Bab 41

18 2 0
                                    

Langit malam yang kelam, ditemani dengan cahaya bulan yang menyinari menambahkan pilu di hati Aariz Faiq. Setiap malam bulan adalah peneman sejatinya sejak Iman pergi meninggalkan.

Hidupnya kian sepi, tiada lagi gelak tawa yang menghiasi wajahnya. Tiada lagi suara manja yang sering mencuit hatinya. Semuanya hanya tinggal kenangan sahaja.

Dia mengeluh perlahan. Sudah seminggu pemergian Iman Humaira. Sedikit sebanyak, hidupnya mula berubah. Dia semakin menjauhkan diri dari semua orang. Tidak suka bercakap dan banyak menghabiskan masa sendirian selepas habis waktu kerja.

Selepas mereka berjaya menjejaki tempat persembunyian Hazwan, lelaki itu telah ditangkap oleh pihak polis dan diberikan hukuman yang setimpal. Lelaki itu dikenakan hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Kini hidupnya hanya dibayangi kisah silam bersama Iman. Setiap hari dia akan mengenangkan memori manis ketika dia bersama pujaan hati. Tiada satu hari pun dia tidak teringatkan seraut wajah yang menjadi tatapan matanya. Sebelum tidur pasti dia akan merenung wajah arwah tunangnya hingga dijemput lena bagi mengubat rindu. Dia sentiasa berharap dapat berjumpa dengan pujaan hati di dalam mimpi. Betapa besarnya cinta dia terhadap Iman Humaira.

"Riz..." Tegur Farhan di muka pintu. Dia menolak daun pintu yang sememang sedari tadi terbuka. "Jom makan. Aku dah siap masak." Serunya perlahan. Dia menapak ke arah katil lalu melabuhkan punggung disisi katil.

Aariz memandang sekilas wajah Farhan, kemudian dia menggelengkan kepala perlahan. "Aku tak ada selera lah..kau je lah makan."

"Kau kena makan Riz. Tengok badan kau tu.. dah banyak sangat susut. Kang kalau umi kau tanya, apa aku nak jawab." Farhan mula melancarkan kata-kata nasihat.

"Kau rasa aku ada selera ke nak jamu makanan sedangkan hati ni tengah sakit, Han. Apa yang susah sangat kau nak faham? Aku penat lah." Aariz melepaskan dengusan kasar. Semua orang tak faham dia. Semua hanya pandai cakap sahaja. Dia yang rasa betapa sakitnya jiwa dia sekarang. Jiwanya seolah-olah sudah mati!

"Kau tak boleh macam ni..Riz. Kita yang hidup, kena teruskan kehidupan kita. Kau jangan siksa badan kau macam ni. Kesian kan diri kau juga. Nanti badan kau sakit-sakit. Kau kawan aku Riz. Sakit kau, sakit juga aku. Kau ibarat abang aku, Riz. Cubit peha kiri, peha kanan juga terasa." Farhan melepaskan keluhan. Puas sudah dia pujuk Aariz, tapi tetap begitu keadaannya. Jasad saja di sini, roh entah ke mana.

"I love her so much, Han. I can't live without her." Aariz menundukkan pandangan. Dia tidak malu untuk mengaku cintanya dihadapan Farhan. Biarlah apa orang nak kata, dia cuma mahu luahkan isi hatinya. Dia tersiksa apabila jiwanya meronta-meronta untuk berjumpa dengan Iman tapi itu semua mustahil.

Dia mengelap air mata yang berjujuran di tulang pipi. "Dia dah janji dengan aku untuk sentiasa ada dengan aku, Han. Tapi mana janji dia? She left me alone!" Sambungnya lagi. Dia mahu Farhan dengar yang ada dalam lubuk hatinya.

"Riz.. kau tak boleh mempersoalkan takdir tuhan. Kita sebagai hambanya perlu percaya dengan Qada' dan Qadar iaitu rukun iman yang keenam. Kita siapa nak mempertikaikan takdir? Itu sudah takdir dia yang Allah SWT dah tetapkan. Kita sebagai hamba kena terima dan reda. Janji manusia dengan janji tuhan tidak boleh dibandingkan Riz. Janji manusia hanya sekadar janji, tapi janji Tuhan itu pasti." Tenang Farhan menuturkan kata-katanya. Cuba untuk memberi sedikit peringatan supaya kawannya tidak terlajak bicara.

Aariz beristigfar di dalam hati. Sungguh dia rasa berdosa kerana telah mempersoalkan takdir Tuhan yang satu itu. Ya Allah, kau ampunkan lah dosa-dosa hambaMu Ya Allah.

"You know what, promises are the sweetest lies." Mudah saja Farhan membicarakan tentang itu. Itu semua hanya janji manusia. Manusia memang mudah untuk berjanji dan mudah untuk memungkiri.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now