BAB 30

957 83 3
                                    

MASUK harini, sudah lima hari Amirul mulakan sesi perubahan dirinya. Dalam tempoh waktu itu juga, kalau boleh setiap hari dia akan update padaku tentang segala aktiviti yang dilakukannya disana.

Sampai satu tahap aku rasa macam aku ni mak dia nak kena tahu semua benda. Berapa kali jugalah dia mengadu katanya dah tak tahan. Tapi setiap kali itu aku akan memperingatkan dia semula tentang niat asal kami.

Dan akhirnya Amirul akur.

Lagipun, aku yakin Isma adalah orang yang tepat untuk membimbing Amirul ke jalan yang lebih lurus.

Entah kenapa harini aku melangkah masuk ke restoren dengan hati yang senang. Berharap juga tak akan ada lalat yang akan merosakkan hari bahagiaku. Memikirkan progres Amirul yang semakin membaik, jujur buatkan aku bangga dengan dia. Tak sangka dia betul-betul sahut cabaranku.

"Pon, pon! Tea baru! Tea baru!" Tergopoh-gapah Adli berlari ke arahku.

Aku terkejut. Amboi dia ni! Dua belah kaki tak sempat lepas pintu masuk lagi dia dah ajak buat dosa kering. Kut iya pun tunggulah sampai aku masuk ke dalam dulu.

"Panas ke tidak tea tu?" soalku sebelum aku berjalan melintasi Adli. Beg sandangku dicabut dahulu. Lalu apron dicapai lalu disarung ditubuh.

Adli angguk laju-laju. "Panas, menyala, berapi, terbakar!" Penuh bersungguh-sungguh dia membalas.

Tengok dia dah serupa lintah kena tabur garam buatkan aku sekadar mencebik. Tapi kalau tea si Adli ni aku memang akan percaya panas. Mana tidaknya, kemana aje dia pergi semua cerita dia sapu. Dia dengan telinga gajah dia berpisah tiada.

"Hmm apa dia?" Ikutkan aku memang malas nak melayan dia, tapi kalau tak dilayan anak syurga ni, berdosa pula.

Adli buat gaya supaya aku melabuhkan duduk di atas kerusi berdekatan. Aku mengeluh. Akur. Punggung terus dihempas tanpa perlu fikir dua kali.

"Tea ni pasal Fawzul..." bisiknya perlahan.

Aku terus sandarkan badan. Dua belah tangan disilang separa dada. "Hmm, kenapa dengan Fawzul?" soalku ingin tahu. Ikutkan tadi batang hidung si Fawzul memang tak kelihatan.

Adli rapatkan jarak kami.

"Aku dengar khabar angin Fawzul nak berhenti kerja," maklum Adli dalam nada berbisik.

Apa dia?! Batang tubuhku langsung tegak lurus. Mata sedikit terbeliak cukup menunjukkan yang aku jelas terkejut dengan berita itu.

"Macam mana kau tahu?" selidik aku lagi.

"Encik Izzudin la... Kau tak perasan ke semalam Fawzul dah kemas barang-barang dia dekat office tu. Encik Izzudin pun dah mula cari pengganti untuk position yang ditinggalkan Fawzul tu," cerita Adli panjang lebar.

Aku terkedu. Jujur aku menang tak sangka dia boleh ambil keputusan sampai begitu sekali. Takkan semuanya disebabkan aku? Walaupun nampak gayanya macam aku ni syok sendiri, tapi aku cukup yakin yang aku terlibat sama dalam keputusannya itu.

"Dia memang dah official berhenti ke apa?"

Adli jongket kedua belah bahunya. "Yang tu aku tak berapa nak pasti. Tapi hairan jugak kan? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba aje dia nak letak jawatan. Padahal Fawzul tu kalau buat kerja bagus aje, hmm..." Adli ketuk dagunya beberapa kali. Berfikir.

"Atau punca dia berhenti disebabkan masalah peribadi," tebak Adli sambil dia menerenung jauh ke dalam anak mataku.

Aku telan liur. Menunggu Adli menyambung hujahnya lagi.

"Adakah punca Fawzul resign disebabkan kejadian semalam. Lelaki yang datang semalam tu adik Fawzul kan?" Dengan penuh serius Adli menyoal.

Dalam payah, aku hanya angguk mengeyakan. Nak kelentong pun macam dah tak ada guna.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now