Bab 5

17 3 0
                                    


Naira berjalan menuju ke arah tasik sambil menyanyi kecil. "Rindu betul nak lepak sini!" Dhia memandang ke arah beberapa orang remaja sedang bergelak ketawa.

"Tengok tu, teringat time kita sekolah dulu kan. Lama betul kita tak main kat sini." Naira tersenyum memandang taman permainan yang telah banyak mencipta kenangan mereka bersama. Tidak banyak yang berubah keadaan di kawasan itu, cuma kebanyakkan pembangunan baru yang di dirikan.

"Eh Naira tu bukan ke budak fakulti yang sama dengan Iman." Dhia menunjukkan ke arah lelaki yang sedang berdiri menghadap tasik sambil membuat regangan otot.

"Betul lah tu. Dia kawan Farhan juga. Nama dia Aariz Faiq rasanya." Dhia mengangguk kecil.

Naira bergerak masuk ke dalam perut kereta untuk bergerak balik ke rumah. Belum sempat dia mengundurkan kereta nya ada orang menahan kereta nya.

"Siapa pula tahan kereta aku ni! Cis, kacau betul lah!" Naira menurunkan tingkap dengan muka yang berkerut.

"Ya, ada apa saya boleh bantu pak cik?" Lelaki itu menyuruh mereka berdua untuk turun dari kereta itu. Seperti ada benda yang tak kena sahaja.

"Kau nampak tak apa yang kau dah buat? Lelaki itu menyoal Naira dengan memek muka yang sangat marah.

Naira menggaru belakang kepala nya yang tidak gatal. "Pakcik saya tak tahu saya dah buat apa sampai pakcik nak marah sangat kat saya." Dhia hanya menelan air liur dari tadi. Takut pula nak pandang pak cik di hadapan ini.

"Kau boleh tanya aku apa yang kau dah buat? Eh kau tak nampak ke yang kau dah langgar motor aku ni! Susah betul cakap dengan budak mentah macam kau ni. Benda macam tu pun nak kena cakap ke!" Naira membelek motor lelaki yang berumur dalam 50-an itu.

"Saya minta maaf pakcik. Tapi betul saya memang tak ada niat pun nak langgar dan saya tengok motor pakcik ni tak ada kesan kena langgar pun." Bila Naira kata begitu lagi berang lah orang tua tu. Hmm memang menanggung padah lah si Naira.

"Eiii budak ni aku seligi kepala tu kang!! Kau dah buta ke apa hah?! Tengok lah betul-betul. Tu Haa kau tak nampak ada calar." Naira menunduk memandang calar di tepi bahagian tempat duduk motosikal itu.

'Lah sikit je.. tapi marah aku macam motor ni kemek je aku buat. Kecoh betul lah pakcik ni.' Naira bermonolog sendiri. Tak berani juga nak cakap depan.

"Minta maaf mengganggu. Kenapa pakcik marah mereka berdua ni ya? Boleh saya tahu." Terkejut Naira dengan kehadiran Aariz di situ. Sampai terhinjut bahu.

"Ha kau tahu tak diaorang berdua ni dah langgar motor aku ni. Kau tahu tak berapa aku beli motor ni? Kalau gaji korang bertiga ni masih tak mampu lah nak beli motor macam aku ni."

" Itu lah, lain kali tengok kiri kanan. Bukan main redah je! Menyusahkan orang betul lah. Kau bawa kereta ni ada lesen ke tak!" Lelaki itu memaki hamun mereka bertiga. Berdesing telinga mereka yang mendengar.

Orang ramai yang berada di situ turut memerhatikan kekecohan yang berlaku.

"Baik lah macam ni pakcik. Berapa ganti rugi yang nak kena bayar? Nanti kami bayar." Lelaki itu tersenyum sinis memandang mereka. Banyak sangat ke duit dia nak bayar ganti rugi.

"Betul kau nak bayar? Ok kalau macam tu, ganti rugi dia 600 ringgit jer." 

Tercengang mereka mendengar harga yang dikenakan atas mereka bertiga. Pakcik ni memang sengaja ambil kesempatan betul!

"Eh biar betul!! Tak kan lah sampai rm600 kalau setakat calar kecil macam tu. Dah saya tak nak bayar!" Selamba je si Dhia ni sembur balik pakcik tua ni. Dia sudah lama berdiam diri sejak pakcik itu memarahi mereka tadi.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now