Bab 31

11 2 0
                                    

Naira meletakkan sejambak bunga di tepi kotak yang penuh dengan hiasan hantaran itu. Matanya masih leka dengan hiasan yang ada di atas dulang itu. Sempat lagi mulutnya mengomel tentang hiasan yang baru sahaja selesai di hiasnya.

Dia dengan rela hati mahu membantu Iman menyiapkan dulang hantaran perkahwinannya itu. Empat dulang sudah siap di hias olehnya, dan berbaki tiga lagi dulang masih belum selesai.

Tinggal lagi dua minggu kawan baik merangkap adiknya itu akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki idamannya. Cepat betul masa berlalu.

Iman hanya mengadakan majlis ringkas untuk pertunangan nya dengan hanya menyarung cincin sebagai tanda tali pertunangan.

Insyirah pun sudah semakin pulih. Kemungkinan dia akan keluar dari hospital tak lama lagi. Jadi, dia sudah merancang yang kakak angkatnya itu akan duduk sebumbung dengan mereka selepas persetujuan daripada kawan-kawan baiknya.

"Banyak lagi ke tak siapnya?" soal Dhia yang baru saja mengambil tempat di sebelah Naira. Dia memandang ruang tamu yang bersepah dengan alat perhiasan. Serupa butik kahwin dah tengoknya.

"Sikit jer lagi. Lusa siap lah semua ni." jawabnya sambil tangan ligat mengubah bunga tangan yang sudah separuh siap. Dua warna yang hampir setona dengan pelamin digabungkan dalam satu jambangan.

Iman memilih untuk melangsungkan majlis serba ringkas di rumah keluarganya sahaja. Malas nak membazir katanya. Hantaran pun bukan lah barangan yang berjenama semuanya. Hanya kasut dan telekung yang dipilih saja yang lain semua daripada keluarga belah lelaki punya pilihan.

"Mana Iman?" Dhia memanjangkan lehernya melihat suasana rumah yang sunyi. Kot-kot Iman ada kat luar rumah ke.

"Dia pergi hospital jenguk kakak dia. Kejap lagi, balik lah tu." Naira menyudahkan gubahannya sebelum bangun mengangkat punggung. Kebas bila lama-lama duduk begitu.

Dhia mengangguk sementara tangan nya lincah menyusun kesemua dulang ke tepi dinding. Dia tersenyum ceria melihat kesemua hantaran itu.

"Haih, dah nak kahwin kawan kita tu ya." sengih sumbing Dhia seorang diri. Dia terbayang beberapa bulan lepas, dia juga sudah selamat bertunang dengan buah hatinya. Majlis berlangsung dengan jayanya. Tak lama lagi, dia pula akan naik pelamin.

"Alah kau ni, diri sendiri pun dah nak kahwin. Tak sedar diri nak jadi bini orang dah." selar Naira yang berjalan melintasi ruang tamu itu. Kaki dibawa ke dapur untuk membancuh air coklat panas kegemarannnya.

"Tulah, tinggal lah sekektul Naira yang masih sibuk menunggu prince charming turun dari langit hmmm." sampuk Dhia yang berada di belakang.

Tak habis-habis cakap tunggu bidadara lah, putera kayangan lah bagai. Entah bila nak muncul pun tak tahu. Kuk mung la Naira!

"Takpe, biar lambat asal selamat." Naira sudah sedap menyisip air coklat nya. Fuh, segar otak!

"Kau memang tak ada hati nak cari ke Naira? Umur kau pun bukan muda sangat Naira. Jangan sampai jadi anak dara tua sudah lah." Dhia ketawa mengekek mengenakan kawannya.

"Mulut jaga eh! Aku bukan tak nak cari tapi memang tak ada yang berkenan kat hati ni wey. Tak kan aku nak paksa pula." jawab acuh tak acuh nya. Bosan, sikit-sikit cakap pasal jodoh. Macam tak ada benda lain nak ceritanya.

Dhia mengangkat kedua-dua bahunya. "Agaknya kau kena mandi bunga tak? Mana tau ada yang lekat ke.." cadang nya walaupun tak tahu betul ke idok. Apa orang kata tu, ikhtiar bukan.

"Malas lah aku. Kalau dah sampai seru nanti, aku kahwin jer lah.Tak kesah dengan calon mama sekali pun. Ku berserah." jawab senada. Dia memang malas nak fikir lagi tentang kahwin semua ni. Dia hanya mahu fokus dengan kerjanya dan orang tuanya sahaja.

Baru sahaja dia berura-ura hendak melangkah ke bilik, Iman yang baru saja pulang dari hospital terus berlari mendapatkan mereka.

"Hi my ladies! I'm back." sengih sehingga menampakkan barisan gigi putihnya. Kemain lebar senyum nya. Ada lah tu. "Korang nak tahu something tak?" Jerit Iman teruja.

Naira dan Dhia mengangguk sebagai balasan jawapan. Tak sabar nak dengar apa yang bakal di ceritakan oleh temannya. Spill the tea!

"Mak aku dah terima kakak aku balik! Dia ada lawat kakak semalam lepastu hari ini aku bertembung dengan mereka. Aku happy sangat. Family aku dah bersatu kembali.." cerita Iman bersama linangan air mata. Sungguh, hatinya sangat terusik.

"Allhamdulillah.." jawab serentak dari Naira dan Dhia. Lega mereka mendengar. Tuhan sudah makbulkan doa mereka lagi. Syukur.

"Iman, kita orang ni gembira tak terkata tau. Kau bukan saja dapat kembalikan keluarga kau tapi kau dapat lebih lagi. Kau beruntung sangat Iman. Tak semua orang dapat peluang macam kau ni." luah Naira dengan penih keikhlasan.

"Betul tu, Iman. Kau sangat beruntung. Aku, Naira dan semua orang sayang kan kau. Jadi, kami nak tengok kau bahagia. Dan bahagia itu milik kau." sambung Dhia dengan air mata yang berjujuran di pipi mulusnya.

"Tak, bahagia itu miliki kita semua. Aku pun doakan korang sentiasa bahagia. Aku juga beruntung dapat kawan yang anggap aku macam keluarga sendiri. I really appreciate that." kata Iman sebelum mendapatkan kawan-kawannya.

Dia memeluk erat kedua-dua sahabatnya. Dia bersyukur kepada tuhan kerana sentiasa memberi dia ruang untuknya merasai kebahagian.

"Korang.." seru Naira.

Mereka menoleh memandang wajah Naira itu. Masih lagi menunggu apa yang bakal dikatakan.

"Aku berhasrat nak buat doa selamat lah hujung minggu ni. Untuk majlis Iman dan kesembuhan Kak Insyirah sekali. Kira untuk semua orang lah. Keluarga Iman, aku dengan Dhia semua sekali. Kita buat sekali jalan. Boleh kan?" cadang nya.

"SETUJU!"

Mimpi Kan Kamu - COMPLETEWhere stories live. Discover now