Bab 55

23 2 0
                                    


Music background : Teguh Setia by Muna Shahirah




Dagu di tongkat kan sambil tangan bermain dengan hujung tudung. Kemudian, pen di letakkan di atas meja sebelum sekali sekala wajah di raup.

Naira melepaskan keluhan perlahan. Hujung bibir mencebik. Telefon pintar di pandang sayu.

Seminggu sudah berlalu, setiap hari dia menghantar pesanan kepada suaminya tetapi tiada sebarang balasan. Sunyi.

"Mana pergi semua janji abang? Kenapa buat Nur macam ni. Nur rindu sangat dengan abang.."

Semenjak suaminya sampai di London, dia tidak menerima apa-apa pesanan ataupun panggilan daripada Aariz. Kali terakhir, ketika suaminya sampai di hotel Hilton London Tower Bridge yang terletak di Central London. Selepas itu, semuanya ghaib. Ke mana suaminya pergi?

Dia sudah berpuluh kali bertanyakan pada syarikat suaminya tentang keberadaan suaminya itu. Tetapi, masih sama. Hatinya tidak tenang selagi dia tidak tahu khabar berita tentang suaminya itu. Dia jug ada bertanyakan pada Farhan, dan apa yang dia dapat juga sama. Sahabat suaminya itu sudah berlepas ke london untuk mencari Aariz dan mahu membawa pulang kawannya itu.

Dia berdoa semoga semua selamat. Dia risau. Sudah lah berada di negara asing. Tapi, dia tidak cepat melatah. Dia sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk suaminya.

Tiba-tiba, kepalanya berdenyut hebat. Dia kerap sakit kepala. Mungkin, banyak berfikir dengan masalah peribadi dan masalah di tempat kerjanya. Dia terpaksa bermalam di hospital kerana dia perlu menguruskan pesakitnya yang akan menjalani pembedahan.

"Ya Allah, kenapa sakit sangat ni." Dia sekali sekala merintih kesakitan. Jemari bermain di dahi sambil bibit tidak lepas daripada berselawat bagi mengurungkan denyutan.

"Akak.. Akak ok tak ni? Kenapa pucat sangat muka?" Amirah memegang bahu Naira. Dia mengrutkan wajahnya. Risau melihat keadaan Naira yang makin hari makin jelas kepenatan itu.

"Ok. Mira jangan risau." Naira tersenyum pahit. Cuba untuk berlaku kuat. Dia tidak mahu digasak dengan persoalan lain. Tenaga nya semakin menurun sejak suaminya itu hilang.

Amirah bersandar pada dinding putih. Dia memandang wajah muram Naira. Dia tahu, pasti ada yang tidak kena dengan Doktor cantik itu. Mahu menanya, takut tersilap soalan pula bila mengenangkan peristiwa kehilangan suami tersayang.

"Akak dah buat test?"

"Huh? For what?" Naira mengerutkan dahinya. Dia turut membalas pandangan Amirah itu. Nak cek apa? Kalau tentang kepalanya, dia memang akan tepati masa dan tak pernah culas untuk hadir sesi temu janji dengan doktor yang merawatnya itu.

"Err.. segan lah Mira nak cakap. Aduh, malu!" Amirah menggaru pipi yang tidak gatal. Macam tak kena pula nak tanya.

"Cakap je lah. Bukan ada sesiapa pun." Naira bersandar pada kerusi empuk itu.

"Pregnant test. Akak dah cuba cek. Kot-kot lah.."

Naira kaku. Ada kena mengena ke dengan masalah pening kepalanya. Memang lah sejak kebelakangan ni dia cepat rasa loya dan sekali sekala muntah. Tapi, itu semua normal kalau dia demam. Ya, sudah masuk tiga hari dia demam tapi tidak teruk. Cuma panas biasa.

"Akak cuba lah dulu. Mana tahu rezeki menyebelahi akak. Kita hanya berusaha, selebihnya berserah pada Allah SWT. Akak buat eh nanti?" Amirah mengusap lembut bahu Naira sebelum melangkah keluar dari pejabat itu.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now