Bab 27

8 2 0
                                    


Aariz memandu dengan tenang ke Taman Botani Perdana Kuala Lumpur sambil ditemani buah hati pengarang jantung nya.

Dia memarkir kereta di tempat khas yang disediakan sebelum keluar dari perut kereta. Toleh jer tempat duduk penumpang sebelah, terus tersenyum lebar.

"Awak, saya pergi toilet sekejap tau. Awak tunggu dekat depan tu eh." Aariz mengatur langkah panjang ke tempat tandas awam yang berada di sebelah kafe makanan.

Iman pula terus mengatur langkah ke tempat permainan kanak-kanak yang berdekatan di situ. Dia menghirup udara segar sambil melakukan regangan badan sebelum mula berjoging.

Kaki dihayun beberapa kali ke depan dan ke belakang sambil mata galak memerhatikan sekeliling. Sudah lama dia tidak berkunjung ke sini. Kali terakhir semasa dia menuntut di UKM itu pun gara-gara dia dipaksa oleh rakan-rakannya untuk sertai lawatan sambil belajar.

"Lama tunggu?" Terkejut beruk dia apabila disergah oleh Aariz yang sedang tersengih seperti kerang busuk itu. Rasa macam nak berhenti degupan jantungnya.

"Terkejut saya tau! Lain kali bagi lah signal ke.." bebel nya sendiri. Naisb baik dia ni tak ada menghidap sebarang penyakit serius. Kalau tidak wassalam saja lah.

"Sorry, Ok jom kita start! Apa kata, kita mula dari lorong tengah ni dahulu nanti terus boleh ambil bus. Then, kita continue jogging dekat Central Lake." Aariz menunjuk lalu trak joging mereka pada papan tanda yang terletak di hadapan taman permainan itu.

Matanya cekap memandang arah yang mereka perlu tujui. Rasa seronok pula hari. Bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, malah dapat bersiar-siar sekali-sekali bila hujung minggu begini bagi melarikan diri daripada dunia pekerjaan seketika.

"Saya ikut awak jer." Iman mengalihkan pandangan ke sebelah sebelum menangkap pergerakan badan Aariz. Member tengah sibuk panas kan badan sebelum berlari.

Mereka memulakan larian kecil hingga ke bahagian taman permainan kanak-kanak yang kedua. Tempat ini adalah ruang utama bagi permainan kanak-kanak. Jauh lebih besar daripada taman kanak-kanak tadi. Matanya melilau melihat pergerakan pantas kanak-kanak yang sedang lincah bermain itu.

Aariz yang perasan akan pandangan itu terus menyampuk. "Kenapa? Awak nak join dia orang main sekali ke? Saya ok jer." Terus melebar senyuman sampai nampak gigi. Suka dia mengenakan Iman. Mentang-mentang lah orang tu comel jer.

Iman menjeling tajam ke arah nya. Mula lah tu, nak kata kita ni macam budak kecil. Kita pendek sikit jer. 153 cm ok lah kan? Normal jer dia rasa. Dia bersyukur sebab dia pendek, sebab tak cepat nampak tua. Awet muda gitew!

"Malas nak layan awak." Iman menghadiahkan jelingan maut pada Aariz. Terus dia menyayangi beberapa langkah daripada Aariz.

"Awak! Saya gurau jer. Aduh, merajuk pula. Itu lah kau Riz, Main sedap cakap jer. Orang perempuan ni mana boleh kalau kita sentuh isu macam ni. Sensitive sangat!" Terus Aariz mengejar larian Iman yang kian menjauh. Otaknya ligat berfikir untuk memujuk.

Matanya terus tertacap pada pagar-pagar bunga yang cantik disepanjang jalan itu. Idea jahat terpancul di dalam fikirannya.

'Kalau aku rembat sikit bunga-bunga dekat sini, tak ada orang perasan pun. Ahh ambil je lah. Nanti dia beli yang baru bila dah sampai rumah.' Dia gumam sendiri sebelum mengalihkan pandangan kiri dan kanan. Takut tertangkap nanti yang dia suka-suka hati main petik bunga dekat taman itu.

Dalam kelajuan 100km/j, dia berlari memetik beberapa tangkai bunga di situ sebelum memecut lari. Boleh tahan lah penat, sebab terpaksa berlari laju untuk mengejar Iman yang sudah jauh meninggalkannya. Betul-betul merajuk ni. Aku pasrah!

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now