Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi. Tapi yang anehnya sejak aku melangkah masuk restoren, bayang Fawzul langsung tidak kelihatan. Seketika aku menjenguk ke arah dapur, dan ya, hanya ada Abang Wahab sahaja disitu.
Aku kembali ke hadapan dengan seribu satu persoalan. Oh, lepas apa yang dah jadi semalam, macam gitu aje dia hilangkan diri?
"Adli, Fawzul tak masuk kerja ke harini?" soalku ke arah Adli yang sedang duduk sambil bermain telefon bimbitnya di kaunter.
Adli mendongak sekilas. Kemudian, kedua bahu diangkat.
"Entah, dia tak ada bagitahu apa-apa pun..." balasnya mendatar.
Aku hela nafas. Kepala toleh kiri dan kanan. Kemudian, aku terus berlalu pergi. Biarlah, tak penting untuk aku ambil tahu. Sambil-sambil itu, kaki diatur ke arah meja yang agak berselerak itu. Pinggan mangkuk yang ditinggalkan diangkat sebelum dibawa kebelakang.
Sedang aku sibuk mengemas, pintu utama restoren tiba-tiba ditolak buka. Automatik, kepala aku terteleng ketepi. Aku telan liur tatkala susuk Fawzul mula melangkah masuk ke dalam.
Dia yang hanya memakai kemeja putih, lengan disinsing sehingga ke siku. Dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Rambut yang sedikit serabai bersama kaca mata hitam yang terletak elok di atas batang hidungnya.
Sangat santai dan kasual. Langsung tak nampak macam pakaian mahu masuk kerja.
Tiba-tiba, kaki panjangnya diatur ke arahku. Spontan, badanku ditegakkan lurus.
"Hadiah awak semalam, awak tertinggal." Paper bag semalam dihulurkan ke arahku. Dalam lima saat, aku masih tiada tanda-tanda mahu menyambut hulurannya. Malas melengahkan masa, Fawzul terus meletakkan paper bag itu di atas meja. Kemudian, dia terus berlalu pergi begitu saja.
Terkebil-kebil mataku memandang pemergiannya. Dia... marahkan aku ke? Pasal semalam?
"Senja! Kenapa dengan Fawzul tu? Nampak dingin aje? Selalu bukan ke dia akan senyum kambing bila bercakap dengan kau?" soal Adli yang datang entah dari mana. Adli kalau bab baca perasaan manusia, memang dia laju.
Aku hanya diam. Tiada jawapan.
"Semalam korang berdua keluar kan? Korang bergaduh eh?" selidik Adli lagi. Gamaknya selagi dia tak dapat jawapan, selagi itulah dia akan jadi lalat dekat sini.
"Eh kau tanya aku banyak-banyak ni macam lah aku ni tahu dengan mood dia tu? Entah-entah, mood dia jadi macam tu sebab terlalu stres. Mana tahu masa nak datang sini tiba-tiba lampu merah banyak, lepastu masa dia nak minum kopi, kopi tu terlampau panas, lepastu..."
"Diamlah!" cantas Adli laju. Sempat dia jeling maut aku.
Aku ketawa. Gurau pun tak boleh...
"Tapi semalam korang berdua pergi mana? Tu, dalam tu ada apa?" Mulut dicuihkan ke arah paper bag di atas meja itu.
Laju tangan aku menarik paper bag itu sebelum diletakkan di atas meja sebelah.
"Tak payah sibuklah." Mata dijegilkan ke arahnya.
Adli mencebik. Dan tiba-tiba, pintu restoren sekali lagi dirempuh. Kalini lebih kuat dan kasar. Kalau pintu dah lama, aku gerenti dah tercabut.
"Mirul?" Membulat mataku tatkala melihat susuknya yang nampak tergesa-gesa itu.
Amirul sekadar tayang sengih tak bersalahnya.
"Runtuh pintu tu, kau ganti balik ya. Tahulah restoren bapak kau, tapi tak payah la tolak pintu tu macam nak cari gaduh!" marahku.
"Sorry..." Kemudian, Amirul mula menggosok-gosok dedaun pintu tu dengan sengihan.
"Restoren bapak dia? Maksudnya?" bisik Adli disisi.
YOU ARE READING
SENJA [OG]
RomanceSENJA NIRMALA. Nama yang tidak seindah perwatakan. Perwatakannya yang lebih kepada 'boyish' buatkan Senja sering dijauhi kaum Adam. Tekad untuk berubah, buatkan Senja mencuba bermacam-macam cara untuk mengubah perwatakaannya. Salah satu caranya, dia...