Bab 18

13 1 0
                                    

Sudah masuk hari ketiga Iman berkampung di Hospital itu. Naira pula, berulang-alik ke situ untuk memastikan keselamatan Iman terjamin.

Naira menolak pintu bilik Iman. Dia menapak ke katil dan disebelah itu memang siap sedia dengan kerusi untuk pelawat.

Dia memandang wajah Iman lama. Rindu nak dengar suara bising dia. Tiba-tiba dia rasa ada pergerakan. Dia memandang Iman untuk melihat keadaan nya. Ya, benar. Iman sudah dapat mencelikkan matanya.

"Ya Allah, aku bersyukur pada mu Ya Allah." Lantas Naira menekan butang yang ada di atas katil.

"Naira.. aku nak air." Serak kedengaran suara Iman apabila payah nya untuk bercakap akibat bibir yang koyak. Perit tekak nya menelan air suam yang diberikan.

"Mana Dhia?" Iman cuba untuk menegakkan tubuh badannya.

Naira mengusap lembut pipi temannya. Ada air jernih mengalir di pipinya. Pantas dia meneka dengan jemari. Dia tidak boleh kelihatan lemah dihadapan Iman.

"Dhia kerja. Nanti dia datang tengok kau. Hari-hari dia datang tengok kau." Naira mengurut lengan Iman untuk mengurangkan ketegangan urat saraf nya.

"Tak apa. Aku ok je." Iman meraba kepalanya yang berbalut kemas. Terasa pening apabila membuka mata. Pandangan nya pun, sedikit kabur.

"Aku bersyukur sangat kau dah sedar. Kau jangan tinggalkan kitaorang Iman." Naira tidak mampu untuk memandang wajah pucat Iman.

"Naira..aku minta maaf sebab dah banyak susahkan kau..aku.." Air mata Iman sudah mula membasahi pipinya. Sedih dia melihat wajah temannya yang kerisauan melampau terhadapnya.

"Tak Iman. Kau tak perlu nak minta maaf. Kau tak salah..yang salah tu, orang yang sanggup cederakan kau!" Naira menyapu air matanya yang gugur juga. Dia tidak dapat menahan sebak. "Dah.. dah. Kau tak perlu bercakap lagi. Mulut kau tu kan sakit. Kau rehat lah. Nanti aku datang tengah hari ni." Naira bangkit dari duduk. Sebelum melangkah pergi, sempat dia menarik tubuh Iman ke dalam pelukan nya.

"Jangan banyak sangat fikir. Nanti akan ganggu kesakitan kat kepala tu. Aku keluar dulu.."







Dhia melangkah ke dalam pejabat nya. Telefon pintar nya berdering minta di angkat.

"Helo.."

Talian di sebelah sana membuatkan dia mengucap syukur pada Ilahi.

"Allhamdulillah. Nanti waktu balik aku singgah tengok dia. Kau tak payah risau.. aku boleh jaga kan. Kau kan ada kerja lagi." Dhia menyandar tubuh pada dinding bilik kerja nya.

"Ok.." talian dimatikan.

Dia baru sahaja habis berbual dengan Naira yang mengkhabarkan berita gembira pada nya yang Iman telah sedar setelah tiga hari begitu.

Dia menghantar pesanan kepada Farhan tentang berita itu.

Farhan: betul ke ni Yayang? Allhamdulillah. Syukur.

Dhia : ya awak. Saya gembira tak terkata. Nanti awak boleh teman saya ke sana? Atau awak ada hal lain?

Farhan : Han pun nak jenguk dia. Nanti saya ikut yayang sekali.

Dhia : Ok honey~

Farhan : Yayang! Seriously! Kejap nak call. Jangan off dulu.

Panggilan bersambung.

"Yayang..cepat lah ulang balik apa yang yayang sebut tu. Honey~ Honey~" Suara meleret Farhan membuatkan segala bulu roma nya menjadi tegak.

"Eeeii tak nak lah! Malu.." Aaaaa mana aku nak letak muka ni. Tulah siapa suruh mengada nak panggil macam tu. Kan dah kena!

"Yayang cepat sebut! Kalau tak Han datang office yayang!" Farhan cuba mengugut Maisarah.

"Ok sekali je. Honey~ Ok bye!" Terus talian dimatikan. Tak menyempat langsung.

Farhan ketawa kecil. Fuhh boleh cair tahi telinga kalau macam ni.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now