Bab 38

17 2 0
                                    

Naira berhenti dari menulis dan terus tangannya mencapai telefon pintarnya yang terletak di dalam beg tangannya. Cepat-cepat dia mendail nombor telefon Iman Humaira.

"Assalamualaikum Iman, lepas lunch aku gerak ambil kau eh." Naira mengetuk mejanya sambil mendengar balasan daripada Iman. Sempat dia menilik jam tangannnya. Sudah pukul sebelas pagi. Lagi sejam sudah masuk waktu lunch our.

"Naira.. aku nak kena balik rumah dulu. Kau ambil aku kat rumah boleh?" Iman menggaru yang tidak gatal. Dia perlu mengambil beg untuk mengisi pakaian kakaknya itu.

"Haa boleh. Nanti aku balik rumah terus. Alright, waalaikumsalam." Naira menamatkan panggilan. Dia terus menyambung menyiapkan kerjanya. Takut lambat pula siap.

Hari ini, Naira mengambil cuti setengah hari kerana dia perlu menyelesaikan urusan Insyirah bersama Iman. Dia juga telah dipertanggungjawabkan oleh Aariz supaya memastikan keselamatan Iman terjamin.



Aariz melangkah dengan penuh bergaya ke dalam bangunan F's Holding. Dia mengenakan cermin mata hitam jenama Rayband dengan kemeja putih bersama suit hitam penuh.

Dia mengetuk pintu sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat Farhan.

Pantas ada tangan yang menyambut untuk membuka kan pintu untuknya. Dia menunduk hormat pada orang-orang kanan Farhan sebelum mengambil tempat di sebelah Farhan.

"Amacam Han? Dato' cakap apa tadi?" Dia tidak menyertai mesyuarat bersama Farhan sebentar tadi kerana dia perlu berjumpa dengan project manager berkaitan dengan projek mereka di Pahang.

"Aku dah bincang dengan Dato' tadi yang macam kita rancang. And he said..dia setuju dengan plan kita. Apa pun dia dah letak sepenuh kepercayaan dia pada kita semua untuk handle masalah ni." Farhan memandang satu persatu anak buah mereka yang sedang berdiri di hadapan mereka.

Aariz mengangguk faham. Dia sendiri sudah tahu tentang plan mereka kerana semalaman mereka merangka strategi untuk menjatuhkan Hazwan. Mereka juga akan bekerjasama dengan pihak polis untuk menangkap semua anak buah Hazwan termasuk suspek yang melanggar Iman.

"Listen guys, aku nak korang ikut yang macam aku cakap tadi. Kita akan pecah kepada tiga kumpulan. Adam, Ehan dan Isyraq bawah Aariz. Kemudian, Aaron, Fathi, Khair dan Lutfan join group Zafir. Danish, Gibran dan Hakim dengan aku," tutur Farhan dengan nada cukup tegas.

"Weh, Kim kita satu team do!" suara ceria dari Danish. Suka betul ek dapat satu kumpulan dengan Hakim.

"Kau dua sembang apa? Fokus boleh tak!" sampuk Aariz yang sedang merenung anak buah mereka. Asyik nak bercakap je. Potong gaji baru tahu.

"Fir, kau dah jumpa orang yang aku nak tu?" soal Farhan yang sedang merenung Zafir.

"Dah. Nanti aku share nombor tu. Dia orang polis juga bro. Aku dah inform dia pasal plan kita ni. And he wants to meet you tomorrow. Asap." Zafir membalas renungan maut Farhan. Anak buah mereka yang lain sudah kecut perut melihat ketegangan di dalam pejabat itu.

Jarang nak tengok bos-bos mereka begini. Aura masing-masing menyeramkan.

"Good. Riz dengan team akan stay dekat tempat biasa. Team Zafir akan jaga dekat rumah, office, bangunan F's Holding dan AF Resort. Gibran dengan aku akan handle system, selebihnya kau orang tolong jaga rumah sewa tunang aku dan rumah ahli keluarga kitaorang. Understand?" Farhan meletakkan ipad nya di atas meja kerja. Rasa macam berat kepalanya memikirkan masalah ini.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now