Bab 54

27 2 0
                                    

Sudah masuk dua hari mereka tidak bertegur sapa. Masing-masing dengan dunia sendiri. Bila terserempak, mesti Naira akan lari dan terus masuk ke dalam bilik.

Bukan Aariz tidak pernah cuba untuk memujuk, tapi kerasnya hati Naira seperti batu. Sedikit pun tidak kalis dengan kata-kata pujukan Aariz. Semua nya berlalu seperti angin di udara.

Naira memang buat tidak peduli dengan pandangan mata Aariz. Sengaja mahu mogok! Biar dia tahu macam mana rasa sakit hati tidak dipedulikan.

Hanya waktu makan mereka bertemu. Itu pun, macam tanah perkuburan dia punya suasana. Sunyi sepi. Habis makan, terus buat haluan masing-masing. Begitu lah kehidupan mereka semenjak peristiwa si penyondol entah versi mana datang menyerang Naira tempoh hari. Kalau di ingatkan balik, rasa nak lumur aje muka si pirana tu dengan serbuk kunyit. Biar kuning seminggu!

Ya, dia dah bagi nama pena untuk Kirana as pirana! Sesuai sangat.

Dia mengeluh sesaat. Penat dengan semua yang terjadi. Sudah masuk seminggu mereka berkahwin. Tiada apa yang berbeza. Hanya status diri sahaja yang bertukar. Itu pun kalau orang bertanya, kalau tidak..memang orang ingat mereka ni bujang trang tang tang. Mana tak nya, perangai tak macam orang baru lepas kahwin.

"Nur.." Suara yang dia sangat kenali. Siapa lagi kalau bukan suami ku! Huh.

Entah kenapa suaminya suka sangat panggil namanya yang itu. Bila ditanya, tiada balasan. Dia pun dah malas mahu bertanya. Akhirnya, dia buat-buat iya jer.

"Hmmm." Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.

"Can we talk? Aku ada benda nak bincang dengan kau. Penting." Aariz merenung dalam anak mata Naira. Please.

"Okay." Dan terus mengambil tempat di sofa bertentangan dengan suaminya itu. Aariz menyuruh nya untuk duduk berseblahan dengannya, tapi dia buat-buat tak nampak dengan signal itu. Duduk mana-mana sama jer.

"Emm.. aku, saya." Aariz mengemam mulutnya. Tak tahu nak mula dari mana. Itu yang tersasul tu.

"Tsk, awak cakap je lah. Saya banyak benda lain nak buat lagi." Naira mencebik geram. Malas nak hadap lama-lama wajah kacak suaminya. Lagi bertambah sakit hatinya.

"Err..okay, first of all..I'm truly sorry." Aariz memandang lunak ke dalam anak mata perang cerah isterinya. Cuba mencari sedikit cahaya peluang kedua. Mahu meraih simpati dari Naira.

"For what? Awak ada buat salah ke dengan saya?" Naira tersenyum sinis. Sengaja buat-buat dungu. Mahu menguji suaminya itu.

"Please Naira, saya betul-betul minta maaf dengan awak. Saya nak mula hidup baru dengan awak. Jujur, saya nak betulkan segala kesilapan saya yang dulu. Bagi saya peluang..saya merayu dekat awak, Nur." Aariz mula mendekati Naira yang sudah kaku di sofa. Matanya tidak lepas dari merenung wajah isterinya. Tidak di nafikan, dia memang sudah jatuh hati dengan isteri sendiri. Gila!

Dulu bukan main bangkang. Sekali, dia yang tersungkur dulu. Itu lah orang kata, jangan jual mahal sangat! Bila dah suka, malu sendiri nak mengaku. Tapi, dia dah tolak semua itu ke tepi. Ada yang lebih penting perlu dia hadap.

"Awak merepek apa ni, Riz? Awak tengah jilat ludah awak sendiri ke? Haha. Stop being acting Aariz Faiq. Saya sedikit pun tak terkesan dengan lakonan murah awak. Please, stop every thing. Saya masuk bilik dulu." Naira angkat punggung dan bersiap sedia untuk beredar dari situ. Makin sakit hatinya!

Tetapi, tindakan Aariz lebih pantas. Terus tangan kecil Naira di dalam genggam Aariz. Dengan mudah dia memaut pergelangan tangan isterinya yang langsing itu.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now