Bab 30

16 2 0
                                    

Naira memerhatikan dirinya dari pantulan cermin sebelum tersenyum. Itu juga adalah tabiatnya diawal pagi. Suka pandang cermin, tenung diri sendiri sampai nak tembus cermin lepastu cakap sorang-sorang. Katanya, pemberi semangat.

Bila sudah siap semuanya, dia mencapai beg kerjanya dan beberapa fail yang berlonggok diatas katil sebelum melangkah keluar dari bilik.

Derapan kaki membawa ke ruang tamu rumah. Iman Humaira sudah terpacak elok di ruang legar itu sambil menjamu selera.

Dia mendekati Iman, lalu mengambil tempat di sofa. Dia memandang Iman sebelum bercakap. "Iman, kau jadi kan nak ikut aku pergi Hospital hari ini?" Tolong, jangan cakap tak jadi. Penat aku plan macam-macam malam tadi.

"Jadi lah. Semalam orang tu beria sangat suruh kita ikut dia pergi kerja. Apa lah nasib, hari cuti kena ikut member pergi kerja. So penat!" Iman mencebik sambil menguyah makanan. Sakit hati pun ada, tapi sebab dia mendapat tawaran lebih lumayan lepas ini. Jadi, paksa diri saja lah.

"Good! Jom gerak, dah lambat ni." Dia menjeling jam di tangan pergelangan kirinya sebelum bergerak ke rak kasut untuk mencapai kasut tumit dua inci nya.

Iman yang baru sahaja menghabiskan suapan yang terakhir berlari ke sinki dapur sebelum bergerak sama keluar rumah. Tak menyempat betul si Naira ni!



Perjalanan mereka ke hospital sangat lancar. Tiada gangguan trafik seperti kebiasaan. Tuhan permudahkan urusan mereka pada hari ini .

Naira mengatur langkah ke tingkat dua dan diikuti oleh Iman di belakangnya. Sesampai sahaja di hadapan wad pesakit, dia menghentikan langkahnya.

Dia cuba mencari kekuatan sebelum meneruskan plan asalnya. Dia mengangkat wajah memandang Iman sudah cuak. Mungkin takut untuk bertemu dengan orang yang dia maksudkan itu.

"Iman, aku harap dengan semua apa yang kau bakal tengok nanti..kau kena terima semuanya ya." Naira menggenggam erat jemari Iman sebelum melangkah masuk ke dalam wad.

Tetapi, apa yang dia tengah lihat sekarang adalah kosong. Ke mana pergi Insyirah?

Pantas kakinya bergerak ke luar untuk mencari pembantunya. Hari-hari dia terpaksa menggunakan kudrat wanitanya untuk mencari pesakitnya yang seorang ini. Serupa chips more dah! Kejap ada, kejap hilang.

Dia diberitahu yang Insyirah sedang berada di tingkat tiga, taman kanak-kanak. Jadi, mereka mengatur langkah ke tingkat tiga dengan debaran yang semakin memuncak. Tadi dah berdebar dah dada ni, tapi lain pula debarnya sebab tengok Insyirah hilang terus jadi kalut sekejap.

Dia memerhatikan Insyirah yang sedang duduk di penjuru bilik sambil membelai anak rambutnya. Termenung panjang sampai tak perasan akan kehadiran mereka di situ.

Iman lebih laju melangkah mendekati Insyirah. Dia memerhatikan tubuh kurus Insyirah dari belakang. Dia kenal benar susuk tubuh itu walaupun sudah berubah banyak tetapi tidak pudar dari ingatan nya kepada wanita yang berumur dua puluh sembilan tahun itu.

Naira yang memahami akan situasi itu bergerak menjauhi mereka. Cuba memberikan ruang kepada dua beradik yang terpisah itu.

"Don't move, Naira. I want you to stay here with me. Aku nak kau teman aku dengan kakak kita boleh?" Iman mengangkat wajah memandang Naira yang sudah melekat di tepi dinding.

Bila mendapat anggukan daripada Naira, baru lah Iman mendekati Insyirah yang masih pegun itu.

Iman mengambil tempat di sisi Insyirah. Dia merenung seluruh wajah kakaknya dengan penuh kasih. Rindu jangan tanya lah, memang dia amat rindukan kakaknya sejak dia mendapat berita kehilangan kakaknya dahulu. Tapi sekarang dia tidak perlu risau lagi, kakaknya sudah ada di depan mata walaupun kesihatannya tidak begitu baik.

"Kak..ni adik ni. Adik datang ni. Kakak jangan lari lagi ya?" Iman memegang tangan kurus Insyirah yang kasar itu dan dielus lembut. Tetapi tidak sampai berapa saat, tangan Insyirah merentap kasar dari pegangannya.

"Kau.." Insyirah mengamati wajah di sebelahnya sampai berkerut dahinya. Dia kenal sangat dengan wajah putih kemerahan itu. Hanya seorang sahaja dalam ingatan. Iman Humaira, adik kandungnya.

"Ni Iman, kak. Adik kesayangan kakak. Kita kan selalu masak sama-sama dulu. Akak ingat tak, adik pernah tumpahkan tepung dalam beg akak dulu?" Dia cuba membawa kembali ingatan Insyirah sewaktu mereka masih tinggal bersama. Sampai tragedi balas dendam pun dia ingatkan. Sebab itu sahaja yang dapat kembalikan memori lama Insyirah.

Ya, mereka pernah bergaduh teruk sampai Iman tumpahkan tepung dalam beg Insyirah sewaktu sekolah menengah. Itu sebab, Insyirah tidak meminta izinnnya untuk meminjam buku teks sekolahnya sampai dia didenda kerana tidak membawa buku pada hari itu. Marah punya pasal, habis tepung gandum dia tuang dalam beg kakaknya.

Insyirah merenung dalam-dalam anak mata adiknya, cuba untuk mencari kepastian.

"Adik...adik ucuk acam ke ni?" Insyirah menyentuh pipi gebu Iman.

Iman ketawa kecil bila mendengar panggilan yang digunakan untuk nya sewaktu kecil dahulu.

"Ya, ni adik ucuk acam kakak. I'm back kakak!" Dia memeluk erat tubuh kakaknya seperti tidak mahu lepas. Sudah sembilan tahun dia menjejaki kaki kakaknya yang hilang dan akhirnya pencariannya berakhir dengan bahagia.

Dia berterima kasih kepada Naira kerana mebantunya untuk mencari dan menjaga kakaknya dengan baik.

Insyirah membalas pelukan Iman kejap. Dia menangis teresak-esak dibahu adiknya. Dia betul-betul rindukan adiknya. Dia tipu dirinya kerana ego sewaktu bercakap dengan Naira tempoh hari. Dia kerap menidakkan perasaan yang berat terhadap ahli keluarganya sendiri.

Mereka meleraikan pelukan. Mata sambil berbalas pandangan sebelum Insyirah mengelus sisa air matanya mengalir di pipi adiknya.

"Jangan nangis, dik. Tak cantik dah muka adik nanti." Insyirah tersenyum memandang wajah adiknya. Sudah matang. Tiada lagi tudung yang senget dan bibir yang menggelupas.

"Thanks Naira! Aku tak tahu nak balas jasa kau lagi. Kau dah banyak tolong aku." Iman memandang Naira yang menjadi saksi pertemuan dia dan kakaknya hari ini.

Insyirah yang baru tersedar akan kehadiran doktor wanita itu, terus menoleh ke arah Naira yang kekal pegun itu. Dia bergerak merapati sisi Naira sebelum menarik Naira ke dalam pelukan.

Naira yang terkejut dengan tindakan refleks Insyirah, menjadi kaku sebentar sebelum dia membalas kembali pelukan itu. Air matanya turut deras mengalir. Dia terkejut dalam masa yang sama dia terharu.

"Terima kasih adik kakak yang ini.Terima kasih sebab temukan kakak dengan adik kandung kakak dan jaga dia dengan baik." kata Insyirah lancar. Dia bersyukur sangat kerana adiknya dikelilingi orang yang baik dan tidak menerima nasib yang sama seperti dirinya.

"Sama-sama akak. Saya dah janji dengan diri saya, saya akan jaga Iman dengan akak macam keluarga saya sendiri kak." Naira senyum bahagia melihat wajah ceria Insyirah. Misinya sudah berjaya. Dia bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi izin untuk dia menemukan dua kasih yang terpisah.

"Sekarang, kakak dah ada dua orang adik. Iman dan Naira dua-dua adik akak!" Insyirah mendepakan kedua tangannya bersedia untuk menerima pelukan manja daripada kedua orang adiknya.

"Hug time!" jerit serentak daripada Naira dan Iman. Bahagia.

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now