Bab 37

12 2 0
                                    

Aariz yang khusyuk melayan rancangan kanak-kanak ketika itu di ganggu dengan suara bingit Farhan.

"Yow, what's up bro! What is that? Huh, Dora!" Farhan mengambil tempat di sebelah Aariz. Dia mengerutkan dahi memandang rancangan itu. Kemudian, dia menoleh memandang Aariz yang seronok menonton cerita Dora the Explore.

"Kau..bak sini remote tu." Farhan cuba merampas alat kawalan jauh untuk menukar siaran lain. Tetapi pantas sahaja tangan Aariz mengalihkan dan meletakkan di bawah punggungnya.

"Sibuk lah kau! Biar la aku nak tengok cerita ni. Kartun legend do." Aariz menghadiahkan jelingan maut kepada Farhan yang membuat muka jengkel.

"Apa benda lah nak tengok kartun budak pekak ni.." Farhan mengeluh perlahan. Terus tubuhnya disandarkan pada sofa sambil memejamkan mata. Tiba-tiba dia teringat akan pertemuan dia dengan Hazwan tengah hari tadi. Sejak itu, dia tidak berhenti memikirkan masalah yang bakal berlaku.

Dia mendengus geram apabila teringat lagi ugutan daripada Hazwan a.k.a penyangak. Suka hati dia eh nak main ugut-ugut dengan aku.

"Kau kenapa Han? Muka tu..apesal macam ayam berak kapur. Kata pergi dating." Aariz yang sedar akan perubahan kawannya, lantas menegur.

"Aku terjumpa dengan Hazwan tadi. Time aku nak pergi tandas, elok pula dia ada kat situ." Farhan mencebik. Panas jer hati ni. Tapi sebab dia bersama Dhia, dia kena control air muka lah. Kang tak pasal-pasal kena siasat dengan Cik tunang.

"Wehh..asal kau tak bagitahu aku! Dia ada buat apa-apa ke kat kau?" Aariz memegang wajah Farhan sambil menilik keseluruhan anggota badan kawannya. Mana tahu ada lebam ke luka.

"Ish, aku ok lah. Kau ingat dia tu berani sangat ke nak sentuh aku tengah-tengah public macam tu. Mulut dia jer macam bontot ayam. Tapi tu lah.."

"Tapi? Eh kau jangan cerita sekerat boleh tak. Aku ni cepat overthinking tau!" Aariz mengetap gigi. Suka sangat lah cakap tak habis. Orang ni tengah fikir takut ada apa-apa jadi.

"Dia just cakap yang.. aku jangan jadi bodoh. Macam dia pandai sangat. Sekolah pun tak habis. Perangai macam setan ada hati nak kata orang." meledak kemerahan Farhan. Selamba badak dia jer mengutuk aku depan-depan macam tu. Siap warning bagai.

"Aku pening lah Han. Sampai sekarang kita masih tak dapat bukti yang kukuh untuk lingkupkan dia dalam penjara sana. Dia ni macam musang!" Aariz memeluk tubuh memikirkan apa yang patut mereka lakukan sekarang. Esok, lusa si penyangak ni berani buat kacau dalam office mereka pula.

"We better change our plan. Aku tak rasa yang mamat ni akan duduk diam. Kita kena cepat. Aku takut dia bahaya kan orang-orang kita. Lebih lagi kita yang darah manis ni." Farhan menegak kan badan nya. Mereka tiada masa lagi untuk berdiam diri. Hazwan semakin melampau.

"Apa plan kau?" Aariz merenung sisi wajah Farhan.

"Kita kena ada kan mesyuarat tergempar dengan Dato' Faizal esok. Other than that, aku akan maklumkan semuanya esok sekali dengan pegawai atasan." Farhan mendail nombor seseorang. "Fir, aku nak semua orang kau..datang jumpa aku esok. Urgent meeting. Satu lagi, tolong carikan aku seorang private investigator yang boleh siasat maklumat dalam masa dua puluh empat jam atau kurang dari tu. Thank you."

"Aku harap semua ni dapat di selesaikan dengan cepat." Aariz mengeluh perlahan. Penat dengan pelbagai masalah.

"Bukan tu jer Riz, semalam aku nampak dia dengan someone ni. Malangnya, aku tak nampak muka dia sebab dia membelakangi kitaorang. Tapi...aku rasa muka perempuan tu macam familiar sangat." Farhan termanggu sendiri. Hatinya masih cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now