Bab 42

14 2 0
                                    

Aariz mengeluh perlahan. Dia meraup kasar rambutnya ke belakang. Dia teringat kembali memorinya bersama arwah Iman. Air mata bertakung di birai mata.

Terlayar di ruang legar mata, segala pahit getir untuk mendapatkan cinta suci Iman Humaira. Segala ayat cinta yang terbit dari mulut kecil gadis itu bermain di kepala. Kata-kata manis itu seperti menyucuk ke tangkai jantung. Perasaan bercampur baur di kala ini.

"When you have no one to tell what is going in your head and how it's slowly killing you..."

Kepala diurut bagi mengurangkan kesakitan yang menyengat. Pening makin menyucuk seperti ada benda yang menghempap di kepala. 'Aku kena cari panadol ni.'

Dia bangkit dan bergerak ke dapur kabinet untuk mencari kotak simpanan ubat yang berada di situ. Sedang dia leka, seseorang dari belakang sedang memerhatikan gerak gerinya. Berdiri tegak bak patung cendana.

"Cari apa?" Suara garau itu mematikan segala pergerakannya.

Dia memusingkan badan menghadap tubuh lelaki yang santai bersandar pada dinding rumah dengan tangan di masukkan di dalam kocek seluar. Lelaki itu mengangkat kening.

"Bila kau sampai?" Aariz tidak menjawab soalan lelaki itu, sebaliknya dia mengembalikan soalan semula. Dia duduk di meja makan sambil tangan sibuk membuka bekas ubat di depannya.

"Tsk. Aku tanya kau, kau tanya aku balik eh? Aku baru jer sampai. Aku bagi salam tapi tak berjawab. Bila tengok kereta.. elok je parking depan tu." Farhan merenung Aariz yang diam menelan ubat seraya meneguk rakus air yang berada di tangan.

"Ooo.. ada eh? Sorry, tak perasan pula." Lambat-lambat Aariz membalas.

Fikiran sedang berserabut malah bertambah serabut apabila uminya memaksa untuk dia pulang ke rumah. Dia terpaksa mencipta pelbagai alasan supaya uminya tidak bertanya lagi bila lagi dia nak pulang ke rumah besar itu. Dia masih perlukan masa untuk bersendirian. Kalau boleh dia tak nak datang kerja sekali, tapi bila fikirkan kerja yang bertimbun dengan projek yang sedang membangun terpaksa juga dia menghadirkan diri.

"Sampai bila Riz?" Farhan memandang wajah temannya itu dengan pandangan sayu. Hati manusia ni kita boleh sangkal. Dia tahu kawannya itu banyak memendam perasaan. Bukan dia tak perasan, cuma biarlah tuan badan sendiri dengan rela hati nak bercerita.

Aariz mengerut dahi dengan pertanyaan Farhan. "Sampai bila apanya? Aku tak faham lah apa kau cakap ni. Cuba cakap kasi habis."

"Sampai bila kau nak macam ni? Dah dua bulan sejak arwah pergi..kau tetap macam ni. Kau dah macam mayat hidup dalam rumah ni tahu tak! Lepas balik kerja, kau asyik berkurung dalam bilik. Tak nak bergaul dengan manusia. Kau ingat aku tak tahu ke, kat ofis tu semua orang dah bercakap pasal kau. Riz, yang dah pergi tu biar dia pergi. Kita ni..masih ada kehidupan dan masih ada hari esok." Panjang lebar Farhan menasihati kawannya yang entah dengar tak dengar itu. Seperti mencurah air ke daun keladi.

"Dah lah Han. Hari-hari kau membebel dekat aku. Aku penat tau tak! Semua orang macam salah kan aku. Aku! Salah ke aku untuk ada rasa sedih, rindu pada seseorang? Memang lah arwah dah tak ada, tapi dalam hati ni.. sikit pun rasa sayang, rindu tak luak. Malah, makin bertambah! Kau tau tak apa maksud kehilangan? Sakit Han! Sakit sangat. Aku perlukan masa..tolong bagi aku masa." Aariz meraup rambut ke belakang.

Farhan mengeluh panjang. Sudah acap kali mereka bercakap tentang ini. Mesti saja Aariz hanya mahu menang. Segala nasihat yang dia berikan seperti mencurah air ke daun keladi. Tiada satu pun yang diambil sebagai nasihat.

"Riz, kau pernah fikir tak pasal perasaan orang lain? Kau ada fikir tak pasal perasaan keluarga Iman, perasaan umi kau yang tak jemu pujuk kau untuk balik. Perasaan Naira sebagai kawan baik arwah. Even, perasaan kawan baik kau sendiri ni pun kau ada fikir ke? Tak kan!"

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now