Bab 34

12 2 0
                                    

Naira mengatur langkah ke ruang dapur untuk membantu mamanya menyediakan makanan untuk majlis yang bakal berlangsung pada tengah hari nanti.

Pelbagai juadah yang tersedia antara kuih talam yang dibuat oleh mamanya sendiri. Mama memang hebat dalam memasak, jadi tak pelik lah kalau dia pun terror bab memasak ni. Tengok orang lah bos!

Dia sibuk meninjau kesemua hidangan yang ada di atas meja makan itu. Kena lah pastikan kesemua makanan itu sempurna. Kita ni nak beri orang makan kena lah yang elok dari segi rupa, rasa dan bau. Tak nak orang kata nanti, datang rumahnya lepas itu kena food poisoning pula.

"Dik, kau tak payah nak jadi pakar kesihatan sekarang. Lebih baik kau pergi hantar buah ni kat depan sana." Khairul menyua bekas yang berisi buah tembikai yang sudah elok dipotong.

"Pergi lah hantar sendiri. Bukan berat pun." Naira membuat tidak endah dengan bekas yang disua oleh abangnya. Saja nak buat khairul sakit hati.

"Tolong lah.. aku ada kerja lain lagi lah nak buat dekat belakang. Ini pun nak berkira. Umur dah 26 tahun tapi pemalas. Patut lah tak ada orang nak kat kau." Selar khairul tanpa bertapis.

Berdesing telinga Naira mendengar ayat-ayat yang keluar dari mlut abangnya itu. Biasa kalau orang cakap pasal jodoh ni, dia tak ambil pusing pun. Tapi kalau abangnya masuk campur memang dia sentap. Merajuk setahun kalau kena bahan.

Dia merampas bekas buah itu, kemudian berlalu ke khemah yang sudah terpacak di hadapan pintu pagar rumah. Dia menyusun bekas yang berisi buah tembikai tadi disebelah buah oren yang telah siap dipotong. Sempat di mencuri sepotong buah oren dan masukkan ke dalam mulut.

Terpejam-pejam matanya menguyah isi buah itu. Masam!

"Makan, duduk. Buruk betul perangai." sampuk orang yang sedang berdiri di belakangnya.

'Asal aku macam pernah dengar jer suara orang ni? Tapi kat mana eh?' Terus dia memusing badan ke belakang untuk mencari empunya suara. Terus kelat mukanya bila terpandang wajah lelaki yang betul-betul berada di hadapannya.

"Kau buat apa kat sini? Aku tak jemput kau datang pun." Naira menjarakkan kedudukan mereka. Dia memandang tajam ke arah Aariz Faiq yang sedang menyusun pinggan di atas meja.

"Memang lah bukan kau yang jemput aku, tapi umi aku yang suruh aku datang sini tolong buat apa yang patut. Dan umi aku tu, kawan mak kau. Mak kau yang jemput umi aku ke sini. Jadi secara teknikal nya mak kau yang jemput aku. So what? Do you have a problem if I join this ceremony?" Aariz seolah sedang mengejeknya dengan membuat muka 'satu kosong!'.

Naira terus berlalu masuk ke dalam rumah. Sakit hati dengan Khairul tak habis lagi, ini tambah dengan si kentut berlubang pula!

"Woi! Watch up girl! Kau tak nampak ke aku tengah pegang apa ni." Marah Khairul yang baru sahaja melepasi Naira yang jalan macam lipas kudung itu. Sikit lagi cawan kaca yang dipegang hendak jatuh menyembah bumi. Kalau tidak satu hal nak kena kemas kan pula.



"Kenapa muka kau macam baru lepas makan asam jer ni? Kau gaduh dengan abang kau eh?" Sapa Iman yang sedang ralit mengacau kuah gulai di dalam periuk besar itu.

"Hmmm ada orang kentut berlubang kat luar tadi. Rimas." Naira membalas tanpa perasaan. Tangan terus memotong bawang merah sebelum di goreng nanti. Lincah tangan menghiris halus ke semua bawang yang ada di dalam besen biru itu.

"Hah?! Siapa kentut berlubang weh?" Iman menoleh pada Naira yang tekun menghiris bawang merah. Selepas itu dia ketawa geli hati. Kentut berlubang? Tak ada bahasa yang elok sikit ke apa.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now