Bab 15

9 2 0
                                    

Naira berjalan beringan bersama Dhia dan Iman. Mereka masuk ke dalam Kenny Rogers tempat kegemaran mereka.

Mereka berbual kosong sementara menunggu makanan sampai.

"Ehh Naira, aku dengar kau tengah handle pesakit kau yang baru di pindah kan dari Johor tu. So any news?" Iman memandang wajah lesu Naira.

Sejak dia mengambil alih tugas Dr. Linda yang terpaksa berpindah ke Perak atas urusan keluarganya buat sementara waktu, dia lah yang berulang alik ke hospital tempat kerjanya dan Hospital Intan disebabkan tidak mencukupi kaki tangan pekerja di situ.

"Aku pun tak tahu lah. Tak nampak peningkatan pun. Macam tu jelah dia, terbaring atas tilam katil tu.. mesti dia menjerit, meraung." 

Iman diam sahaja.

Dhia yang masih ralit dengan telefon pintarnya. Sibuk berbalas mesej dengan buah hatinya. 

"Emm korang, Sabtu ni.. Farhan ajak kita pergi tengok dewan. Korang join sekali eh? Nanti boleh pergi tengok baju tema sekali." 

Naira dan Iman saling berpandangan.

"Lahh, tu kan majlis kau. Tak kan kitaorang nak menyibuk pula. Betul tak Iman?" Naira mahu menduga Dhia.

"Haah. Nanti kau nak dating dengan Farhan pun susah sebab kau kena layan kitaorang. Tak nak lah aku!" Iman membalas kata-kata Naira.

Dhia mengetap gigi. Dia memandang Naira dan Iman silih berganti.

 "Korang ni.. aku nak ajak sekali sebab korang kan orang penting dalam hidup aku.." Dhia membuat muka sedihnya. Terasa hatinya bila teman nya menolak pelawaan nya.

"Dhia, aku bukan apa.. macam mana sekali pilihan kau dengan Farhan. Aku tetap sokong! Seratus peratus! Don't worry okay." 

Dhia memandang Naira dengan mata berkaca.

"Tapi.. korang kena ikut juga sebab nak fitting baju. No excuse!"

 Haa yang ni, mereka tak boleh membantah dah! Apa pun mereka tetap sayang Dhia sampai bila-bila!






Derapan langkah kaki di belakangnya, mengundang debaran di dada yang kian terasa.

Iman berhenti daripada melangkah, dia berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang telah mengekori nya sejak tadi.

Malangnya tiada sesiapa pun. Dia menoleh kembali ke hadapan. Alangkah terkejut nya, wajah tampan milik Aariz Faiq menyapa matanya. Terpepan dia seketika. Nafas pun mulai tidak teratur seperti biasa. Aura dia memang kuat!

Aariz tersenyum senang. Suka dia melihat wajah polos milik Iman Umaira. "Jangan pandang saya macam tu, nanti awak tergoda." 

Iman tertampar rasanya dengan kata-kata godaan itu.

Dia menundukkan pandangan nya ke lantai parkir. Darah menyerbu ke seluruh wajahnya. Membahang sahaja. Malu!

Untuk menghilangkan rasa gugup, Aariz memulakan bicara yang terhenti.

"Emm.. kalau saya ajak awak keluar lunch, awak tak akan tolak kan?" 

Iman diam. Dia hanya memerhatikan setiap inci wajah lelaki yang tiada cacat cela. Sempurna sangat! 

"Awak, kan saya dah kata.. jangan pandang saya macam tu.. nanti saya pula tergoda." Haishhh dia memang pandai berkata-kata.

Iman malu sendiri. Tak tahu hendak membalas cakap. Macam ada emas dalam mulut nya. Mahal sungguh suaranya di kala berdepan dengan jejaka tampan.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now