Bab 40

22 2 0
                                    


Jenazah Iman Humaira di ditutup dengan selimut putih yang digunakan. Kesemua ahli keluarga dan orang terdekat berhimpun di depan bilik ICU itu. Doktor Nazriel telah mengesahkan kematian Iman Humaira pada jam enam pagi tadi.

Waktu subuh yang hening, menemani Aariz yang sedang berteleku di atas sejadah di dalam ruang surau hospital itu. Dia tersedu-sedu ketika membaca doa selepas habis solat.

Tanggal 2 Mac 2018, hari Jumaat, di mana Iman Humaira binti Abdullah meninggalkan mereka semua.

"Dear.. kenapa buat saya macam ni? Awak kan dah janji dengan saya.." Aariz menangis bersungguh-sungguh ketika itu. Iman telah pergi jauh dari hidupnya. Dia belum sempat untuk menangkap si pelaku, Iman sudah pergi meninggalkan nya sendiri. Siapa lepas ni nak terus bagi dia semangat untuk hidup? Ya Allah, aku rindu dia..

Dia bangun dari duduk dan menapak keluar dari surau. Dia memandang sayu bilik yang menempatkan jenazah Iman. Sekejap lagi, jenazah Iman akan dibawa ke masjid untuk disembahyangkan.

"Iman.. awak betul-betul dah tinggalkan saya." berjurai air matanya lagi. Dia tidak kuat untuk menerima semua ini. Kenapa aku kena lalui semua ini Ya Allah? Astagfiruallahhalazim. Siapa aku nak menidakkan semua ni.

"Riz, jom..kita nak gerak dah." sapa Farhan yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Zafir disebelah memandang sayu kawannya. Begini lah keadaan jika kehilangan orang yang tersayang. Dia tidak dapat membayangkan keadaan jika dia yang melalui sangat genting begini. Kuatkah dia?


Lama dia termenung ketika mereka dalam perjalanan untuk menghantar jenazah Iman ke tanah perkuburan. Farhan di sebelah sedang memandu dengan tenang menoleh ke arah Aariz di sebelah. Ketika di masjid, keadaan Aariz agak lemah kerana dia hampir pengsan. Badan menjadi lemah akibat tidak menjamu sebarang makanan dan tidak dapat rehat yang cukup.

Kereta berhenti di tepi pagar perkuburan. Farhan mematikan enjin kereta dan bergerak membuka pintu untuk Aariz. Dia memandang Aariz yang memandang hadapan seolah-olah tidak sedar dengan keadaan sekeliling.

Farhan bergerak menyentuh bahu Aariz. Niatnya cuma mahu menyedarkan Aariz dari lamunan. "Riz.. kita dah sampai ni. Kau ok tak ni? Kalau kau tak nak keluar tak apa. Aku hidupkan air-cond balik eh." Tangannya mahu menutup pintu kereta di bahagian Aariz tetapi tangan Aariz menghentikan perbuatannya.

"Aku nak teman tunang aku. Mesti dia sedih kalau dia tahu aku dah tak nak jumpa dia lagi." Tutur Aariz sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Dia memandang suasana perkuburan yang sunyi itu. Matanya redup memerhatikan makam Iman di sebelah pokok kelapa. 'Kita dah sampai rumah baru awak..'

Talkin di baca seusai bacaan yassin di sempurnakan. Aariz merenung kubur Iman yang masih merah itu. Dia tersenyum nipis. Tadi, buat kali yang terakhir dia dapat menyempurnakan jenazah Iman Humaira. Dia turut membantu dalam pengurusan jenazah ketika jenazah hendak di tanam.

Ketika jenazah Iman hendak di kuburkan, wajah Iman dihiasi dengan senyuman. Walaupun pucat tak berdarah tetapi tetap manis dipandang. Aariz bersyukur kerana Iman pergi dalam keadaan yang baik walaupun cara kematian amat sangat kejam. Iman umpama bunga yang menghiasi taman.

Selesai sahaja bacaan doa. Orang ramai mula beransur pulang ke rumah masing-masing. Kini tinggal lah Aariz, Farhan, Zafir, Dhia dan ahli keluarga Iman dan keluarga Aariz.


Dhia mendahului menamburkan bunga dan menyiram kubur Iman selepas itu. Air mata nya bergenang di kelopak mata. Sedari tadi, dia menahan daripada menghamburkan tangisan.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now