Bab 25

12 2 0
                                    

Naira melangkah masuk ke dalam rumah sambil bernyanyi kecil. Hari ini dia dapat balik awal sebab Doktor Linda sudah mula bertugas. Jadi kurang lah sedikit bebannya.

Dia melabuhkan punggung pada tilam empuknya sambil mengemas barang-barang yang terdampar di atas katil.

Biasalah, kerjaya seorang doktor pakar memang sentiasa sibuk. Itupun dia sehabis boleh membahagikan masanya untuk menyelesaikan segala kerjanya. Bila tiba hari cuti, itulah masanya untuk mengemas bilik yang sudah serupa sarang burung. Ya, sarang burung sebab tak adalah teruk macam sarang tikus itu.

Ralit dia mengemas barangnya, ada satu mesej masuk. Segera tangannya mencapai telefon yanng berada diatas meja soleknya.

Dahinya berkerut. Mesej yang baru sahaja masuk itu membuatkan dia termanggu sendiri. Pesanan daripada mama nya sebentar tadi membuatkan dia tidak tenang.

'Adik, minggu ni adik free tak? Ada kawan umi nak datang rumah. Katanya nak berkenalan dengan adik.'

Mesej itu dibaca berulang kali. Lain macam bunyinya. Berkenalan? Kawan mama yang mana satu pula ni? Habis semua kawannya sibuk nak dikenenkan nya. Tak suka betul!

"Sekarang ni patut tak aku reply chat ni. Kalau aku cakap tak nanti, dah kira berdosa sebab menipu mama. Haih syurga aku tu! Kalau aku cakap ya, lain pula cerita nanti. Adu pening lah!" Dia berjalan keluar dari bilik untuk menenangkan fikiran.

Sedang asyik membebel sendiri, dia hampir tersungkur dihadapan tangga akibat perlanggaran yang kuat dengan bahu temamnnya.

Kenapa keras sangat bahu si Dhia ni? Makan apa sampai rasa macam langgar dinding? Ke aku yang kurus sangat ni? Ehh apa aku merepek ni!

Dia sibuk berdebat dengan kata hati sampai tidak sedar kawannya sedang ralit memerhatikan gelagatnya.

"Kau kenapa tergeleng-geleng Naira? Lepas kau dah langgar aku, terus tak siuman dah." Dhia memandang pelik kawannya. Apesal minah ni? Jangan cakap yang dia ada sakit mental..NO! TIDAK!

"Mana ada. Elok sikit eh mulut kau! Jangan sampai aku cabai kan mulut tu. Sampai hati kau cakap aku dah tak siuman? Yu het mai hat!" Naira terus melangkah ke ruang tamu. Merajuk dengan Dhia!

Dhia hanya mengangkat bahu. Malas nak pujuk. Nanti ok lah tu. Bukan tak biasa dengan perangai on off kawan dia yang seorang ini.

Iman yang baru sahaja menapak keluar dari bilik terkejut dengan keadaan kawan-kawannya. Ini apa kes ni? What happen girls? Depan tangga pun nak bergaduh ke? Risau!

Dia terus melangkah turun ke ruang tamu dan menapal ke arah sofa panjang yang berada ditengah ruang tamu rumah.

Elok saja Naira membaringkan badan di situ, terus dia menempel sekali. Dia memandang wajah monyok kawannya.

"Kau kenapa ni, Naira? Aku dengar tadi kau bertekak dengan Dhia. Lepas tu, aku dengan dia cakap kau tak siu..." Belum sempat dia habis cakap, sudah dipotongnya oleh orang sebelah.

"Mana ada. Aku ok lah." Dia sudah agak temannya nak cakap apa. Bukan main kuat tadi si Dhia mengutuk dia. Sudah pasti lah Iman oun turut mendengar. Silap hari bulan, satu taman pun boleh dengar sekali!

Sudah lah dia baru saja pulang dari kerja, lepas itu semua orang nak kacau ketenangan dia. Ada saja hal. Penat pun tak hilang, stres yang bertambah.

Iman yang sedari tadi merenung wajahnya, bangun dari duduk. Dia terus menapak ke pintu rumah.

Dia sudah bersiap sedia untuk keluar. Dari tadi lagi sebenarnya dia nak keluar tapi bila tengok keadaan kawan-kawannya, takut pula dia nak tinggalkan rumah dalam keadaan begini. Takut berperang pula mereka berdua itu. Bukan dia tak kenal ego si Naira dan panas baran Dhia.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now