Bab 9

15 2 0
                                    

Iman berdiri tegak memandang satu persatu abaya yang tergantung di rak pakaian merah itu. Dia tergerak hati untuk menjejakkan kaki butik muslimah itu untuk membeli dua pasang abaya kepada temannya.

"Hmm.. semua cantik! Tak tahu lah nak pilih yang mana." 

Dia menilik setiap abaya yang tergantung dengan hiasan mewah batu Swarovski di lengan dan dada jubah. Dia mahu memberikan hadiah kepada teman-temannya kerana telah banyak menolongnya. Mana lah tahu... ajal nya sedang menanti dengan keadaannya yang tidak berapa baik.

"Kalau awak yang pakai lagi cantik." 

Iman menoleh ke arah suara yang bereda dekat dengan telinga nya.

Alangkah terkejut nya dia melihat wajah tampan milik Aariz Faiq berada dekat dengannya tetapi masih ada jarak memisahkan mereka. Jantungnya mengepam laju di sangat ini.

"Emm.. awak buat apa kat sini?" Dia menelan air liur kesat. Dia tidak mengawal nafas dengan teratur apabila kelakuan Aariz sedemikian. Terasa membahang wajahnya.

"Nak beli baju lah." Aariz berlalu ke hadapan untuk melihat pakaian yang lain. Mata turut memandang kelibat Iman yang berada tidak jauh dari nya. Mekar senyuman di bibir. Misi mencari cinta sedang bermula!

Iman menghala pandangan di belakang tubuh tegap Ammar sambil berfikir sesuatu.

"Dia datang sini nak cari baju untuk siapa? Ini kan butik pakaian wanita sahaja. Hmm mungkin untuk emak dia ataupun girlfriend?"

Entah bila si Aariz sudah berada di sebelah sambil tersengih lebar. "Saya mana ada girlfriend."

Iman terdiam apabila bicaranya sudah didengari oleh empunya badan. Sesak dadanya apabila setiap langkah nya ada yang sibuk mengekor.

"Awak sudi tak jadi girlfriend saya?" Iman merenung tajam kepada Aariz yang sedang menjongketkan kening nya sambil tersenyum manis.

"Tak. Saya tak sudi dan tolong jangan ikut saya. Rimas!" Iman mencapai dua helai abaya yang berwarna ungu lembut dan hijau pastel. Dia segera membuat bayaran di kaunter. Dia tidak betah untuk berada disitu lama-lama.


Menonong sahaja Iman melintasi Aariz di rak pakaian hadapan. Dia sempat membalas jelingan tajam terus menikam ke anak mata milik Aariz Faiq.

Dia bergerak keluar dari Butik itu untuk pulang ke pejabat kerana 15 minit lagi waktu rehatnya akan tamat. Jadi dia perlu terus gerak supaya tidak terlewat. Sudah majikannya tegas dalam hal kerja. Tidak boleh dibuat main!

Aariz terpandang kan susuk tubuh milik Iman melintasi jalan raya di sebelah bangunan itu. Dia berlari anak untuk mengikut langkah gadis yang telah mencuit hatinya. 

Baru sahaja dia ingin melintasi jalan itu, lampu jalan sudah bertukar hijau. Dia mendengus kasar kerana terpaksa menunggu kereta lain melalui nya. Kelibat gadis itu pun sudah hilang dari radar. Terpaksa dia menongkat kaki melangkah ke parkir kereta memandang misi mencari cinta untuk hari pertama nya gagal!

"Tak apa, masih belum terlambat untuk aku dapat kan hati dia. Iman Humaira adalah milik aku!





Farhan yang dari tadi memerhatikan gelagat temannya, dia menjadi sedikit pelik.

"Kau ni apehal Riz? Dari tadi duk pandang gelas tu. Kau ada problem ke bro?" Farhan menjongketkan kening nya.

Aariz mengeluh perlahan. Dia tengah serabut dengan kerjanya walaupun dia sudah biasa buat tetapi kali ini macam susah sedkikit dan sibuk memikirkan cara untuk menawan hati gadis pujaan nya.

"Aku penat sikit." Aariz membuang pandangan keluar kedai. 

Farhan berdecit.

"Kau kalau ada masalah bagitahu lah. Jangan simpan dalam. Nanti makan hati bro!"

 Aariz mengurut pelepisnya sambil berkira-kira kalau Farhan dapat membantu nya.

"Ni mesti pasal Iman kan? Kenapa dengan dia? Ke kau nak cakap yang plan mencari cinta kau ni gagal lah." 

Aariz mengurut kasar rambutnya. Dia benar-benar serabut dengan semua ni!

"Aku tak tahu lah Han. Dia tuh susah sikit nak tackle. Bukan macam si Dhia tu. Kau tak buat apa pun dia dah syok terlebih kat kau!" 

Farhan ketawa lepas.

"Eh.. kita ni tengah cakap pasal Iman tau, bukan Dhia tu. Aku dulu pun sama macam kau Riz. Dhia tu bukan senang juga nak dapat kan hati 'sesuci murni' dia." 

Aariz membuat muka toya.

Alah kalau bab penasihat si Farhan ni memang juara. Padahal memang dari dulu si Dhia tu dah macam orang sasau kalau nampak Farhan tu. Bila Farhan tu ajak jer couple, memang gembira bukan kepalang lah si Dhia tu! Aariz sempat mengutuk temannya. Panas je hati dia!

"Dah kau tak payah risau sangat. Aku akan try suruh Dhia pujuk kawan dia." 

Aariz tersenyum sumbing. Tah nak ke tak si Dhia tu nak tolong.







Naira yang sedang ralit menonton tv terpandang kan wajah masam Iman yang baru pulang dari tempat kerjanya.

"Hey, kenapa masam je ni?" 

Iman mengambil tempat disebelah Naira. Dia bersandar lemah sambil melepaskan lelah. Seharian melawat kawasan kilang baru yang akan dibuka di Shah Alam.

"Aku baru balik dari kilang baru. Jauh pula tu!" 

Naira ketawa kecil. Kesian pula tengok temannya kepenatan.

"Kau pergi lah bersihkan badan tu dulu. Badan pun dah berbau semacam. Kat dapur pun aku dah masakan tomyam campur dengan ayam goreng berempah favourite kau!" Dia menolak tubuh Iman supaya cepat untuk beredar dari situ.

"Kau ni! Aku pakai deodorant yang boleh tahan bau badan lah. Mana ada bau pun." Iman mencebik bibir lalu beredar dari situ. Terasa pula bila ditegur badannya berbau.

Terburai ketawa Naira di ruang tamu itu.




Iman mengambil tempat di sofa sambil melunjur kaki. Dia memandang ke arah Naira dan Dhia yang tekun memandang laptop.

"Korang sini sekejap!" Laung Iman sebelum mengambil tempat di meja yang terdapat di ruang tamu tersebut. Naira dan Dhia serentak memandang wajah Iman yang berbunga-bunga itu.

"Kenapa?" Naira berkerut kening memandang temannya silih berganti.

"Nah. Untuk korang berdua!" Kotak yang berbungkus itu sudah berada ditangan mereka. Mereka saling berpandangan cuba untuk mentafsirkan sesuatu.

"Hari ni bukan birthday aku?" 

Iman menepuk dahi apabila Dhia berkata begitu.

"Memang bukan birthday sesiapa. Itu hadiah dari aku untuk korang sebab dah banyak tolong aku. Tak salahkan aku nak kasi korang hadiah pula?" 

Naira dan Dhia sekali lagi berpandangan. Mereka lantas memeluk tubuh kecil Iman sambil ketawa kegembiraan.

"Thank you Iman comel!" Serentak itu ruang tamu dipenuhi dengan gelak tawa mereka.

"Iman cantik gila abaya ni!!" Naira menjerit apabila balutan kotak ditangan sudah dibuka.

Dhia sudah mula mengacukan di badan sambil tersenyum sendiri.

"Kalau aku pakai waktu pergi dating dengan Farhan mesti cantikkan?" 

Naira dan Iman mengangguk laju. Confirm Farhan makin sayang dekat Dhia nanti. Iman berfikir sendiri.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now