BAB 03

1.1K 81 8
                                    

WARDROBE berwarna coklat cair yang terletak elok dihadapan aku sekarang ditenung lama. Kalau almari tu boleh bercakap, mungkin dia dah menjerit suruh aku pandang ke tempat lain. Hampir dua puluh minit, aku masih tidak berganjak dari situ. Baju-baju yang tergantung di dalamnya diselak-selak. Entah apa yang aku nak sebenarnya. Aku pun tak tahu. Sekejap aku tarik keluar satu baju, sekejap aku gantung semula baju tadi. Ish, serabut betul!

Aku mengeluh. Pinggang dicekak. Lama-lama aku tenung isi dalam almari baju aku, masih tiada apa yang berubah. Apa yang aku nampak hanyalah warna hitam semata. Langsung tiada seri kehidupan. Daripada hoodie, t-shirt, sweatshirt, dress segalanya bewarna hitam. Sampai aku terfikir, apa yang muram sangat hidup aku ni?

Jam di dinding aku jeling sekilas. Sudah pukul 1:30 pm. Jam dua petang, shift kerja aku sudah bermula. Tapi baju yang nak dipakai masih dalam dilema. Aku ingat harini aku nak buat kelainan sedikit. Nak buat grand entrace bila sampai kat restoren nanti. Biar masa aku sampai di restoren nanti, semua pekerja dan pelanggan disitu melango dengan kejelitaan aku.

Tapi pelamin angan-anganku musnah bila tengok isi baju almari aku. Sudahlah Senja... Kau memang dah ditakdirkan untuk pakai baju warna hitam aje. Tak payah berangan nak ada seri dalam hidup tu. Lambat-lambat, sweatshirt hitam aku tarik keluar. Fikir punya fikir, alih-alih baju yang sama juga dipakai. Masalah, masalah...

Selesai aku salin baju, aku duduk dihadapan meja solek. Setelah aku mengikat rambut gaya ponytail, wajah cantik aku dibelek-belek. Hebat tamparan mak semalam, sampai meninggalkan kesan lebam dihujung bibir aku. Mana tidaknya, untung aku dapat penampar double semalam. Aku belek muka aku lagi. Macam mana aku nak tutup kesan lebam ni ya? Takkan nak guna concealer? Tak jadi. Guna foundation? Tak jadi. Pakai mask? Ya, pakai mask! Tapi sekejap, prosedur restoren tak benarkan pekerjanya pakai mask. Katanya, pelanggan harus tengok muka pekerjanya. Heh!

Tapi kalau muka dah biru hijau macam aku ni, macam mana? Takkan nak ambil cuti pula. Oh, itu tidak mungkin... Harini bukan cuti mingguan aku. Jadinya aku tak boleh sesuka hati ambil cuti. Aku jadi buntu. Rambut aku ramas-ramas. Semua ni salah mak. Kalau mak nak sepak aku sekalipun, sepaklah area lagi. Ini area muka juga dipilihnya. Aksesori paling berharga kut ni.

Aku mengeluh. Kalini lebih panjang. Ah, sudahlah. Keluar ajelah dengan muka macam ni. Kalau ada orang tegur, aku dah siapkan skrip siap-siap. Bunyinya macam ni...

"Saya terlanggar pintu malam semalam. Saya tak sedar, rupa-rupanya saya ni tidur berjalan selamani. Entah macam mana tiba-tiba saya dah ada dekat dapur. Dalam mamai-mamai saya pun terlanggar pintu dapur. Begitulah ceritanya..."

Baik kan skrip aku? Sekarang aku dah tak perlu gundah gulana lagi. Semuanya masih dalam kawalan. Sebelum pergi kerja, aku kenyitkan mata dihadapan cermin.

"Semoga harini aku tak kena sepak dengan mak lagi. Chaw!"






AKU senyum girang tatkala kaki sudah masuk ke dalam premis restoren. Beginilah cara aku, suka tutup kesedihan dalam diri dengan senyuman. Walaupun dalam hati aku masih menangis, tapi aku tak pernah sesekali tunjukkan atau luahkan pada sesiapa. Biarlah diri aku sahaja yang tahu betapa hancurnya aku di dalam.

Aku senyum lebar dan tunduk hormat kepada semua pelanggan dan pekerja disini. Ada juga yang tengok aku dengan kerutan di dahi. Mungkin perkara pertama yang menangkap perhatian mereka adalah lebam dihujung bibir aku. Tapi tak apa, aku okey. Kalau dia orang tanya, aku hanya akan jawab dengan skrip yang aku dah cipta tadi.

Aku berlalu ke arah belakang restoren untuk melihat keadaan Husna. Sampai sahaja, memang Husna tengah sibuk membasuh pinggan mangkuk.

"Ui! Sibuk nampak?" Seronok aku memerlinya. Disebabkan Una shift pagi, jadi waktu-waktu sebegini memang keadaan dia sekarang dah tak serupa manusia. Tengoklah, bertimbun pinggan mangkuk yang dia kena cuci. Aku sengih jahat. Dulu suka sangat kenakan orang...

SENJA [OG]Where stories live. Discover now