BAB 24

796 81 12
                                    

"ADUH! Skuter cabukku tolonglah jangan nak buat hal sekarang...Sudah la gelap sekarang ni. Time-time hantu aktif tengah malam la kau nak rosaknya, hish!" Aku turun dari motor, kemudian skuterku dibelek-belek. Apa pulak masalahya kalini sampai boleh mati tengah-tengah jalan?

Jam di pergelangan tangan, dikerling. 11.25 malam. Dengan siapa pula aku nak minta bantuan dengan jam-jam sebegini? Kalau ada pun, mungkin bukan dari kalangan manusia.

Rambut yang sedikit serabai ditolak kebelakang. Buntu! Skuter tadi sempat diseret ke bahu jalan. Jam sebegini, jalan raya memang sudah lengang tanpa sebarang manusia. Nak minta bantuan pun, macam dah tak ada sirna harapan langsung.

Aku toleh kiri dan kanan. Fuh! Boleh tahan seram jugak dekat sini. Mencanak semua bulu. Telefon bimbit yang diletakkan di poket belakang, lantas dikeluarkan. Namun, baru sahaja aku mahu menelefon seseorang, muncul sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih sudah berhenti tepat disisi kananku.

Perlahan-lahan, cermin belah penumpangnya diturunkan.

"Senja... Awak buat apa dekat sini sorang-sorang?" soal Fawzul gusar.

Melihat wajah yang aku kenali itu, spotan buatkan aku menghembus nafas hela. Alhamdulillah. Baru ingat nak bukak segala skil silat tadi.

"Motor saya rosak. Tak tahu la, tapi tiba-tiba aje dia boleh mati tengah jalan," beritahu cemas.

Fawzul terus keluar dari perut keretanya. Bergegas dia berlari ke arahku. "Dah lama ke rosak?" soalnya prihatin.

"Tak adalah lama sangat, dalam sepuluh minit macam tu..."

Fawzul hanya anggukkan kepalanya. Sambil itu, tangannya sibuk membelek tubuh skuterku. "Hmm, nak hantar kat bengkel pun, dah tengah malam. Mana ada bengkel bukak malam-malam buta ni. Tak apalah, awak saya tolong hantarkan balik. Skuter ni tinggalkan aje dekat sini. Esok, saya suruh kawan saya hantar ke bengkel," ujar Fawzul lembut.

Aku diam dan terus berfikir dengan pelawaannya tadi.

"Maksudnya skuter saya tinggal dekat sini? Kalau ada orang curi macam mana? Saya ada dia aje tau..." Betullah kan? Mahunya esok datang balik, skuter aku dah lebuh, tak ke naya. Dah satu masalah lain pulak datang nanti.

Fawzul ketawa.

"Tak ada siapa nak curi motor awak Senja... Kalau ada orang curi pun biarlah... Skuter ni pun saya tengok macam dah nak nazak aje. Kalau hilang, saya ganti. Dah, sekarang jom balik. Dah lewat sangat dah ni," pelawa Fawzul. Pintu belah penumpang dibuka.

Hm, gentleman!

"Thankyou..." Aku tunduk sedikit, sebelum aku terus meloloskan diri ke dalam perut keretanya.








DALAM sepuluh meter sebelum sampai di perkarangan rumahku, aku nampak beberapa sosok lelaki berbadan tegap yang sedang berdiri dihadapan pintu rumah. Dan apa yang buatkan mata aku lagi terbuntang, tatkala salah seorang dari mereka sedang memegang kemas kedua adik-adikku.

"Senja, ada apa tu?" soal Fawzul sambil dia menoleh ke arahku sekilas.

"Fawzul cepat! Adik saya!" jerit aku cemas.

Tak sampai seminit, Fawzul mula memberhentikan keretanya. Dan sejurus itu, aku terus berlari keluar dari perut keretanya.

"Woi! Korang buat apa hah? Tupai terbang betul!" Selipar dikaki dicabut sebelum aku baling ke arah salah seorang disistu. Kemudian, aku terus berlari mendapatkan Said dan Saida.

"Akak... Saida takut," adu Saida dengan tangisan.

"Shh... akak ada." Kepala Saida digosok perlahan.

"Wow! Jadi inilah anak sulung Marina? Cantik..." ujar salah seorang sambil dia mula berjalan mengelilingi aku. Tubuh aku ditilik dari atas hingga ke bawah.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now