Bab 13

12 2 0
                                    

Naira turun dari tangga rumahnya. Sempat mata melirik penampilannya di cermin ruang tamu yang tergantung itu.

"Eh awal hari ni kau gerak?" Naira menapak ke arah meja makan di rumah sewa mereka. Matanya tidak lepas dari memandang wajah kusut Iman. 'Ini mesti kes tidur lambat. tengok bawah mata pun dah tahu.'

"Aku dah lambat lah Naira! Nanti Bos marah aku pula. Dah lah hari ni ada meeting, mau aku dimalukan dengan budak ofis tu nanti!" 

Naira hanya menggeleng saja. Kenal benar dia dengan perangai kelam kabut Iman Humaira.

Iman menapak laju ke parkir kereta. Dia teruskan memboloskan diri ke dalam perut kereta. Laju kakinya menekan pedal minyak bergerak meninggalkan rumah sewa itu.

Salah satu sebab dia ingin pergi kerja awal kerana dia tidak mahu terserempak dengan Aariz Faiq.


Malang nya lelaki itu lebih pantas bertindak daripada nya. Pukul 7.30 pagi, Aariz sudah terpacak dihadapan bangunan pejabat di mana Iman Humaira bekerja.

Iman terpaksa melangkah juga walaupun dia sudah nampak kereta Honda Civic milik Aariz Faiq di hadapan bangunan itu.

"Hi Iman!" Aariz melambaikan tangan ke arah Iman yang sudah mendekatinya.

Dia tersenyum paksa. Lambat-lambat dia membalas lambaian Aariz.

"Awal awak sampai hari ni? Cari siapa?" Dia menjengahkan kepala seperti mencari seseorang.

Aariz tergelak kecil. Nampak sangat ke aku terdesak tengah cari orang. "Awak perli saya ke?"

Dia menoleh memandang Aariz dihadapan. Terasa dia pula kena perli. "Ehh tak saya bukan bermaksud begitu."

Aariz ketawa lepas. "Awak jom teman saya." Aariz bergerak melangkah menuju ke kereta nya.

Dia hanya berdiri memandang kelakuan lelaki itu. "Teman awak? nak buat apa pula." Dia masih tidak berganjak dari kedudukannya.

"Makan." Laung Aariz dari tempat pemandu.

Dia mengerutkan dahinya. Makan?

"Awak, saya nak ajak awak temankan saya breakfast. Saya tahu lah.. kalau awal pagi macam ni, mesti awak tak makan kan?"

 Fuhh tembakan yang tepat! Pandai betul mamat ni. Semua benda pasal aku, dia tahu. Dia ni stalker ke?

Nak tak nak.. terpaksa lah dia mengikut juga. Takkan nak tunggu sampai pukul satu baru nak isi perut. Nanti kena gastrik baru tahu padan muka!

Dia menutup pintu kereta dengan cermat. Kereta mahal tu! Kang aku main hempas jer, roboh pula kereta orang. Tak pasal-pasal aku kena jerkah dengan mamat ni!



Suasana di dalam kereta, membuatkan dia berasa janggal. Sepi jer..

Aariz Faiq melirik ke arah Iman yang memandang ke luar tingkap. 

"Emm Iman. Awak dah lama ke duduk KL ni?" Tidak ada idea untuk memulakan percakapan. 

Tiba-tiba dia terasa hendak bertanya tentang keberadaan Iman sebelum ini. Yelah nak jadikan bakal isteri mesti kena selidik dulu.

Dia menoleh ke arah Aariz kejap. Lama dia berfikir. 'Apesal mamat ni tiba-tiba bertanya?'

"Saya duduk Terengganu sebelum ni. Bila saya habis tingkatan lima, saya dapat tawaran untuk menuntut di UKM. Jadi saya stay sini lah dengan Naira dan Dhia. Tapi ada lah juga saya balik kampung jumpa family." Lancang sahaja mulut nya bercerita tentang peribadi nya serba sedikit.

Aariz tersenyum mendengar bicara ramah Iman. Suka dia mendengar suara ceria Iman ketika bercerita. Biasa lah orang kalau dah angau memang macam itu. Dengar suara pun dah boleh sawan!

Dia mengangkat kepala memandang Aariz Faiq yang sibuk berkhayal. Aku bercerita dia boleh pula berangan.

"Awak, awak.. awak dengar tak saya cakap ni." Dia melambaikan tangannya dihadapan wajah Aariz. Sah! Memang dia khayal. "Awak! Awak dah sampai planet mana?" Aariz Faiq tersentak mendengar jeritan Iman disebelah nya.

"Ya Allah! Sorry awak. Saya.."

 Iman Humaira ketawa lepas. Geli hatinya melihat wajah gelabah milik Aariz. Comel!

Merah padam muka Aariz apabila diketawakan oleh Iman. Malunya! Rasa macam nak sorok jer muka ni bawah bantal. Boleh pula aku berangan time dia tengah bercerita. Suasana di dalam kereta kembali sepi seperti tadi. Tiada lagi sahut menyahut.



Mereka sampai di sebuah kafe yang berdekatan dengan tempat kerja Iman Humaira.

Selepas membuat pesanan. Mereka berbual kosong sementara menunggu makanan sampai.

"Jadi macam mana dengan lamaran saya tempoh hari? Awak sudi nak berkawan dengan saya. Maksud saya lebih dari seorang teman biasa." Aariz memandang wajah putih bersih Iman lama.

"Saya.. saya masih perlukan masa Aariz. Terlalu awal untuk semua ni. Saya harap awak faham dengan situasi saya." Dia mengetap bibirnya.

Aariz mengangguk kecil. Dia tidak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan wanita yang disayangi. Dia perlu bersabar sahaja.

"Aariz.. awak tak marah kan?" Iman memerhatikan wajah Aariz yang tenang itu.

"Tak, awak jangan risau. Saya setia menunggu awak sampai awak bersedia." Iman diam seribu bahasa. Susah untuk dia membuat keputusan. Dengan keadaan keluarga nya dan dia yang baru sahaja masukkan ke alam pekerjaan.



"Thank you sebab hantarkan saya and belanja saya." 


Aariz mengangguk lalu beredar dari situ.

Dari jauh di memandang kelibat Iman Humaira melangkah masuk ke dalam lif bangunan itu.

"Riz, kau kena hadap semua ini dengan tenang. Kalau kau nak kan sesuatu itu kau kena usaha lebih sikit." Bisiknya perlahan. 

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now