Bab 46

17 2 0
                                    

Aariz melangkah tenang ke kawasan perkuburan di mana arwah Iman ditanam. Di tangan kanannya terdapat tikar lipat manakala tangan kirinya pula memegang surah yasin dan sebuah jag air.

Ketika dia hampir sampai di makam Iman, dia dapat melihat dengan jelas seraut wajah yang mendung dengan kesedihan sedang duduk berhampiran kubur yang ingin dia tujui. Perlahan-laha dia memperlahankan langkahnya untuk melihat dengan lebih rapat tubuh yang sedang duduk membelakanginya.

"Naira..." Dia diam memerhatikan wajah itu lama. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Naira sejak kepermegian arwah Iman Humaira dari hidupnya. Dia sakit setiap kali melihat wajah ayu Naira dan setiap kali itulah dia terbayang wajah Iman tengah merayu memanggilnya minta tolong. Rasa bersalah dalam dirinya masih menggunung, walaupun sudah dua tahun berlalu sejak kepermegian.

Naira mengangkat wajahnya setelah dia merasakan seperti seseorang sedang ralit memerhatikannya. Riak wajahnya terus bertukar pucat. Dia risau bahawa Aariz masih memarahinya dengan apa yang telah berlaku. Dia cuba untuk menerangkan tetapi Aariz tetap sahaja menyalahkannya terusan.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Aariz senada. Dia sengaja mahu menyakitkan hati Naira supaya Naira tahu yang hatinya lebih pedih dari apa yang dia rasa.

Naira mengerutkan dahinya. 'Soalan apa mamat ni tanya? Bodoh ke. Mesti lah datang sini nak ziarah kubur orang.' Gerutu hatinya. "Salah ke aku nak ziarah kubur kawan baik aku? Kau siapa nak tanya aku soalan macam itu?"

Aariz tersenyum sinis. Dia membalas pandangan tajam Naira. "Kawan baik? Heh, kau sendiri yang bunuh kawan kau, Naira. Kawan jenis apa kau ni? Aku tak sangka kau sanggup bunuh orang yang betul-betul sayang kau dari dia sayangkan diri sendiri!" Dia mendengus geram. Hatinya belum cukup puas untuk melepaskannya semua yang terbuku di dalam hatinya.

"Kau, apa hak kau nak tuduh aku yang bukan-bukan. Jaga sikit mulut kau, Riz. Jangan sampai satu masa segala perkataan yang keluar dari mulut kau memakan diri kau semula. Watch your words!" Naira bangkit dari duduk. Dia mencapai jag air yang telah kosong sebelum di bawa pulang.

"Dan Iman beruntung sebab tak berkahwin dengan lelaki yang mulut longkang macam kau! Tuhan lebih tahu apa yang hamba dia perlukan, Aariz Faiq. Betul ke kau layak untuk bergandingan dengan Iman Humaira? Fikirkan." Sempat Naira membalas sebelum dia keluar dari kawwasan perkuburan itu.

Aariz memandang kosong pemergian Naira dari situ. Sikit pun dia tidak terasa hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut Naira. Yang penting hatinya puas. Itu sahaja yang dia fikir.

Selesai dia membaca surah Yasin, tangannya dibawa mengenggam erat batu nisan yang tegak berdiri itu. Nama Iman disentuh perlahan. Bergetar mulutnya daripada menghamburkan tangisan di situ. Dia masih dapat rasakan seperti Iman berada dekat dengannya setiap kali dia datang ke situ.

"You are the first person I ever showed my heart to and you are the reason no one will ever see it again." Mendatar suaranya. Mata melekat pada kubur arwah. Hatinya masih menyimpan rasa cinta, sayang terhadap arwah Iman Humaira. Betapa untuhnya cintanya kepada gadis itu.

"She said, I'm not into you but I love you with every beat of my heart, dear. Kenapa mesti orang pertikaikan semua itu? Mereka cemburu dengan kita ke dear? I'm sick when everybody talk a bad things about my love to you! I love you more than I have ever found way to say to you. It's hurt dear." Matanya sudah bertakung di bawah kelopak matanya. Sakit cuba ditahan supaya tangisannya tidak terkeluar. Hatinya seperti diramas berkali-kali setiap teringat akan kata-kata manusia.

"Dear.. saya nak bagitahu awak sesuatu." Tangan digempalkan mencari kekuatan sebelum menyambung. "Saya akan tunaikan janji awak yang terakhir itu."


Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now