Bab 62

17 2 0
                                    

Naira tersenyum manis memandang sekecil yang sedang nyenyak tidur di atas stroller kecil bersebelahan dengan katil ibu.

Tangan kecil bayi lelaki dengan berat 3.5 kg itu di sentuh dengan hujung jari. Lembut.

"Comel. Macam muka kau lah Dhia."

Naira memalingkan wajah menghadap Dhia yang sedang bersandar pada kepala katil. Dhia turut tersenyum ke arah si kecil.

Dhia selamat melahirkan bayi lelaki dan sihat tubuh badan. Dia tidak mengalami sebarang komplikasi semasa melahirkan bayinya. Semuanya dipermudahkan semasa tempoh kelahiran. Berkat doa orang sekeliling dan Farhan yang sentiasa berada di sisinya sejak dia mahu melahirkan anak mereka.

Cuma ada insiden yang tidak dapat di jangka ketika bayi sudah selamat dilahirkan.

"Farhan mana?" Kepala di dongak memandang sekeliling bilik. Tubuh sang suami masih belum muncul.

Naira menggaru kening yang tidak gatal. Satu hal dia perlu selesaikan sejurus selepas Dhia berjaya melahirkan bayinya. Dia pula terpaksa menjadi doktor tak berbayar hari ini.

"Pengsan lagi ke?" Dhia mengerutkan kening memandang wajah serba salah Naira.

Nak tak nak, Naira terpaksa mengiyakan. Dia menarik nafas sesaat sebelum dilepaskan. Bahu temannya diusap lembut. Kesian melihatnya.

"Aku yang beranak, dia yang pengsan. Melebih betul laki aku tu lah!" Dhia mencebik geram.

Riuh rendah wad bersalin tadi, Farhan yang tiba-tiba pitam selepas Dhia selamat bertarung nyawa melahirkan anak mereka. Terkejut tengok banyak sangat darah tadi.

Kononnya, dia mahu menyambut si kecil selepas Dhia sudah berjaya meneran sekuat hati, akhir-akhir dia yang jatuh pengsan dulu sebelum sempat menyambut anaknya.

"Sabar lah. Dhia. Dia masih terkejut sebab dah jadi bapa official hari ni. Kau kan kuat. Sabar ek?" Naira senyum kelat memandang wajah muram temannya. Dia perlu memberi semangat kepada sahabatnya. Takut-takut terkena baby blues.

"Dia kan memang drama king. Tak pelik." Dhia menjatuhkan bahu. Dia tersandar lemah pada katil. Rasa sakit daripada kesan jahitan masih terasa pedih lagi.

Naira diam selepas itu. Tak cakap apa dah kalau isterinya sendiri dah faham sangat dengan perangai ting tong suaminya. Reda sajalah. Kejap lagi, ada lah yang rempuh pintu bilik ni sambil menangis kegembiraan.


BAM!!


"Yayang!! Ya Allah, anak daddy!"


Farhan berlari mendapatkan Dhia dan anak lelakinya. Penuh air mata yang membasahi wajah putihnya.

Naira mengeluh perlahan. Kan aku dah kata tadi. Tak sampai dua minit pun dah terjengul wajah kerek si Farhan. Dia menjeling tajam. Datang-datang dah buat bising.

"Auchh! Yayang,..akit lah! Apa ni main pukul-pukul. Tak rindu ke kat kita hmm." Farhan mengurut lengannya yang menjadi mangsa Dhia. Tangan ke besi tadi yang pukul?

"Diam. Anak kita baru jer nak tengok dunia, abang dah buat perangai." Dhia menikam anak mata Farhan dalam.

Farhan sengih kambing memandang Dhia. Belakang kepala di garu. Malu kena marah dengan isteri sendiri depan sahabatnya. Mana nak letak muka.

"Sorry eh? Abang janji tak buat lagi. Yayang ok tak ni? Kenapa sedih jer muka ni hmm." Tangan sejuk Dhia dicapai lalu dicium berkali-kali.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now