Bab 45

19 2 0
                                    

Dua tahun kemudian...







Naira berjalan masuk ke dalam rumah sambil memegang kepala yang berbalut dengan kain tudung. Dia mengurut kepala yang terasa berdenyut. Moga cepat hilang rasa sakit yang menyengat.

"Adik, kenapa tu?" Sapa suara lunak dari arah belakang sofa yang sedang dia duduki.

Naira menoleh ke tepi melihat gerangan yang menyapa sambil tersenyum. Cantik betul lah kakak dia ni. Pakai tudung sarung pun lawa.

"Tak ada kak. Ni.. kepala sakit sikit je. Maybe sebab panas sangat kot kat luar tu. Itu yang berdenyut kepala." Naira memecit kawasan kepala yang tegang. Mukanya berkerut menahan sakit.

"Sejak adik masuk balik kerja ni, kerap betul sakit kepala. Adik dah pergi buat check up? Nanti melarat pula." Nasihat Husna sambil mata tak lekang dari memandang wajah ayu adik iparnya.

Naira mengangguk sebagai balasan. Tak larat nak buka mata. Sakit betul kepalanya sekarang. Rasa nak cabut sahaja kepala ni. Dia dah pergi membuat pemeriksaan, kata doktor..itu semua perkara biasa bagi pesakit seperti dia. Ambil masa untuk pulih seperti sedia kala.

Oh, satu lagi. Ya, dia dah dapat kakak ipar! Nama nya Nur Husna isteri kepada Khairul a.k.a abangnya sudah berkahwin sebulan selepas dia keluar dari hospital. Seronok betul bila dia bila dapat kakak ipar. Ada geng nak buli abang kesayangan. Nasib baik kakak ipar sporting Hahaha.

"Dik, kalau iya pun penat. Pergi lah mandi dulu. Dah tahu kat luar tu panas, memang cepat lah kau sakit kepala. Susah betul lah cakap dengan budak ni! Dah besar gajah pun nak kena suruh lagi." Suara garau Khairul mula menerjah perkarangan ruang tamu rumah.

Khairul berjalan menapak ke arah sofa seraya mengambil tempat di sebelah isterinya. Al maklum, orang dah ada bini. Asyik nak berkepit memanjang.

Husna menepuk lembut lengan sasa Khairul. Pemandangan biasa selepas berkahwin dengan suaminya. Hari-hari kalau tak bertekak dengan adiknya, tak sah! Pening kepala dia kalau mereka berdua naik tocang. Masing-masing tak nak kalah.

"Apa? Betul lah abang cakap. Orang dah nasihat bukan nak pakai pun. Hari-hari nak kena ingatkan. Degil!" Khairul sengaja menambah minyak yang sudah menggelegak.

Berdesing telinga Naira mendengar bebelan Khairul di hadapannya. Asal balik jer, pasti kena ceramah free!

Dia menjeling tajam pada abangnya. Sakit betul hatinya. Sikit-sikit nak marah. Ingat orang ni budak kecil ke.

"Orang dengar lah! Abang tak payah lah nak membebel. Kak Nana pun ok je. Tak marah-marah orang pun. Orang ni penat tahu tak." Naira melepaskan dengusan kasar pada hujung bibir.

Sejak dia mula bekerja, dia sudah pindah semula ke rumah keluarganya. Tetapi semenjak dia di tukarkan hospital, dia terpaksa menumpang sementara di rumah abangnya sebelum mendapatkan rumah sewa baru. Jarak rumah abangnya dah tempat kerjanya hanya mengambil masa kurang daripada lima belas minit.

Banyak kali juga, Kakak Nana memujuknya supaya tinggal sahaja dengan mereka. Tak payah susah nak cari rumah sewa. Tapi disebabkan dia ingin menghormati privasi rumah tangga abangnya, dia gagah kan diri juga mencari rumah sewa.

Rumah sewa yang lama sudah diserahkan kepada Insyirah. Dia memberikan rumah itu kepada keluarga Insyirah sebagai tanda minta maaf. Dia tak mampu nak jaga arwah Iman dengan baik. Jadi, dia membeli rumah itu dan menukar nama atas nama arwah Iman dan keluarga. Sekurang-kurangnya, kenangan dia bersama arwah kekal berada di dalam rumah itu.

"Ohh, tahu bising orang bebel kat dia. Yang aku hari-hari dok memetir pada kau macam mak orang anak sepuluh kau tak tanya pula aku penat ke tak?! Aku ni risau kan kau, kesihatan kau. Apa yang susah sangat kau nak dengar cakap aku Nur Naira? Nanti kau dah kahwin, tahu lah kau kalau peangai anak kau tak semengah macam kau juga." Khairul memeluk tubuh. Stres dia dengan perangai degil adiknya. Nasib baik lah anaknya tak mengikut perangai maksu dia.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now