Bab 16

13 2 0
                                    

Iman yang sedang ralit menatap laptop nya terasa bahunya di sentuh. Dia mendongak memandang Naira yang sudah mengambil tempat disebelah di meja makan.

"Buat apa tu?" Naira menjeling sekilas sebelum meneguk minuman nya.

"Tengok gambar kilang ni ha. Hampir siap dah pejabat kat sana. Tinggal beberapa tingkat je lagi."

Naira mengangguk. Dia beralih ke telefon pintar nya. Dia membaca pesanan daripada Amirah.

Amirah: Akak, tadi waktu akak dah balik. Insyirah tu menjerit-jerit minta tolong.Tapi Mira tak sempat nak dengar apa yang dia cakap.. dia dah pengsan. Mira rasa kan kak, dia ada trauma yang teruk lah. Selalu sangat meracau, menjerit macam orang kena dera.

Naira termenung memikirkan keadaan Insyirah yang seperti nampak hantu setiap kali dia terjaga. Musykil juga, setiap kali tersedar daripada lena.. mesti akan menjerit minta tolong.

"Naira.. kenapa ni? Kau ok tak ni? Kenapa muka kau nampak stres ni. Ada apa-apa yang mengganggu fikiran kau ke."

Naira memandang Iman lama.

Dia baru tersedar yang wajah Iman ada iras dengan wajah milik Insyirah. Dia tidak tahu kenapa, dia rasa Iman ni macam ada ada kaitan dengan pesakitnya. Setiap kali berbicara tentang Insyirah, mesti wajah Iman bertukar keruh.

"Iman.. kalau aku tanya ni. Kau jangan marah eh?"

Iman berkerut memandang Naira sebelum mengangguk. Berdebar hatinya apabila wajah Naira bertukar menjadi serius.

"Kau ada kakak tak?" Dia dapat melihat reaksi terkejut daripada wajah Iman. Terkejut dengan pertanyaan nya itu.

Iman tidak menjawab pertanyaan Naira, sebaliknya mendiamkan diri.

"Aku.. aku memang ada seorang jer kakak. Dia lah adik beradik aku." Sayu sahaja mendengar suara sebak Iman.

Dia sangat rindukan kakaknya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan kakaknya yang telah menghilangkan diri. Dia tahu kakak nya ada masalah tapi dia tidak dapat membantu kerana ketika itu dia masih remaja.

Naira menyulam jemarinya dengan jemari Iman untuk memberi kekuatan.

"Aku dah lama tak jumpa dia Naira. Aku pun tak tahu dia dekat mana sekarang. Aku rindu dia.. aku.. aku tak macam orang lain ada adik beradik. Keluarga yang bahagia. Keluarga aku huru-hara. Aku sedih Naira."

Naira menarik Iman ke dalam pelukan nya.

Suara tangisan Iman pecah juga akhirnya. Dia tidak dapat menahan sebak di dada. Dia sudah pendam perasaan ni bertahun tahun lamanya. Jiwa nya kacau setiap kali teringat kan kakaknya.

"Iman.. kalau pertanyaan aku ni buat kan kau terasa. Aku minta maaf. Aku memang tak tahu apa-apa."

Iman menggeleng laju. Naira tidak bersalah. Dia yang sedih kerana teringat kan kakak kesayangan nya.

"Tak apalah. Kau rehat lah Iman. Nanti kalau kau dah ok, aku beritahu kau." Naira menapak ke anak tangga rumah sewa mereka. Dia tidak mahu mengganggu emosi Iman pada waktu ini. Dia sangat sensitif sekarang.






Naira bangun dari pembaringan. Dia beristighfar beberapa kali. Dia mengelap peluh yang merecik di dahinya.

Mimpi yang baru sahaja dia alami sangat menakutkan. Dia nampak semuanya!

Dia bangun dan terus masuk ke dalam kamar mandi. Dia membersihkan diri sebelum menunaikan solat sunat. Dia duduk berteleku di sejadah, memohon perlindungan dan kekuatan daripada Allah SWT.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now