Bab 63

25 2 0
                                    

Pintu rumah di tolak, Aariz mendahului langkah Naira masuk ke dalam rumah. Kaki panjangnya laju berlari ke tingkat atas.

Pintu wardrobe yang berkaca itu di tolak kasar, tangan segera menarik sesuatu di bawah kain sebelum pintu kembali di tutup.

Terjengul wajah sang isteri di sebelah. Dahi berkerut hebat memerhatikan tingkah laku suaminya.

T-shirt yang dipakai oleh Aariz sudah tercampak ke atas lantai dan diganti dengan pakaian berwarna gelap berserta jaket kulit yang agak tebal seperti kalis peluru.

"Abang nak pergi mana sebenarnya ni? Kenapa pakai baju macam ni?"

Aariz hanya mengendahkan pertanyaan isterinya. Dia perlu cepat. Beg kecil berwarna hitam di sangkut pada dada hadapan, lalu sarung tangan hitam di pakai pada kedua-dua belah tangan mengikut saiz.

Kaki di atur ke almari sebelah yang berwarna hitam. Laci bawah ditarik, terpapar beberapa kasut kulit yang tinggi seperti boots. Kasut ketiga yang tersusun rapi di capai sebelum laju di sarung pada kaki.

"Abang! I asking you. Where you want to go? Abang nak pergi berperang ke apa? Please jawab.."

Naira memaut lengan suaminya erat. Dia risau melihat perubahan air muka suaminya ketika sampai sahaja ke rumah.

Suaminya hanya mendiamkan diri tanpa jawapan. Dia rasa seperti di pinggirkan. Dia tidak suka melihat suaminya yang versi menakutkan seperti sekarang.

Aariz menelan air liur perlahan. Hatinya sakit melihat air mata isterinya yang mula membasahi segenap inci wajah putihnya.

"Please don't cry, sayang.."

"Then, answer me! Bagitahu Nur, abang nak ke mana sebenarnya?"

Aariz melepaskan keluhan. Dia tidak boleh memberitahu isterinya buat masa ini. Dia tidak mahu isterinya risau. Itu aje.

"I can't. I'm sorry, sayang. Abang cuma mahu isteri dan anak abang selamat. Itu aje. Jaga diri sayang. Kunci pintu. Jangan keluar rumah selagi abang belum balik. Jangan buka pintu. Dengar cakap abang ni. Please.."

Naira menggeleng kepala berkali-kali. Semakin deras air matanya mengalir keluar dari celah kelopak mata. Suami mahu tinggalkan nya? Tidak. Bukan waktu ini.

"Abang nak tinggalkan Nur lagi ke,.."

"No! Of course not. Abang tak akan tinggalkan sayang. Abang sayang isteri abang, anak abang. Abang janji tak akan tinggalkan sayang sampai bila-bila. But, please... kali ni dengar cakap abang. Boleh sayang?"

Naira merenung dalam anak mata suaminya. Dia mahu tahu adakah benar segala kata suaminya itu? Suaminya tidak berbohongkan?

"Nur sayang abang.."

"Me too. Abang sayang sangat-sangat."

Mereka berpelukan untuk seketika, sebelum Aariz menarik Naira supaya menghadap wajahnya. Dagu runcing isterinya ditarik supaya mendongak memandangnya.

"Jaga diri sayang baik-baik. Jaga anak kita. Abang pergi sekejap je. Abang janji, lepas semua nya selesai. Abang akan pulang semula ke pangkuan sayang dengan selamat. Promise."

Naira mengangguk perlahan. Dia tidak tergamak mahu melepaskan suaminya tapi apa yang dia boleh lakukan. Dia terpaksa mengikut kehendak suami yang satu itu.

"Janji dengan Nur, abang akan jaga diri abang baik-baik. Jangan tinggalkan Nur dengan anak kita. Nur tak sanggup kehilangan abang lagi. Cukup sekali bang.."

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now