Bab 49

17 2 0
                                    

Naira termenung sendirian di meja makan vvip yang berada dekat dengan pentas pelamin. Dia hanya mempamerkan riaksi kosong sewaktu makan ketika di majlis perkahwinan Dhia Sofea dan Muhammad Farhan.

Sehari selepas hari perkahwinannya, teman baiknya pula berkahwin. Ini semua atas permintaan Farhan dan keluarga Dhia. Majlis berlangsung gah di dewan yang ditempah khas oleh keluarga Farhan. Akad nikah di lakukan di masjid yang berdekatan dengan dewan bagi memudahkan urusan pergerakan dari hotel dan masjid.

Majlis yang meriah itu berlangsung dengan jayanya. Ramai tetamu yang keluar masuk ke dewan bagi meraikan perkahwinan Farhan dan Dhia. Dia juga turut menolong ahli keluarga Dhia dalam menyempurnakan majlis tersebut.

"Naira? Kau ok tak ni? Muka kau nampak pucat." Dhia yang baru sahaja turun dari pelamin setelah selesai acara bergambar dengan tetamu.

"Aku ok jer. Biasa lah penat sikit. Mood pengantin pun tak habis lagi. Dah macam artis aku ni. Sekejap kang nak tangkap gambar." Luah Naira. Bukan itu yang menjadi masalahnya, tapi mentalnya yang terlalu letih dengan semua ini.

"Kau dengan Riz ok?" Dhia memandang tunak wajah pucat Naira. Dia tahu kawannya sedang berbohong tapi dia malas nak panjangkan perkara ini.

Naira tersenyum tawar. Tak akan dia nak ceritakan masalah rumah tangganya kepada Dhia. Dia perlu jaga maruah suaminya juga.

Dhia yang fahamkan akan kebisuan kawannya terus menghentikan perbualan mereka. Sebaliknya, dia mengajak Naira untuk bergambar dengannya di atas pelamin. Dia memanggil photographer yang di tempah khas itu untuk menangkap gambar mereka.

Aariz yang melihat dari jauh isterinya sedang bergambar di atas pelamin menayangkan wajah jengkel. Beria.

"Kau tak nak tangkap gambar sekali ke?" Farhan yang baru melabuhkan duduk di sebelah Aariz turut memandang ke arah yang sama. Mereka sama-sama melihat isteri masing-masing yang sedang tersenyum manis itu. 'Haih, isteri siapa lah yang cantik sangat tu.'

"Malas." Aariz kembali menatap skrin telefonnya. Tidak berminat untuk menyertai isterinya bergambar. Buang masa aku je! Sesekali dia menjeling sekilas jam tangannya. 'Lambat lagi ke..' Gerutu hatinya. Punggung nya sudah panas kerana lama sangat duduk. Boleh bisul bontotnya.

"Riz, jom lah tangkap gambar sekali!" Dhia yang sudah memeluk lengan suaminya memandang Aariz di sebelah.

"Tak apa lah. Korang pergi je lah." Aariz mengangkat wajah membalas pandangan Dhia. Dia memang tidak berminat. Mereka semua tahu yang dia memang anti camera lain lah isterinya.

"Alah Riz.. tak luak pun kehenseman kau tu. Cepat lah! Naira pun dah tunggu tu." Farhan menepuk bahu tegap Aariz. Dia pun sudah melangkah ke arah pelamin semula untuk bergambar.

Aariz menikam anak mata Naira yang sedang tegak berdiri memerhatikan dirinya yang tidak jauh dari mereka. Dia mendengus kasar. Dia melangkah besar mendekati pelamin dan terus merentap pinggang isterinya. Ini menyebabkan Naira terus terdorong ke depan dan terus melekap pada dada bidang Aariz.

Darah menyerbu ke muka. Naira menelan liur kasar. Gugup. Dia mengangkat wajah memandang senyuman sinis Aariz.

"Kau nak sangatkan tangkap gambar?" Bisik Aariz pada telinga Naira. Dia dapat menghidu haruman minyak wangi yang dari tudung yang mebaluti kepala isterinya. Bau vanilla yang menusuk rongga hidungnya sangat menenangkan.


"Smile!" Jerit Dhia teruja. Mereka bergambar bersama sebelum turun dari pelamin dan membiarkan Naira dan Aariz bergambar berdua. Bukan main sweet lagi ya! Siap peluk pinggang.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now