Suara-suara yang masih memanggil namaku, tidak dihiraukan. Hanya pintu dewan utama menjadi tujuanku sekarang. Masa-masa ginilah tiba-tiba pintunya jauh! Huh! Aku merengus geram. Hati tengah membara-bara. Tangan rasa ringan, nak sepak muka si Alisa tu. Sebab tu aku beredar pergi. Aku takut muka dia jadi kuah spaghetti nanti.
"Senja!"
Suara itu panggil lagi, dan langkah kakiku terus berhenti. Dengan nafas yang tak teratur, aku toleh ke arah empunya suara.
Amirul.
Berdiri tegak dibelakang sambil anak mata tajam merenung ke arahku. Apa? Jangan cakap dia pun dah kena mandrem si Alisa tu. Haa baguslah! Percaya. Anggap aje aku ni memang jahat. Puas hati!
"Kau nak apa?" Aku menyoal malas. Tak betah nak duduk disini lama-lama. Tak ada guna pun lagi aku disini. Rasa maruah dipijak-pijak bagai tiada harga diri.
"Kenapa you lari?" Hanya itu soalan yang ditujukannya padaku. Dan soalannya buatkan tawaku terlepas dari bibir. Tawa yang cukup sinis.
"Oh! Lepas tu kau nak aku buat apa lagi kat sini? Tepuk tangan bila dia dah malukan aku depan semua orang tadi? Atau kau nak aku berterima kasih pada dia sebab dah tolong bongkarkan aib aku. Sekurang-kurangnya kau tak akan rasa tertipu lagi kan? Sekarang kau tahu? Then kau bua apa lagi? Pergilah!" halauku dengan suara yang bergetar.
Tanpa menjawab, Amirul berjalan merapatiku. Tiba-tiba, hujung lengan bajuku direntapnya kasar, ditariknya aku ke arah keramaian tadi. Dan aku mula meronta-ronta minta dilepaskan. Mata dah terjegil ke arahnya. Gila ke mamat ni?!
"Lepaslah!" Aku cuba tolak tangannya berkali-kali, namun kudrat lelakinya lebih kuat.
Amirul bolayan. Sampai di tempat tadi, dia lepaskan lengan bajuku.
"Explain," arahnya sepatah.
Mataku tak berkedip. Pandang ke arah dia dengan dua belah kening yang hampir bercantum. Kurang mengerti. Kemudian, aku pandang Husna yang berdiri jauh dari aku. Dan dia hanya tunduk pandang lantai. Mungkin lantai lagi menarik perhatiannya daripada aku.
Kenapa dengan semua orang malam ni? Mudahnya mereka percaya kata-kata Alisa? Setidaknya berikan la aku sedikit ruang. Namun hukuman telah pun dijatuhkan begitu sahaja. Percaya bulat-bulat, seolah-olah apa yang keluar dari mulut Alisa itu benar-benar belaka.
"Kau nak aku explain apa lagi Mirul?" Aku pandang dia dengan raut dingin. Agak tak berpuas hati dengan permintaannya tadi. Kalau mereka mahu percaya silakan. Aku dah lali.
"Kalau betul you bukan macam apa yang dia cakap tadi, sekurang-kurangnya tolong pertahankan diri you Senja. Jangan senang-senang biarkan orang pijak kepala you. Beritahu pada semua orang, yang you bukan macam apa yang dia kata tadi," balas Amirul. Turut dingin.
Aku terdiam. Air mata mula bertakung di tubir mata.
"Explain Senja! I yakin you tak macam tu. Bagitahu..."
"Kau nak aku cakap apa lagi Mirul?! Tak ada benda yang aku nak pertahankan, sebab apa yang Alisa cakap tu betul! Haah, untuk pengetahuan kau, aku memang suka dengan perempuan. Kenapa? Terkejut? Tak payah terkejut. Sebelum aku jumpa kau lagi, aku dah ada perasaan ni. Aku kawan dengan kau, semata-mata nak tutup perasaan aku ni. Aku taknak orang tahu yang aku ni songsang!"
Dum! Kata-kataku tadi bagai petir membelah bumi. Semua manusia-manusia disitu terkedu termasuk Amirul sendiri. Terkebil-kebil mereka memandang ke arahku. Reaksi tak percaya. Perlahan, air mata yang ditahan sedari tadi mengalir turun.
Mata Husna terbeliak. Mungkin dia lagi terkejut dengan pengakuanku tadi. Sebab hanya dia seorang saja yang tahu kebenarannya. Tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri. Dan aku tak ada pilihan lain selain membiarkan mereka tanggapan jijik itu.
YOU ARE READING
SENJA [OG]
RomanceSENJA NIRMALA. Nama yang tidak seindah perwatakan. Perwatakannya yang lebih kepada 'boyish' buatkan Senja sering dijauhi kaum Adam. Tekad untuk berubah, buatkan Senja mencuba bermacam-macam cara untuk mengubah perwatakaannya. Salah satu caranya, dia...