehat.

"Ehh Mira ni! terkejut akak." Dia mengurut dada sebentar. 

"Mira lain kali jangan buat macam tu. Nanti tak pasal-pasal akak kena sakit jantung." Dia melunjurkan kaki nya. Terasa tegang segala urat di badan.

"Heheh sorry akak. Mira tadi nampak akak masuk bilik Insyirah. Kenapa ada yang tak kena ke dengan dia?" Amirah mengambil tempat berhadapan dengan Naira.

Naira termanggu sendiri. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa. Hati nya terdetik untuk menemui wanita sebaya abang nya itu.

 "Akak saja nak melawat dia. Cuma tak nampak apa-apa peningkatan pada kesihatan malah nampak lagi teruk." Amirah hanya mendiamkan diri.

"Mira harap dia cepat sedar supaya dia boleh teruskan kehidupan seperti biasa." Naira menurut sahaja kata-kata Amirah.







Dhia menyandang tas tangannya ke bahu lalu menapak ke lobi pejabatnya.

Dia merasakan seperti ada seseorang sedang memerhatikan perlakuannya sebentar tadi. Tubuh nya menjadi menggigil ketakutan.

Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang. Dengan tindakan refleks dia menyiku pinggang lelaki itu.

"Ya Allah Farhan! Terkejut saya tau." Dia mengurut dadanya. Terasa seperti jantungnya mahu terkeluar dari tubuh badan.

"Aduh sakit lah yayang!" Farhan memicit pinggang nya yang sakit. Pedih betul! Sangat berbisa.

Dhia mencebik geram. "Siapa suruh awak terkejut kan saya! Kan dah kena."

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now