Bab 10

15 2 0
                                    

Iman memasukkan beberapa fail sebelum keluar dari rumah. Dia sempat melihat penampilannya di cermin yang berdekatan lalu menyarung kasut jenama Vinci di rak kasut.

"Eh Iman kau nak gerak dah ke?" Terkial-kial Dhia menghampiri temannya yang sedang tercegat dihadapan pintu rumah.

"Yelah nanti lambat pula. Kau bukan tak tahu perangai 'Bos jepun' tu!" 

Dhia tersengih sambil menghulurkan sesuatu kepada Iman.

Berkerut dahi Iman sambil menjengukkan kepala ke dalam bungkusan yang diberi kepadanya. "Apa ni? Kau nak 'bodek' aku ke Dhia?" 

Dhia mencebik sambil membuat muka tak puas hati.

"Aku buat kan kau bekal sikit. Mood aku tiba-tiba rajin pula hari ni." Dhia tersengih kecil sebelum bergerak ke ruang tamu.

Iman memasang senyuman yang susah ditafsirkan. Ada-ada sahaja temannya.

"Okey lah, aku gerak dulu. Thanks for this!" Laung Iman yang sudah meluru masuk ke dalam kereta kecilnya. Dia baru sahaja mengambil kereta jenama Perodoa Axia. Bukan baru pun, tapi boleh lah dengan harga yang sesuai untuk orang yang macam dia. Kerja pun baru nak mula kan.



Sesampai sahaja di tempat parkir kereta, dia keluar daripada perut kereta. Nasib dia tidak terlupa akan bekal yang telah disediakan oleh temannya tadi. Kalau tidak, jenuh dibebel kenapa tidak menjamu makanan nya. Dia mengatur langkah hingga ke lif bangunan pejabat nya. Dia menekur lantai hingga lif terbuka luas di depan mata nya.

Terjengul wajah tampan milik Aariz Faiq. Tapi yang buat dia jadi pelik kerana Aariz bukan bekerja di bangunan itu atau apa-apa yang berkenaan dengan hal kerja nya. Bingung kepalanya.

"Eh.. emm awak buat apa kat sini ?" 

Aariz menggaru kepala yang tidak gatal apabila disoal begitu.

"Saya jumpa kawan lama tadi. Oh! lupa pula nak tanya.. awak bekerja di sini ke?" Aariz sempat melirik wajah manis Iman Humaira dihadapanya. Sangat menawan!

Iman mengangguk sambil melangkah masuk ke dalam lif tetapi belum sempat dia menekan butang lif itu, Aariz terlebih dahulu menahan.

"Err.. saya nak ajak awak pergi lunch. Awak sudi tak keluar dengan saya?" 

Iman tersenyum kelat memandang wajah orang dihadapan nya.

"Hmm saya minta maaf sangat.. bukan saya tak sudi tapi.. kawan saya pagi-pagi buta dah sediakan bekal untuk saya. Mungkin saya tak keluar makan kot." Iman hanya memandang seadanya. Dia memang tak ada hati pun nak keluar dengan Aariz Faiq.

Aariz hanya tersenyum sumbing. Dia terus melangkah pergi meninggalkan bangunan itu. Dia mendengus geram sempat berdecit perlahan sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Haih nampaknya plan kali ini gagal lagi lah." Dia terus menekan pedal minyak berlalu dari situ. Dia menekan butang earphone dia telinga menunggu panggilan bersambung.

"Helo Han. Aku nak ajak kau keluar makan dengan aku petang ni. Ha okey! Kita lepak tempat biasa."

Dia mematikan panggilan. Terus memarkir kereta di bawah bangunan pejabat nya untuk menemu pelanggannya. Kerja tetap kerja. Tidak boleh diendahkan begitu. Itu adalah tempat dia mencari rezeki untuk menyara hidupnya.







Naira berjalan seiring dengan ketuanya. Masuk ke dalam bilik pesakitnya yang berada di tengah itu.

Dia menilik buku kerjanya sambil memerhatikan beberapa orang nurse yang sedang menguruskan pesakit di situ. Dia berlalu keluar dari wad, dia bergerak ke tempat bilik kerjanya.

Dia ralit melihat beberapa botol ubat sambil membaca catatan itu ditangan. Dia terangguk sambil tersenyum kepada pekerja itu. Dia memberitahu tentang ubat apa yang perlu diambil oleh pekerja itu sebelum menyerahkan kembali borang ubat itu. Dia memandang jam yang melilit pergelangan tangannya. 

Sudah menginjak ke angka 5.00 petang. Dia mengeluh perlahan. Cepat betul masa berlalu. Sebentar lagi dia perlu ke Hospital Intan untuk membantu orang disana. Kata nya, tidak cukup orang untuk merawat.

Dia menyeluk poket baju nya mengambil telefon yang diletak kan didalam itu. Pantas jari yang menyentuh ikon yang menunjukkan 'call' untuk membuat panggilan.

"Helo Dhia.. hari ni aku balik lambat tau. Nanti pintu pagar jangan kunci lagi. Aku kena pergi Shah Alam kejap lagi. Diaorang cakap staf kat sana tak cukup."

Selesai membuat panggilan, dia berlalu masuk ke dalam pejabatnya. Dia mencapai tas tangan dan berlalu keluar dari Hospital tempat kerjanya itu. Dia melihat jam di dashboard kereta sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Allah! Lambat lah aku macam ni. Jalan pula jam time macam ni.

Orang ramai mesti tengah berpusu-pusu pulang ke rumah sekarang! Pening dia melihat deretan kereta yang tersusun di jalan itu. Perlahan dia mendengus. Kerjaya sebagai seorang doktor amat memenatkan. Tetapi itu yang dia minat sejak kecil lagi sehingga lah dia berjaya melanjutkan pelajaran nya dan menempah nama sebagai seorang doktor pakar bedah otak dan saraf. 

Dia menghidupkan radio di dalam kereta supaya tidak terasa bosan. Bila kereta dihadapannya sudah mula bergerak, pantas kakinya menekan pedal minyak dan menggerakkan gear. Terbit senyuman lega di wajah. Risau jika sampai lewat, nanti pesakit di sana tidak ada yang terjaga.



"Kak Nur baru sampai eh? Tadi Mira tak nampak pun." Sergah Amirah di sudut dinding Hospital itu.

Naira mengurut dada sambil menjeling tajam ke arah Amirah yang tersengih seperti kerang busuk.

"Kau ni kan la.. kalau tak buat akak terkejut, tak sah kan!" Naira mendengus geram. Dia berlalu ke bilik pesakit yang di maklumkan kepada nya.

"Alah akak ni, orang nak gurau jer. Sorry eh kak. Mira janji tak buat lagi!" 

Naira menjeling memandang Amirah di sebelah yang membulatkan mata sambil membuat muka comel.

"Comel sangat lah tu buat muka ala-ala Barbie Doll."

 Amirah ketawa lalu dia menyerahkan fail pesakit kepada Naira.

Naira meneliti semua status kesihatan yang diberi sebelum memaklumkan kepada pembantunya.

"Akak.." 

Naira masih diam memandang fail di tangan. Dia menyelak helaian seterusnya. Dia tidak mengendahkan suara Amirah itu.

"Akak.. dengar tak ni!" Amirah menekan suaranya supaya Naira mengalihkan pandangan kepadanya.

"Apa lagi.." mendatar sahaja. Naira mengerutkan dahi memandang Amirah. Macam-macam hal budak ni!

Amirah menolak anak rambut ke belakang supaya tidak menutup matanya. "Emm.. akak maafkan Mira kan?" Naira mengalihkan pandangan lalu mengangguk perlahan.

Dia meletakkan fail di meja dan terus tangannya mencapai buku catatan di dalam tas tangan. Dia menulis sesuatu sebelum memasukkan semula buku tersebut.

"Okey, so.. Mira macam mana dengan patient yang Mira updated dengan akak hari tu. Ada peningkatan tak?" Naira memandang Amirah di hadapannya yang berpakaian kemas.

"So far.. everything is okay. Dah nampak progress dia.. cuma.." 

Naira diam menanti jawapan dari Amirah yang mendiamkan diri itu.

"Kenapa ni? Ada yang tak kena ke dengan pesakit tu?" Tiba-tiba hatinya tidak sedap apabila mendengar intonasi suara Amirah.

"Emm.. macam mana ek Mira nak cakap kat akak. Apa kata akak ikut Mira pergi tengok dia. Nanti akak sendiri akan faham." 

Naira mengangguk laju sebelum keluar mengikut Amirah dari belakang.

Amirah menolak pintu bilik B56. Mereka sama-sama masuk ke dalam..

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now