Bab 48

20 2 0
                                    

Naira mengambil telefon bimbit yang terletak di meja soleknya. Mesej yang terpapar pada lock screen telefon di baca sekilas. 'Your horrible day!'. Keluhan dilepaskan.

Dia melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat sunat hajat. Jam di dinding menunjukkan jam lima pagi. Masih awal.

"Ya Allah, kau rahmatilah hari ini. Hari di mana aku akan disatukan dengan dua hati. Kau ikatlah perkahwinan kami dengan cinta suci. Kau pupuk kan lah rasa cinta, sayang dalam hati ini. Kau didiklah hati ini untuk menerima qada' dan qadar Mu Ya Allah. Kau restui lah hari bahagia ini. Sesungguhnya aku serahkan segala jiwa kepadanya. Jika benar dia adalah jodohku, terbitkan rasa senang di dalam hati ini. Sesungguhnya aku hambaMu yang banyak kekurangannya."

Dia mengalihkan pandangan ke arah pakaian putih yang yang elok tergantung pada almari pakaiannya. Air mata mengalir lesu di pipi. 'Hari ini, hari bahagia kau Naira. Kenapa kau nak menangis pula? Senyum sikit.' Pujuk hati kecilnya. Tangan naik mengelap air mata yang masih mengalir deras.

Tok, Tok..




Kepala dikalihkan memandang ke arah pintu putih itu. Perlahan-lahan dia bangun dan melangkah ke pintu.

"Adik dah bangun? Cepat ya siap. Kejap lagi MUA datang." Khairul memandang wajah sembap Naira lama. Dia tahu adiknya baru lepas menangis. Tengok saja mata merahnya.

Naira memeluk tubuh tegap Khairul. Dia menangis di situ. Dia bukan sedih tapi dia bersyukur. Masih ramai yang sayangkan nya walaupun tidak dipamerkan rasa sayang itu.

"Hey, kenapa ni? Adik ada sakit kat mana-mana ke? Nak abang bawa pergi klinik. Kalau.." Khairul tetap membalas pelukan Naira tetapi hatinya berasa tidak sedap apabila melihat tangisan kecil Naira.

"Tak. Adik ok. Adik cuma rindu abang. Nanti adik dah kahwin, tak dapat nak bermanja lagi." Naira mencebik. Abang tetap abang. Suami tu lain.

"Kau ni kan..suka buat abang cuak. Nak kena piat telinga dia ni. Dah pergi sana bersiap cepat. Pukul enam MUA sampai. Jangan lupa subuh dulu." Sambung Khairul dengan mulut celoteh. Mood mak-mak turn ON.

"Ya ya. Orang nak siap lah ni. Tepi sikit." Naira menutup pintu biliknya sebelum bergerak menukar pakaian yang lebih sopan.










Tangan yang sudah siap di inaikan di pandang. Cantik, tapi macam ada yang kurang.

"Naira?" Dhia memandang wajah sedih Naira sebelum beralih pada tangan Naira yang sudah penuh dengan corak inai putih yang dilakarkan di situ. 'Ada yang tak kena ke dengan inai tu?'

"Hah!" Naira tersentak.

"Kenapa pandang tangan tu macam tu? Tak cantik ke?" Dhia menyoal. Jangan cakap tak, sebab dia dah malas nak betulkan balik. Dia punya tahap gembira Naira kahwin sampai dia sendiri turun padang nak lukiskan inai untuk kawannya. Special treatment gitew!

"Cantik tapi macam ada yang kurang." Jawabnya senada.

"Apa yang kurang?" Dhia mengerutkan dahinya. Dia mengangkat tangan kiri Naira untuk melihat dengan lebih jelas.

"Kurang lah sebab cincin kahwin aku tak ada kat sini lagi." Naira melepaskan ketawa selepas itu. Wajah cemberut di tayang oleh Dhia. Menyampah!

"Eh kau nak pergi mana tu Dhia?!" Pekik Naira yang sedang duduk di atas katil. Dia memandang pelik dengan kawannya. Gurau je pun.

"Nak turun bawah lah."

"Bukan kau kena teman aku ke? Sampai keluarga lelaki datang." jawab Naira polos.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now